Surau Besar vs Surau Kecil

Hampir 2 (dua) minggu surau sementara di taman perumahan kami dibuka.


Seperti lazim mana-mana surau yang kecil dan baru dibuka, bilangan jemaahnya kurang.

Terkadang lebih 5 (lima) orang, terkadang hanya seorang jemaah.

Ketika inilah Master akan berbelah bahagi.

Mudah pergi ke surau besar, bilangan jemaahnya ramai, tanggungjawabnya semakin kecil.

Ke surau besar hanya perlu hadir dan menyertai jemaah sebagai makmum.

Berbeza dengan di surau kecil, bilangan jemaah yang sedikit menjadikan tanggungjawab semakin besar.

Terkadang terpaksa menjadi muazzin, terkadang terpaksa pula menjadi imam. Lebih haru apabila terpaksa menjadi muazzin dan imam.

Bagi mereka yang penuh ilmu di dada, tentu tidak menjadi masalah, namun bagi mereka yang punyai ilmu suam-suam kuku, ia amat berat, seolah bulldozer melanyak buah ciku.

Tidak hairanlah jika ada makmum yang pada mulanya meramaikan surau kecil, kemudiannya menjadi takut dan bimbang ditolak menjadi imam, memilih untuk menjauhi surau kecil.

Ketika ini Tedi terfikir, di surau kecil ujiannya lebih besar, makmum terpaksa bersabar istiqamah meramaikan bilangan jemaah yang sedikit, supaya surau kecil takkan terkubur.

Semoga dengan sabarnya mereka, syiar Islam akan terus subur.

Ulasan

  1. tanda2 kiamat tu, banyak masjid/surau di bina, tapi yang bersolat dalamnya tak ramai. Sedihkan..tapi alhamdulillah surau berdekatan rumah saya ada lah orang pergi walaupun terletak atas bukit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, itulah orang cakap: "jangan berangan nak berjihad jika jihad angkat kaki ke surau pun tak mampu".

      Padam
  2. kunjungan perdana sobat,,

    singgah dan follow blog ni,,
    follback me okeyy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Tedi dah follow :) nice blog.

      Padam
  3. Balasan
    1. tidaklah disisihkan, mungkin cuma orang ramai kurang "berani" nak pergi, takut jadi imam atau AJK.

      Padam
  4. Mungkin kalau jarak yg terlalu jauh, barulah surau2 kecik tu ramai kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya surau tu akan evolve dan semakin ramai jemaah jika ada disiplin contohnya solat jemaah beres dalam masa yg singkat tanpa duk menunggu jemaah..

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.