بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Siang tadi Tedi selamat sampai di Padang, Indonesia.

 

gambar orang dikejar dua ekor anjing

Kemudian kami terus bergerak ke Bukit Tinggi. Ada beberapa tempat kami singgah, tapi Tedi nak cerita pasal berita mengenai banjir yang sedang melanda Jakarta.

Beritanya sangat berinformasi dan memang banyak liputan yang dibuat. Rasanya hampir 50% berita adalah mengenai banjir!

Gambar dari udara menunjukkan rumah ditenggelami air apabila banjir besar melanda Malaysia pada 2014

Mula-mula berita pasal masalah kesihatan akibat banjir, banjir mulai surut, penyediaan makanan untuk mangsa banjir, aktiviti pembersihan selepas banjir, kerajaan takkan beri pampasan kepada mangsa banjir, kebakaran di pusat pindahan banjir, dan mangsa banjir mati lemas.

Banyak kan berita bertajuk banjir?

Tedi tak berganjak menonton berita tu kerana ia betul-betul berita! Dan berita itu memang membantu Tedi mengetahui kesadisan masalah banjir di Jakarta.

Cuba kita imbas kembali berita banjir edisi Malaysia... Adakah ia memberi maklumat bagaimana keadaan banjir di negara kita?

20140123