بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Sebelum ni Master ada reka satu cara kira zikir guna jari, namun apabila terlihat gambar ini, ternyata ianya sungguh bijak!

Master selalu terlupa bilangan zikir yang dibaca dan selalu Master kata, "Tak kisah berapa bilangan pun asalkan baca."

Tetapi tak seronok juga jika tidak tahu bilangan zikir kerana macam tiada sasaran yang ditetapkan. Kemudian Master menampilkan teknik kiraan zikir guna jari mengikut kaedah beliau sendiri namun tetap tidak berapa membantu kerana cara kira zikir guna jari yang diperkenalkan beliau tidak mencukupi 33 bilangan, menyebabkan Master masih perlu mengingati bilangan zikir.

Sehinggalah Tedi menunjukkan gambar cara berzikir guna jari ini kepada Master, dia kata, "Sungguh cerdik!"

Master berkata sedemikian kerana kiraan zikir menggunakan jari tangan kanan kaedah Rasulullah S.A.W ini cukup-cukup 33 kali, sekaligus mengelakkan Master daripada perlu mengingati berapakah bilangan zikir yang telah diungkapkan beliau. Kaedahnya adalah kiraan zikir dibuat guna ruas jari.

 
Abdullah bin Umar Radhiallahu'anhu berkata:
"Saya melihat Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam bertasbih dengan (jari-jari) tangan kanan baginda."
 
Hadith riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi.
gambar dzikir pakai tangan kanan hadis
Zikir cara Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wassalam

4 Feb 2014, 20140204


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih