Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

U-Mobile... humm... boleh la.

Imej
Kalau nak komen banyak nanti orang cop Tedi memburuk-burukkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu pula.
Hendak dijadikan cerita, ketika berkunjung ke Mydin Mall seperti yang Tedi ceritakan dalam kiriman bertajuk "Besarnya Mydin Mall Seremban 2", Master telah mendaftar untuk menggunakan talian pasca-bayar U Mobile dengan harga RM 28 sebulan.



Talian ini Master gunakan pada tab Nexus 7 milik Tedi (yang selalu Mommy culik buat main Candy Crush tu), agar Tedi boleh install Whatsapp dan apa-apa app yang perlukan nombor telefon. Selain itu dengan internet mobil, diharap ia akan membantu kami dalam perjalanan apabila kami memerlukan peta atau penunjuk arah.

Malangnya di Salak Tinggi ni pun tak dapat rangkaian U Mobile ni sebaliknya perlu roaming. Orang kata U Mobile roaming gunakan rangkaian Celcom. Dalam laman web mereka, Salak Tinggi dinyatakan sebagai kawasan liputan mereka.

Di pejabat Master di Bangsar South pun line U-Mobile ni hidup segan mati tak mahu.

Tapi Master tak k…

3 pemergian yang tidak dijangka

Imej
Sekembalinya ke Malaysia dari Padang, Indonesia... Master dikejutkan dengan 3 pemergian.

Pertama, jiran setaman perumahan kami meninggal dunia pada petang Sabtu di Hospital Kuala Lumpur setelah mengalami pendarahan dalam kepala. Arwah merupakan penduduk pertama yang meninggal dunia di taman ini.

Kedua, bapa kepada teman sepejabat Master juga meninggal dunia... kebetulan juga di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.

Ketiga, pemergian Ustaz Harun Taib juga pada hari Sabtu.



Semoga Allah merahmati roh mereka semua.

Al-Fatihah.

*******

Topik sama, perspektif berita berbeza

Imej
Siang tadi Tedi selamat sampai di Padang, Indonesia.Kemudian kami terus bergerak ke Bukit Tinggi. Ada beberapa tempat kami singgah, tapi Tedi nak cerita pasal berita mengenai banjir yang sedang melanda Jakarta.Beritanya sangat berinformasi dan memang banyak liputan yang dibuat. Rasanya hampir 50% berita adalah mengenai banjir!Mula-mula berita pasal masalah kesihatan akibat banjir, banjir mulai surut, penyediaan makanan untuk mangsa banjir, aktiviti pembersihan selepas banjir, kerajaan takkan beri pampasan kepada mangsa banjir, kebakaran di pusat pindahan banjir, dan mangsa banjir mati lemas.Banyak kan berita bertajuk banjir?Tedi tak berganjak menonton berita tu kerana ia bebetul berita! Dan berita itu memang membantu Tedi mengetahui kesadisan masalah banjir di Jakarta.Cuba kita imbas kembali berita banjir edisi Malaysia... Adakah ia memberi maklumat bagaimana keadaan banjir di negara kita?Si dia yang sama, si dia yang berbeza ... dunia kita sama, pandangan kita berbeza ... komunikasi …

Semua serba tak kena

Imej
Nak kosongkan kad memori kamera DSLR CANOS EOS 550D, dapat mesej "path too deep" pula dah.

Nak tolong Master sediakan laporan yang diperlukan bos beliau, Microsoft Excel pula tak boleh baca.

Ujian sungguh.

Nampaknya tak tidurlah pagi ni.

Berjagalah nampaknya sehingga masa ke lapangan terbang nanti.

Padang, Tedi datang...

Imej
Yeay, cuti Master dah diluluskan.
Esok pagi boleh terbang ke Padang. Indonesia.

Tapi malam ni kena tolong Master sediakan laporan untuk dihantar kepada bos beliau.

Kena bersihkan kamera juga.

Kamera DSLR CANON 550D tu baru je dilengkapkan dengan lensa TAMRON AF18-270MM F3.5-6.3 DI (CANON) VC yang baru dibeli di 1-Utama pada 14 Januari 2014 lalu.

Lensa asal dah tak berapa betul, ia tak auto-fokus sebaliknya jadi semi-auto.

Kapal terbang esok jam 7 pagi. Disebabkan dah daftar-masuk melalui laman web, kami hanya perlu berada di LCCT pada jam 5 pagi.

Semoga kami selamat pergi dan selamat pulang.

Apple Safari VS Google Chrome

Imej
Kedua-dua pelayar web ini saling bermusuhan?
Itu rumusan yang Tedi dapat buat apabila komputer riba milik Tedi asyik tersekat apabila Tedi gunakan kedua-dua pelayar ini serentak.

Jadi Tedi pun ambil keputusan untuk buang salah satu daripada mereka.

Tentunya Tedi akan memilih untuk terus mengekalkan Google Chrome kerana Tedi amat gembira dengan barisan extension yang mereka ada.



Ketika nak uninstall Apple Safari pun, tiba-tiba sahaja keluar mesej meminta Tedi menutup pelayar Google Chrome yang sedang digunakan!

Apakah kaitan di antara kedua-dua pelayar internet ini sehingga Tedi perlu menutup salah satu daripada mereka?

Adakah mereka berkongsi sumber yang sama?

Selamat jalan Apple Safari.

Buat masa ini Tedi mula seronok menggunakan Mozilla Firefox setelah Google Chrome mula jadi perlahan.

Tedi rasakan buat masa ini Mozilla Firefox amat ringan, tambahan pula ia punyai barisan plug-in yang setara Google Chrome.

Namun pencarian Tedi takkan berakhir di sini, Tedi akan cuba cari pelayar be…

Khatib, tolonglah petik nombor surah

Imej
Khatib adalah mereka yang membacakan khutbah pada hari Jumaat.
Khutbah yang dimaksudkan adalah khutbah khas sebelum solat Jumaat atau boleh juga khutbah sunat selepas solat sunat Aidilfitri atau Aidil Adha.

Selain daripada itu khutbah boleh juga dikatakan sebagai ucapan mengandungi kata-kata nasihat. Maksud khutbah yang sebemarnya tiadalah Tedi maklumi dan Tedi pada malam ini agak kemalasan untuk menyelak kamus.



Perkataan khutbah ini yang Tedi benar-benar maklumi ia berasal daripada perkataan Arab. Namun jika dikaji lebih lanjut mungkin sahaja ia akan berasal daripada bahasa lain pula kerana manusia semuanya bersaudara, daripada bapa dan ibu yang sama iaitu Adam alaihissalam dan Hawa.

Khutbah memang bagus kerana ia memberi ilmu dan lazimnya isi khutbah mengandungi petikan ayat-ayat al-Quran dan juga Hadith Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam.

Apa yang membuatkan Master Tedi terkilan ialah ada khatib yang tidak mahu memetik nombor surah atau hadith yang dibaca.

Bagi Master, …

Usah jawab panggilan telefon dalam tandas!

Imej
Pada suatu hari, tiba-tiba perut Tedi memulas!
Tedi pun segera bergegas ke tandas yang berhampiran. Sebagai beruang yang terlatih dan berpelajaran, Tedi tidak kekok untuk meminjam tandas manusia ketika panggilan alam melambai-lambai.

Ketika Tedi sedang serius berurusan di dalam tandas tersebut, tiba-tiba sahaja Tedi terdengar satu bunyi.

Mula-mula bunyi itu perlahan sahaja. Kemudian ia semakin kuat, dan akhirnya padam.

Kemudian ia berbunyi semula, nada panggilan Ombak Rindu dengan sayunya berkumandang dalam tandas yang syahdu itu.

Ceh, bunyi telefon rupanya, buat Tedi cuak je.

Kemudian bunyi itu padam semula, kerana tuannya mengangkat telefon itu.

"Assalamu'alaikum... bla bla bla"
Inilah manusia, dalam tandas pun nak gunakan telefon.

Keluarlah tandas dulu.



Bukannya Tedi cemburu sebab dia guna iPhone 5, tapi bila muslimin jawab telefon selalunya mereka akan beri salam.

Tidakkah mereka perasan yang as-Salam itu salah satu nama Allah Yang Maha Esa? Apa hukumnya memberi sala…

Janji Melayu dulukala bukan sekadar berkenaan waktu.

Imej
Orang Melayu kurang menepati janji kerana mereka tiada jam seperti orang Jepun.
Itu kata-kata cikgu Tedi ketika dia mengajar subjek sejarah. Katanya orang Jepun perlu mematuhi musim-musim tertentu jadi mereka memerlukan jam.

Sebarang janji mereka adalah menurut kepada waktu pada jam mereka, jadi mereka amat menuruti waktu.

Orang Melayu, lain pula, berjanji menggunakan waktu solat, contohnya "selepas Isya", sedangkan jam 1 pagi pun dikira selepas Isya!

Itulah di antara intipati kata-kata cikgu Tedi.

Entah kenapa Tedi tak berapa nak hadam dan terima kata-kata cikgu itu. Mahu sahaja Tedi bangkit dan mematahkan hujah-hujahnya namun sebagi murid kita kena berlapang dada.

Jadi di kesempatan ini Tedi mahu mengulas mengenai janji Melayu itu yang menurut atau bersandarkan kepada waktu solat.

Bagi Tedi, cikgu itu mungkin tak memahami bagaimana situasi janji menggunakan waktu solat digunapakai oleh orang Melayu pada masa dahulu. Mungkin sahaja cikgu itu sendiri hanya memahami berdasar…

Asal-usul lagu "Alangkah Indah di Waktu Pagi"

Imej
Kebelakangan ni Master selalu dodoikan Tedi dengan lagu klasik.

Lagu yang dipetik daripada filem Ali Baba Bujang Lapok itu berlirik seperti ini:
Alangkah indah di waktu pagi, burung bersiul menyanyi-nyanyi,
Terbang bebas di angkasa tinggi, hidup bersenang hati,
Tidak seperti burung di sangkar, hatinya sedih hidupnya sukar,
Makan diberi, minum disukat, terkurung terikat.

Kemudian Tedi pun semak melalui YouTube mana tahu kalau ada versi moden dengan lirik yang lebih jelas, namun hampa!

Tapi yang menariknya Tedi menemui Selawat Tihami yang menggunakan rentak yang sama.

Jadi Tedi cari lagi kalau-kalau ada lagu lain dengan lirik yang sama sebab ada komen yang katakan lagu ini telah dibuat remix oleh seorang DJ di Dubai.

Dan akhirnya Tedi menemui satu dokumentari yang sangat menarik yang menuntut dan mengkaji asal-usul lagu ini. Sesuai untuk diketahui tapi belum tentu perlu diakui kerana sejarah itu ditulis oleh mereka yang "menang".

Dokumentari "Whose is this song?"
Prebiu…

Kucing dan penguin

Imej
Kucing dan penguin memang comel.
Jadi apakah yang akan berlaku jika mereka bertemu?
Adakah kecomelan mereka akan bertukar kepada sesuatu yang menggerunkan umat manusia dan seluruh dunia?
Mungkin kita masih belum sempat melihat keletah mereka bersama.

Malahan dalam filem Madagascar pun , tiada kucing yang Tedi perasan hadir untuk membanteras kenakalan Sang Penguin.
Jika tiada, maka kita ada-adakanlah...






Macam mana?
Hebat tak spekulasi Tedi mengenai aksi Sang Kucing dan Sang Penguin apabila mereka bersama, bergabung, meletop?

Lelaki dituduh melapah dan memasak kucing perliharaan

Imej
Cuba masak kucing bersama bawang
Terbakar hati Tedi ini apabila membaca laporan berita mengenai tindakan seorang manusia lelaki di Monticello yang sanggup melapah kucing perliharaan beliau sebelum dimasak bersama bawang.

Kiranya dia mencuba resepi kucing masak bawang.

Cody Alexander Mann yang berusia 28 tahun itu kini dalam tahanan dan menghadapi tuduhan feloni keganasan dan penderaan haiwan.


Bapa beliau dilaporkan telah menghubungi polis apabila dia mengungkapkan komen-komen pelik, manakala pengurus apartment pula menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan bau terbakar dari apartment beliau.

Pihak polis bergegas ke sana dan mendapati Mann berada di dalam, dan dia segera mengakui membunuh kucingnya sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dimakan.

Pegawai bertugas menemui bangkai kucing di dalam ketuhar, manakala kulit kucing yang malang itu ditemui dalam peti sejuk.

Tub mandi Mann pula dipenuhi darah dan bulu, di mana sebilah pisau stik ditemui di sana.

Mann dibawa ke Monticello …

Foto Askar Melayu Perak, 1920-an

Imej
Terkedu sebentar Tedi tengok foto ni.

Gambar yang dipercayai diambil pada 1920-an ini dilelong di e-bay (http://www.ebay.com/itm/malay-malaysia-PERAK-IPOH-Group-of-Soldiers-1920s-RP-/230424260286) oleh penjualnya yang berada di Belanda dengan harganya pada ketika ini USD$25.

Memang rare foto ni, kalau dapat dalam keadaan terpelihara, memang baguslah.

Ketika ini Tedi terfikir, tiadakah syarikat swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mahu membida, menyimpan dan mempamerkan gambar bersejarah ini?

Lukisan berjuta-juta boleh dibeli, takkan foto sejarah $25 tak mampu kot?

Konon menghargai seni, sanggup dibeli lukisan berjuta-juta yang kemudiannya disimpan atau rosak sebegitu sahaja, tapi seni yang ada pada foto bersejarah macam ini tak mahu pula cuba dikumpulkan.

Benarkah beli lukisan tu kerana seni atau ada udang di sebalik batu?

Besarnya Mydin Mall Seremban 2

Imej
Semalam saja je pergi merayap ke MYDIN Mall di Seremban 2.
Mungkin ramai yang dah tahu, kami kalau shopping selalunya ke MYDIN Mall USJ.
Jiran-jiran dan rakan-rakan pun terkejut kerana kami shopping jauh-jauh ke USJ. Jadi bila MYDIN Mall dah dibuka di Seremban 2 ni, kami pun tak mahulah melepaskan peluang cuba shopping di sana.
Semalam kami cuba 2 jalan, semasa pergi kami gunakan jalan B38 Labu. Jalan negeri 2 lorong yang agak menyeksakan jika ada lori.
Semasa pulang pula kami lalu Lebuhraya Utara Selatan sebelum keluar di Nilai.
Perjalanan mengambil masa 30 minit lebih kurang.
Apabila bangunan MYDIN Mall Seremban 2 ni kelihatan dari jauh, kami dah tahu ia bangunan yang besar dan gah dikelilingi kawasan perumahan.
Besarnya mungkin lebih 2 kali ganda saiz MYDIN Mall USJ, travellator yang Tedi naik semalam je dah 10 buah, dan ruang niaga sahaja 4 tingkat, kalau kira tingkat parking, jadilah bertingkat-tingkat.
Pentas untuk nyanyi karaoke pun 2 kali ganda lebih besar. Sesiapa yang selal…

Kod nama Avalon, teknologi paparan antaramuka terbaru Windows.

Imej
Semalam belajar sejarah mengenai teknologi paparan moden oleh Microsoft.
Mengantuk juga la Tedi belajar semalam, tapi fakta sejarah itu memang menarik.
Alkisahnya antaramuka Windows telah dibangunkan menggunakan teknologi Windows 3.0 yang telah berusia 15 tahun.
Teknologi ini terletak dalam satu fail bernama user32.dll kalau pakcik-makcik pernah perasan.
Kebergantungan kepada fail ini menyebabkan antaramuka Windows tidak jauh berbeza, dan kalau berubah pun ia datang dengan harga yang mahal iaitu penggunaan memori yang banyak dan prestasi perisian yang perlahan.


Tapi bagi kita mungkin masih laju kerana komputer zaman sekarang adalah beribu kali ganda lebih pantas daripada komputer 15 tahun dahulu.
Sementara itu Apple melalui sistem operasi Mac OS pula telah hadir dengan teknologi paparan lebih moden menyebabkan perisian Mac lebih laju. Hal ini hanya akan disedari oleh mereka yang pernah menggunakan komputer Apple.
Sebab itulah menjadi budaya tipikal masyarakat Malaysia yang bekerja di…

Ikan masin itu eksotik.

Imej
Petang tadi temani Master makan tengahari di Anis Puteri.Tedi balik je sekolah tadi, Master jemput dan bawa Tedi pergi teman dia makan di Restoran Anis Puteri Pantai Dalam. Restoran ini terletak berdekatan dengan Stesen Komuter KTMB Pantai Dalam, jadi kita boleh mendengar keretapi dan komuter melintas sambil makan-makan di sana.Macam tu la kot nama kedai makan tu. Penuh kedai makan tu, mungkin kerana masakannya yang ke-Kelantan-an. Bukan sahaja ada nasi kukus, lauk-pauk, ulam-ulaman, malahan ada juga kuih-muih tradisi Kelantan.Master tidak berapa menggemari masakan di sana kerana lauk-pauk dan gulai-gulai di sana agak manis rasanya.Syukur masih ada orang Melayu mahu berniaga dalam bidang penyediaan makanan di bumi Malaysia ni yang rata-rata Tedi lihat didominasi sama ada orang Kelantan, orang Siam, dan orang Indonesia (masakan minang).Mungkin Tedi kurang periksa maka tak perasan pengusaha lain atau mungkin Tedi bias? Tak tahulah, itu yang Tedi selalu terserempak.
Nasi putih berlaukkan …

Kembali mencuba Opera 12, setelah dikecewakan Midori

Imej
Midori ternyata mengecewakan.
Sebelum ini Tedi ada cerita mengenai pelayar web Midori yang Tedi cuba sebagai alternatif kepada Google Chrome.
Ternyata Midori amat mengecewakan kerana ia tidak seringan yang disangkakan.
Jika mahu dibandingkan dengan Google Chrome daripada pelbagai spesifikasi, tentunya ia jauh ketinggalan kerana Chrome daripada kategori heavyweight. Sebab itulah Tedi hanya harapkan kepada kepantasan dan keringanannya sahaja kerana Google Chrome semakin sarat dengan pelbagai aksesori.
Tetapi ternyata Midori tidak cukup pantas.
Kali ini Tedi kembali kepada Opera, kini dalam versi 12.
Opera adalah pelayar web yang asalnya direka untuk mobil dan kini mencabar pelayar web komersial untuk dekstop.
Tedi pernah menggunakan Opera 10 sebelum ini namun meninggalkannya kerana Google Chrome lebih pantas.
Kini setelah 2 versi berlalu, adakah Opera 12 bisa menewaskan Google Opera 31?
Versi mereka sahaja sudah jauh berbeza.
Pelayar web Opera untuk Microsoft Windows boleh didapatkan d…

Syiah tu maksudnya apa?

Imej
Tedi lihat Master terkedu sebentar apabila diajukan soalan itu.
*** Tambahan soalan itu datangnya daripada seorang budak sekolah rendah yang baru di darjah 5.
"Tak tahulah pula maksudnya" - jawab Master.
Apabila Tedi tanya jika Master tiada perasaan malu ketika mengaku yang dia bebenar tidak tahu jawapannya, Master jawab.
"Lebih baik mengaku tidak tahu daripada memberi jawapan yang menyesatkan orang lain."
Maksud menyesatkan itu mungkin sekadar membuat orang lain keliru.
Jadi Tedi pun mengambil kesempatan ini untuk menyemak maksud Syiah itu daripada sudut bahasa atau linguistik.
Syiah adalah perkataan Arab yang bermaksud pembela atau pengikut. Selepas ni bolehlah Master jawab dengan yakin maksud perkataan Syiah itu, kan?

Midori

Imej
Pencarian pelayar web sumber terbuka kini bermula...
Kebelakangan ni Tedi sibuk mencari, memuat turun dan mencuba mana-mana pelayar web di atas platform sumber terbuka yang sesuai dengan notebook antik milik Tedi ni.

Bukannya apa, Microsoft Internet Explorer yang ada pada Windows XP ni dah berkurun usianya, manakala Mozilla Firefox untuk XP pun macam tak berapa nak best, tinggallah Google Chrome meninggalkan jauh pesaingnya.

Hari ini Tedi mencuba pelayar web Midori. Setakat ni memang agak teruja mencubanya kerana kelihatan platformnya amat berbeza jika dibandingkan dengan pelayar web komersial.

GUI atau graphic user interface atau antaramuka penggunanya pun nampak sangat lain.

Tapi persembahan saja tidak memadai, kena tengok prestasi juga.

Kelajuan pelayaran web nampak macam agak perlahan, lebih kurang macam Apple Safari. Dan bila Tedi tengok logo pada taksbar, memang nampak macam logo Safari.

Kita cuba dulu...

Kalau nak cuba, bolehlah rujuk http://alternativeto.net/software/midori/?…