Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Sakinah kemas rumah

Imej
Minggu kepas cik Sakinah datang rumah kami.
Tedi tak pastilah apa tujuan utama beliau mengunjungi kami, tapi beliau tampak menyibukkan dirinya di sini.

Di antara aktiviti beliau adalah tolong mengemas rumah.



Tedi tak dapat nak buat kerja sekolah

Imej
Masalah betul la...
Tedi nak buat kerja sekolah tapi komputer Tedi ni ada masalah la pula.

Kawan sibuk perli sebab tak buat kerja sekolah tapi apa dia tahu kan?

Kalau orang tak tahu, main perli-perli camtu, kita buat donno jer, bukannya luak pun. Bukan dia nak tolong pun.

Hari ni dekat seminggu Tedi bersihkan komputer Tedi ni sebab Tedi nak install sesuatu untuk kerja sekolah Tedi tu.

Sebelum ni dah puas cuba install tapi gagal.

Jadi Tedi uninstall semua perisian yang berkenaan tapi mungkin sudah korup kerana versinya sudah lekang dek panas, lapuk dek hujan.

Tapi Tedi takkan cuba siapkan semuanya malam ni kerana esok mengantuk ke sekolah.. dalam kereta nanti bukan Tedi boleh lelapkan mata.

Lagipun beruang yang comel perlukan rehat yang cukup untuk mengekalkan kecomelan beliau.

Tapi sempat lagi Tedi tonton Running Man dalam saluran youtube, memang kelakarlah... ada je perangai dan keletah mereka yang menggeletek hati...

Gambar Minggu Ini #140211

Imej

Menyampah dengan Saladin

Imej
Tedi rasa ramai kenal siapa Saladin?Saladin adalah nama gelaran omputeh kepada Sultan Sallahuddin al-Ayyubi iaitu seorang Sultan yang terkenal adil dan berperikemanusiaan dalam peperangan.Keadilannya menyebabkan beliau dihormati oleh Richard the Lionheart, raja daripada England yang terkenal dalam peperangan Salib.Saladin juga merupakan pembebas Palestin daripada pihak Salib, yang kedua selepas misi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.Kenapa Tedi menyampah dengan Saladin?Bukan. Tedi bukan menyampah dengan Sultan Sallahuddin al-Ayubi tu, sebaliknya Tedi menyampah dengan satu siri animasi terbitan Malaysia yang meminjam nama Beliau.
Pada mulanya Tedi dah semangat nak menonton siri tersebut kerana Tedi jangkakan akan dapat belajar sejarah, sebaliknya siri itu hanya fiksyen semata-mata.Bagaimana nama seorang yang begitu berjasa dengan mudahnya diperkotak-katikkan demi keuntungan dunia?Kelak bagaimanakah generasi kemudian akan mengenang Saladin? Adakah sebagai seorang Sultan yang alim, adil…

Sebarkan moraliti atau maksiat?

Imej
Budaya zaman kini manusia berkongsi gambar dalam menghentam perbuatan tidak bermoral.
Perbuatan tidak bermoral (atau mungkin kurang bermoral) ini sebagai contoh - wanita memakai pakaian menjolok (mencolok) mata.
Lepas tu adalah mereka yang mengambil gambar-gambar "pesalah" ini lalu dikongsi dalam FB atau mana-mana media elektronik. Tidak ketinggalan juga para blogger melalui taipan mereka.
Selalunya mereka akan menghentam perbuatan tidak bermoral itu.
Namun, ada sesuatu yang tidak kena!
Mereka menghentam namun mereka kongsi gambar-gambar yang tidak bermoral itu! Jadi apakah yang mereka kongsikan sebenarnya? Benarkah mereka mahu menyedarkan masyarakat atau hanya mahu menangguk dalam air yang keruh?
Perlukah mereka menyertakan gambar-gambar tidak bermoral itu dalam tulisan mereka? Tidak cukupkah jika mereka sekadar berbekalkan tulisan mereka?
Atau mereka sedar sebenarnya gambar-gambar itu boleh menaikkan rating mereka?
Tedi dapat teka jawapannya.
Bayangkan pada suatu masa si …

Pergi salah, tak pergi pun salah ... serba salah...

Imej
Sudah beberapa malam kenduri tahlil diadakan keluarga arwah.
Master sebagai salah seorang jiran kepada arwah sudah tentu menerima undangan ke majlis berkenaan.
Master sebenarnya punyai kerisauan tersendiri dalam memenuhi undangan ke mana-mana majlis tahlil.
"Saya serba salah sebenarnya nak penuhi undangan ni""Kenapa pula?""Iyelah, takut termakan harta anak yatim.""Betul kata tuan tu.""Tapi kalau tak pergi, tak sedap pula.""Memang betul, kalau pergi tak makan pula, takut membazir.""Itulah. Apa saya buat selama ni saya bagi duit kira macam bayar apa yang saya makan.""Beginilah tuan, kita kena rancang sesuatu supaya selepas ini keluarga si mati tak perlu sediakan makanan."
Begitulah butir bicara di antara Master dan jirannya.
Permasalahan takut termakan harta anak yatim apabila menghadiri majlis tahlil bukan satu masalah enteng. Tambahan ramai guru Tedi menjelaskan perbuatan menyusahkan keluarga yang sedang b…

Tapak kaki manusia purba ditemui di Norfolk, England

Imej
Satu siri kesan pada lumpur yang telah didedahkan oleh ribut di Norfolk telah dikenalpasti sebagai tapak kaki manusia terawal di luar Afrika. Tapak kaki berusia 800,000 tahun itu ditemui di pantai Happisburgh pada bulan Mei tahun 2013 ketika air surut.Tapak kaki itu hilang selepas dikenalpasti tetapi sempat dirakam dan diimbas, dipercayai berasal daripada 5 individu - termasuk seorang lelaki dewasa dan beberapa kanak-kanak.Cuma yang masih menjadi tanda tanya ialah siapakah manusia tersebut? Ada spesis dikenali Homo antecessor diketahui menetap di Eropah selatan dan telah menyeberangi daratan yang ketika itu menghubungkan Perancis dan England.Manakala spesis Homo sapiens tidak wujud di England sehinggalah 40,000 tahun dahulu.
kesan tapak kaki zaman purba ditemui di buritan

20 Orang Utan dilepaskan ke hutan lindungan Kalimantan Tengah.

Imej
Palangka Raya, Kalimantan Tengah, 7 Februari 2014.
Tedi menerima khabar gembira mengenai pelepasan 20 ekor Orang Utan di mana 7 ekor daripadanya jantan ke dalam sebuah hutan lindungan Bukit Batikap di Kalimantan Tengah. Pembebasan ini dilakukan oleh Yayasan Kesinambungan Orang Utan Borneo (The Borneo Orangutan Survival Foundation).

Sejak 2012, sebanyak 140 ekor Orang Utan telah dibebaskan ke habitat semulajadi mereka di Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur.

Angka itu diberi oleh pakcik Denny Kurniawan yang bertanggungjawab menjadi pengurus kepada Program Pengenalan Orang Utan (Orangutan Reintroduction Program).

Kini Bukit Batikap mempunyai 119 ekor Orang Utan.

Orang Utan yang dibebaskan di antaranya bernama Jupiter, Mercury Reno, Hamlet dan Manisha. Kelima-lima Orang Utan yang Tedi sebutkan tadi adalah pelakon dalam filem Pulau Orang Utan (Orangutan Island)yang diteritkan NHNZ dan ditayangkan di saluran Animal Planet TV.






Usaha ini merupakan sebahagian daripada strategi dan pelan tind…

Masalah dengan papan kekunci komputer riba ASUS

Imej
Tadi Tedi sekeluarga singgah ke Maktab Perguruan Islam Bangi.

Tujuan kami adalah untuk menziarahi komputer riba Mak Su yang bermasalah di sana.

Papan kekunci komputer riba itu apabila ditekan tidak mengeluarkan huruf yang dikehendaki sebaliknya mengeluarkan simbol-simbol atau nombor-nombor  atau huruf-huruf yang langsung tiada hubungan kekeluargaan dengan kekunci yang ditekan.

Contohnya apabila Tedi tekan huruf A, ia keluar nombor 9, di mana contoh ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena tetapi bukan pula sekadar untuk hiasan.

Master tengok kejap, kemudian Master tengok Nexus 7 Tedi, Master taip-taip, lepas tu Master berkata:

"Tekan kekunci FN+NumLock serentak."

Selesai. Sekejap je komputer riba itu kembali pulih.

Rupanya ramai menghadapi masalah ini di mana mereka tanpa sengaja mengaktifkan Num Lock. Hehehe.

Ok lah, kami nak bergerak ke Negeri Sembilan pula.

Selamat malam.

Harta yang dikuasai tidak semestinya milik kita.

Imej
Alhamdulillah, Tedi sempat terbaca Surah al-Hadiid pada hari semalam.
Surah ke-57 dalam al-Quran ini menjadi pilihan Tedi untuk dibaca kerana tiba-tiba sahaja Tedi semangat Hari Kebangsaan (31 Ogos 1957).

Surah ini bermaksud Besi. Sebabnya Tedi tiada kaji.

Tedi cuma nak sentuh tentang satu ayat kali ni.

(57:7) Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebahagian daripada hartamu yang Allah telah menjadikanmu menguasainya. Maka orang-orang beriman di antara kamu dan menafkahkan sebahagian daripada hartanya memperoleh pahala yang besar.
 Cikgu Tedi pernah berpesan bahawa harta yang kita pegang ni bukannya milik kita.

Harta itu akan menjadi milik kita jika kita nafkahkan ke jalan Allah subhanahu wa ta'ala kerana itu sahaja yang akan menjamin manusia di akhirat kelak. Selain itu, harta itu mungkin akan mengalir ke tangan Ah Chong ka, Muthu ka, Goerge ka, Abu ka dan sesiapa sahaja.

Kita hanya memegangnya buat sementara.


Harta yang mengalir itu pula mungkin dalam bentu…

Iklan banyak, tapi liputannya hampas...

Imej
Perjalanan dari Nilai ke Kota Bharu harap ditemani liputan internet mobil. Namun ternyata hanya kedukaan yang melanda diri Tedi ini dek kerana liputan U-Mobile hanya didapati di sekitar Lembah Kelang sahaja.

Ketika di Pahang, adalah juga sedikit.

Tapi apabila di Kelantan langsung tak dapat apa.



Masalahnya iklan U-Mobile melambak juga di Kelantan. Adakah tiada liputan di kawasan kampung?

Tidak. Bukan hanya di kawasan kampung, malahan di Kota Bharu pun tiada liputan.

Liputan yang berjaya Tedi kesan hanyalah Celcom, Maxis dan Digi. U-Mobile langsung tiada.

Maka Tedi pun berusaha mengkaji fenomena ini, dan manusia berkata di Kelantan memang tak boleh online dengan U-Mobile.

Pelik sungguh. Jika iklan banyak, seharusnya perkhidmatannya ada.

Mungkin saja Tedi silap set APN?

Tadi Tedi minta Master periksa berapa kos bulanan kalau guna Celcom, dan ianya lebih RM20 daripada apa yang Tedi bayar sekarang.

Bersabar dulu, harap-harap nanti U-Mobile bertambah baik, atau Tedi ketemu jawapan yang bol…

Berzikir menggunakan tangan kanan

Imej
Sebelum ni Master ada cara kiraan sendiri menggunakan jari-jemari, namun apabila terlihat gambar ini, ternyata ianya sungguh bijak! Master selalu terlupa bilangan zikir yang dibaca dan selalu Master kata, "Tak kisah berapa bilangan pun asalkan baca."
Kemudian Master menampilkan teknik kiraan zikir beliau sendiri namun tetap tidak berapa membantu/
Sehinggalah Tedi menunjukkan gambar ini kepada Master, dia kata, "Sungguh cerdik!"

Abdullah bin Umar Radhiallahu'anhu berkata: "Saya melihat Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam bertasbih dengan (jari-jari) tangan kanan baginda."
Hadith riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi.