Gambar jelingan maut seekor Ikan Napoleon kepada seorang penyelam

gambar seorang penyelam skuba terkejut apabila terserempak dengan seekor ikan Napoleon
 

Tak dapat Tedi fikirkan apakah sebenarnya yang bermain di benak fikiran Ikan Napoleon ini? Gambar ini merupakan gambar spontan pelancong bernama Henric Carlstorm yang diambil di terumbu karang Great Barrier Reef di Australia. 

"Saya tak nampak dia pun, dan mungkin dia pun tak nampak saya, sebab itulah kami sama-sama terperanjat" - Carlstorm.

Ikan Napoleon, juga dikenali sebagai ikan wrasse humphead, adalah sejenis ikan karnivor berwarna cerah yang sering ditemui di terumbu karang di selatan dan tengah Lautan Pasifik. Ikan Napoleon boleh membesar sehingga 8 kaki panjang dan boleh hidup sehingga 30 tahun.

Ikan Napoleon ini juga dikatakan mesra dengan manusia.

"Ramai tapak menyelam di Great Barrier Reef mempunyai satu atau dua 'tetamu tetap' yang menyukai penyelam dan segera keluar untuk menyambut mereka, sehingga ia menjadi sedikit tarikan," tulis pengguna Reddit lucilletwo.

Ikan Napoleon terancam

Namun sayangnya, ikan Napoleon diklasifikasikan sebagai spesies terancam oleh Senarai Merah IUCN bagi Spesies Terancam.

Ikan Napoelon terancam kerana aktiviti penangkapan secara haram. Harga Ikan Napoleon adalah mahal mencecah hingga USD$ 850 sekilogram (lebih kurang MYR 3,739.58 [2023]). Pembeli kaya dari Hong Kong dan China sanggup membayar harga mahal untuk makan hidangan ikan Napoleon ni mungkin agaknya tanda status menunjuk-nunjuk kekayaan mereka.

Sedap sangatkah ikan Napoleon?

Namun, menurut laporan dari South China Morning Post, beberapa pengunjung restoran yang mencuba ikan Napoleon mengatakan bahawa rasanya tidak begitu istimewa.

Di manakah lokasi ikan Napoleon?

Ikan Napoleon terutamanya ditemui di terumbu karang di kawasan Indo-Pasifik. Mereka boleh ditemui di pantai timur Afrika di sekitar mulut Laut Merah, dan di beberapa kawasan di Lautan India dan Pasifik. Anak-anak ikan biasanya ditemui di kawasan dangkal berpasir yang bersempadan dengan air terumbu karang, sementara dewasa biasanya ditemui di kawasan lepas pantai dan lebih dalam terumbu karang, biasanya di lereng terumbu luar dan saluran, tetapi juga di laguna.

Rujukan

  1. This Fish Gave The World's Best Side Eye To A Scuba Diver | HuffPost Impact
  2. The Humphead wrasse: one of the world’s most endangered coral reef fish, and a delicacy for affluent Chinese diners | South China Morning Post (scmp.com)
  3. USD to MYR exchange rate - Search (bing.com)
  4. Humphead wrasse - Wikipedia
  5. The humphead wrasse (Napoleon fish) and the scorpion fish of the ....
  6. The Colossal Humphead Wrasse
  7. Soal dan Pembahasan Napoleon Fish : Ambiz Education