Kerana 30 minit... Iron Man berpesan...

Letihnyalah. Baru je tiba dari Gambang.


Apa Tedi buat di Gambang?

Jawapannya Tedi main air di Bukit Gambang Waterpark.

Tapi Tedi bukan nak cerita kisah di Gambang, tak laratlah Tedi.

Tedi nak cerita hal Iron Man yang memaksa Tedi iron pakaian seragam Tedi pada malam hari sebelum hari persekolahan.

Iron Man suruh iron untuk seminggu sekali kalau boleh, tapi dek kerana kederat Tedi ni tak seberapa, maka paling kuat pun Tedi dapat iron 1 setengah pasang je, hehe.

Paksaan Iron Man itu adalah disebabkan Tedi akan mengambil masa 30 minit untuk selesai iron sehelai baju... huhuhu...

Kalau Tedi ada iron besar gedabak macam ni, tentu dalam seminit je dah boleh siap iron baju sekolah, kan?
Sumber foto: My Strawberi: Cerita raya 2013 kami.

Ulasan

  1. Dalam banyak2 kerja.. kerja iron baju la yang akak paling malas sekali nak buat..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, Tedi pun sama gak, tapi lepas Mommy belikan iron dengan kuasa wap air ni, Tedi rasa seronok, macam mandi sauna...

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.