R.I.P ???

Hari ini terbaca komen seseorang mengenai ungkapan "Rest in Peace".

Rest in Peace adalah ungkapan berima yang memohon keamanan dan kerehatan kepada seseorang yang telah mati. Ungkapan ini biasanya dijumpai pada kubur Katolik. Walaupun dikaitkan dengan Kristian, ia dikatakan berasal daripada Judaism dengan ungkapan asal daripada bahasa Hebrew.
Ungkapan "come and rest in peace" pula telah digunakan dalam doa kaum Talmudic dalam campuran Hebhrew dan Aramaic. Ia digunakan sehingga kini dalam perayaan orang Yahudi.
Terdapat perbezaan dalam sudut keamanan itu, ada yang kata keamanan selepas mati hanya kepada roh, ada kata hanya kepada fizikal & ada yang kata kepada kedua-duanya kerana roh dan fizikal akan bergabung kembali selepas mati. 
 Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Rest_in_peace

Pakcik itu mengkondem 1 komen yang kononnya daripada Ustaz Azhar Idrus yang melarang penggunaan ucapan R.I.P itu kerana bertentangan dengan ayat al-Quran.

Larangan itu di atas mendoakan kesejahteraan selepas mati kepada kaum kafir kerana semasa hidupnya tak mahu menerima ajaran dan perintah Allah subhanahu wa ta'ala.

"Saya akan tetap mengucapkan R.I.P kepada kawan-kawan bukan Muslim yang mati. Takkan nak sebut inna lillah wa inna ilaihi ra'jiun pula? Maaflah, bukan nak mempertikaikan kerana ustaz ustazah saya terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi." - pakcik tidak Tedi kenali.

Bukanlah Tedi nak pertikaikan keilmiahan beliau, cuma pendapat Tedi ialah:

  • Memang orang Islam apabila menerima berita sedih dituntut mengucapkan "daripada Allah datang dan kepada Allah kita kembali", tak kiralah sama ada kematian atau musibah atau kemalangan. Tak kiralah jua sama ada musibah itu tertimpa ke atas orang Islam atau bukan Islam hatta haiwan sekali pun.
  • Mungkin pakcik tu tak mahu ungkapkan ayat tersebut kerana kawan-kawannya tak faham, tapi buatlah sesuatu kerana Allah bukan kerana kawan-kawan. Kecuali kalau dia buat itu kerana kawan-kawan di atas perintah / ajaran Allah subhanahu wa ta'ala. Lagipun kalau kawan-kawan dia faham maksudnya, mungkin tiada masalah.
  • Dia kata taknak pertikaikan tapi dia kata cikgu-cikgi beliau berpendidikan tinggi. Hal ini jika disalahfahami akan membawa maksud pendapat UAI itu berpendidikan rendah. Tak salah jika mahu bertanya dengan niat mencari kebenaran tapi jangan bertanya untuk menyukat kecerdikan dalam adab berguru. Tak salah tak terima sesuatu pendapat, tapi apa salahnya jika diraikan perbezaan pendapat itu.
Bagi Tedi pula, selepas bacaan di wikipedia, ternyata ungkapan itu digunakan di kalangan Katolik jadi kenapa kita perlu nak meniru? Tetapi Tedi gembira ketahui sejarah ungkapan itu kerana ada kemungkinan ayat penuhnya adalah ajaran daripada Allah subhanahu wa ta'ala yang menjanjikan keamanan kepada hamba-hambaNya yang beriman ketika itu.

Jadi sebagai pengajaran, janganlah kita petik ayat al-Quran separuh-separuh seperti mana mereka sebelum umat Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam.

Wa'llahu a'lam.

Ulasan