Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Dinding inspirasi

Imej
Dinding putih bersih suci tidak menjana pemikiran kreatif kanak-kanak.
Itulah pesan seorang pakcik.
Dia menerima pesanan itu daripada seorang kawannya yang baru pulang dari luar negara.
Kawannya itu adalah ahli psikologi.
Ceritanya bermula apabila si kawannya itu melawat pakcik tersebut di rumahnya.
"Bersih dinding rumah kau ni""Ha'ah, tapi susah juga nak jaga, budak-budak tengah lasak, sibuk nak conteng sana-sini.""Baguslah macam tu, kau biarkan je mereka conteng. Dinding yang putih bersih macam ni, tak bagus untuk pemikiran kreatif mereka."
Berkat nasihat kawannya itu, pakcik itu mencanangkan idea yang sama ke mana-mana sahaja dia pergi. Terbaru, dia melancarkan aktiviti menconteng whiteboard di syarikatnya.


Kecil jadi kawan, besar jadi lawan!

Imej
Tentu ramai boleh fikirkan apakah bendanya yang dikaitkan dengan pepatah tersebut.
Yup, secara automatik kita akan teringatkan api, kerana api ini apabila kecil menjadi kawan kita contohnya untuk memasak, namun apabila besar, ia menjadi lawan contohnya dalam kes kebakaran.

Kalau begitu kes ini juga terpakai bagi air, kerana apabila kecil, kita gunakan ia untuk mandi atau membasuh, namun apabila besar, mungkin kita akan dilanda banjir!

Begitu juga bagi angin, apabila kecil jumlahnya, seperti angin sepoi-sepoi bahasa, tentu mendamaikan jiwa, tapi bagaimana jika angin ribut taufan yang melanda?

Kembali kepada api tadi, benarkah apabila ia besar ia akan menjadi lawan kita secara automatik?

Bagi Tedi tidak semestinya!

Kenapa?

Besar tidak semestinya menjadi lawan.
Benar kan?

Contohnya seorang tukang besi memerlukan api yang besar dengan suhu yang amat panas untuk membakar besi sehingga berbara.

Begitu juga dalam industri pembuatan kristal di mana api yang besar dengan suhu yang amat tinggi…

Karate Kid Binge... klise...

Imej
Baru je habis tonton Karate Kid Binge.
Nampaknya bukan cerita Melayu sahaja yang penuh klise, tetapi cerita omputeh pun rupa-rupanya sama juga, terutama untuk siri Karate Kid ni.

Ini adalah plot-plot yang Tedi rasakan sungguh klise dalam cerita mengenai karate ni sehinggakan Tedi boleh hafal.

Watak utama adalah kanak-kanak atau remaja yang lemah.
Cerita selalu bermula dengan pengenalan watak seorang kanak-kanak atau remaja yang lemah dan selalunya dibuli.

Ironinya, pembulinya akan menjadi pesaingnya pada hujung cerita dalam mana-mana pertandingan karate yang ditandingi.

Berjumpa guru karate tanpa sengaja.
Kebanyakan cerita karate yang Tedi tonton akan disusuli dengan pengenalan bakal guru mereka yang ditemui secara tidak sengaja.

Selalunya sang guru ditemui ketika hero melarikan diri daripada musuhnya, di mana sang guru akan membantu dan menunjukkan kehebatan karate.

Hal ini akan mendorong si hero untuk belajar karate.

Guru tidak mengajar terus.
Selalunya si guru keberatan menerima h…

Erm... kelakar la jugak...

Imej
Baru je habis nonton "Nama aku Beng"
Tedi tertarik untuk tonton teledrama ni sebab Zizan Razak berlakon.
Mula-mula kelakar la juga, lepas tu Tedi naik atas untuk iron baju sekejap.
Pastu bila tengok balik, Tedi sangkakan dah beralih ke drama lain sebabnya jalan ceritanya mula ke arah romantik gitu tambah sedih-sedih sebab kematian kekasih hati.
Tedi check la sinopsis, rupa-rupanya ceritanya pasal si Kamal (lakonan Zizan Razak) yang tertarik dengan jiran barunya, Lisa (lakonan Izara Aishah). Dia meminta bantuan hantu bernama Beng yang menghuni rumah sewanya itu. Si Beng ni pula rupa-rupanya bekas kekasih Lisa yang mati sebab jatuh atas lif.
Tedi tak layan cerita jiwang macam ni, tapi Tedi pujilah sebab peranan Kamal yang pada mulanya macam nakal-nakal rupanya adalah kawan lelaki yang jujur dan ikhlas.
Cerita macam ni barulah ala-ala cerita Korea yang ada 2 hero, cuma hero Korea lebih hensem la kot...
Apa-apa pun, tahniah dicuapkan kepada Zizan kerana berjaya bawa watak macam…

Gebu... macam gebu je...

Imej
Sudah lama Tedi nak tahu apakah maksud perkataan ini?
Tedi tanya Mommy, Mommy pun tak tahu.

Tapi akhirnya Tedi dapati gebu itu bermaksud empuk? Agak relevan juga apabila difikirkan. Kan?

Keliru juga Tedi dibuatnya kerana apabila disebut empuk, Tedi akan terfikirkan mengenai daging. Bolehkah daging yang empuk disebut juga daging gebu? Rasanya macam tak sesuai je, macam tak kena je, macam tak gebu je.

Ini hasil kajian Tedi dari pelbagai sumber, sekadar untuk suka-suka, bersuka ria tetapi bukan bersukaneka.

Bahasa Melayu  : 
Lembut : terutamanya ubi (dan lain-lain);kuih pau juga dikategorikan sebagai kuih yang gebu;kek, terutamanya yang tidak dibakar disebut gebu apabila isinya lembut dan tidak padat.gembur : (tanah);kulit yang penuh berisi, licin dan lembut : contohnya: "... pipinya yang gebu ..."Peribahasa "Pipi bagai pauh dilayang" bermaksud pipi yang penuh (gebu), barulah Tedi tahu...getah gebu : (kata nama) getah yang berupa span.empuk : lembut dan senang dikunya…

Emma Maembong comel?

Imej
Semakin lama semakin jarang Tedi menjengah interpretZZ. Bukannya apa, semasa musim cuti sekolah ni Tedi sibuk duk menelaah pelajaran.
Kalau Tedi duk update setiap hari apa yang Tedi belajar, tentu muntah hijau kawan-kawan Tedi di luar sana.
Banyak juga buku yang Tedi terpaksa baca, contohnya hari ini sahaja Tedi dah baca "Linq to objects", "Linq unleashed", dan "Linq to SQL".
Sekarang ni tangan Tedi gatal nak menaip komen Mommy apabila dia menonton "Projek memikat suami", semalam.
"Comelnya Emma Maembong ni", kata Mommy. Tedi dan Master terpinga-pinga. Tedi pandang Master, dan Master pandang Tedi, kemudian kami pandang Emma Maembong, kami tenung Emma Maembong... kami garu kepala...
"Tedi... Tedi dengar tak tadi?""Dengarlah Master, telinga Tedi kan besar...""Emma Maembong tu comel?""Errr... nak kata hidung mancung, mancung lagi hidung Tedi... nak kata telinga capang, capang lagi telinga Tedi!"
Enta…

Kerana 30 minit... Iron Man berpesan...

Imej
Letihnyalah. Baru je tiba dari Gambang.
Apa Tedi buat di Gambang?

Jawapannya Tedi main air di Bukit Gambang Waterpark.

Tapi Tedi bukan nak cerita kisah di Gambang, tak laratlah Tedi.

Tedi nak cerita hal Iron Man yang memaksa Tedi iron pakaian seragam Tedi pada malam hari sebelum hari persekolahan.

Iron Man suruh iron untuk seminggu sekali kalau boleh, tapi dek kerana kederat Tedi ni tak seberapa, maka paling kuat pun Tedi dapat iron 1 setengah pasang je, hehe.

Paksaan Iron Man itu adalah disebabkan Tedi akan mengambil masa 30 minit untuk selesai iron sehelai baju... huhuhu...


Tunjuk muka di Tv3

Imej
Kawan Master sertai rombongan membantu mangsa banjir di Kuantan.
Ceritanya lebih kepada bagaimana terujanya dia melihat kelegaan dan keterharuan pada wajah mangsa banjir apabila mereka dibantu.
Walaupun bantuan itu kecil dengan hanya kerahan tenaga membersihkan apa yang termampu. "Tak tergambar perasaan apabila melihat wajah orang susah terharu menerima bantuan""Susah ke orang-orang kat Kuantan tu?" "Mereka mungkin tak susah sebelum ni, mereka mungkin hidup senang lebih daripada kita, tapi apabila kita ditimpa bencana atau kemalangan, maka jadilah orang susah!"  Di sebalik itu kawan Master juga agak kecewa dengan mereka yang memalu gendang hero membantu mangsa banjir, heboh di berita popular TV3, namun sebenarnya tiada apa!
TV3 melaporkan kononnya mereka yang memalu gendang itu menjadi hero ketika ini, pada keadaan banjir masih teruk, membantu mangsa banjir yang kesempitan!
"Tahi lembu semua itu!", kata kawan Master.
Padahal keadaan sebenarnya ba…

Surau Besar vs Surau Kecil

Imej
Hampir 2 (dua) minggu surau sementara di taman perumahan kami dibuka.
Seperti lazim mana-mana surau yang kecil dan baru dibuka, bilangan jemaahnya kurang.
Terkadang lebih 5 (lima) orang, terkadang hanya seorang jemaah.
Ketika inilah Master akan berbelah bahagi.
Mudah pergi ke surau besar, bilangan jemaahnya ramai, tanggungjawabnya semakin kecil.
Ke surau besar hanya perlu hadir dan menyertai jemaah sebagai makmum.
Berbeza dengan di surau kecil, bilangan jemaah yang sedikit menjadikan tanggungjawab semakin besar.
Terkadang terpaksa menjadi muazzin, terkadang terpaksa pula menjadi imam. Lebih haru apabila terpaksa menjadi muazzin dan imam.
Bagi mereka yang penuh ilmu di dada, tentu tidak menjadi masalah, namun bagi mereka yang punyai ilmu suam-suam kuku, ia amat berat, seolah bulldozer melanyak buah ciku.
Tidak hairanlah jika ada makmum yang pada mulanya meramaikan surau kecil, kemudiannya menjadi takut dan bimbang ditolak menjadi imam, memilih untuk menjauhi surau kecil.
Ketika ini Te…

Sungguh efisyien!

Imej
Apakah itu efisyien?
Perkataan ini dicedok daripada Bahasa Inggeris, "eficient" yang bermaksud cekap atau tersusun.

Tapi Tedi bukanlah nak cerita mengenai perkataan ini.

Kisahnya Tedi seperti biasa tertonton Cerekarama di TV3 (sebab Mommy tonton).

Cerita kali ni tajuknya "Yeop Kaya Ke".
Ada satu babak di mana si Yeop ni diberi peluang oleh bakal bapa mertuanya untuk bermesyuarat dengan pelanggan syarikat mereka.

Si Yeop ni pun pergilah.

Kemudian dah habis meeting, si Yeop ni balik ke pejabat. Dalam perjalanan si Yeop berbual-bual dengan pemandu beliau.

Sampai di pejabat si Yeop disambut dengan ucapan, "Tahniah, pelanggan kita tu dah ikat kontrak 5 tahun dengan kita."
Sungguh cekap pelanggan mereka itu, Yeop baru sampai pejabat, mereka dah tandatangan kontrak!

Inilah pengajaran yang kita jarang nampak dalam cerita-cerita Melayu.

Semoga kita akan ambil iktibar dan menjadikan pelanggan Yeop itu sebagai sumber motivasi.

Sekian.

Siapa yang terkejut ni?

Imej
Gambar jelingan maut seekor Ikan Napoleon kepada seorang penyelam.
Tak dapat Tedi fikirkan apakah sebenarnya yang bermain di benak fikiran Ikan Napoleon ini?
Gambar ini merupakan gambar spontan pelancong bernama Henric Carlstorm yang diambil di Great Barrier Reef di Australia.
"Saya tak nampak dia pun, dan mungkin dia pun tak  nampak saya, sebab itulah kami sama-sama terperanjat" - Carlstorm.
Ikan Napoleon boleh membesar sehingga 8 kaki panjang dan boleh hidup sehingga 30 tahun.
Sumber rujukan Tedi untuk coretan ini

Otak atas, otak bawah

Imej
Mesti ramai kawan-kawan yang duk fikir sama ada mereka menggunakan otak kanan atau otak kiri.
Tapi mungkin sahaja mereka yang berfikiran sedimikian boleh dikatakan ketinggalan zaman.



Para saintis telah lama tahu yang teori popular di mana otak logik dan otak kreatif saling berlawanan di antara satu sama lain adalah hanya mitos daripada satu kajian makmal tahun 1970-an yang penulisnya, Roger Sperry diberi amaran.

Para saintis bersetuju bahawa dua bahagian otak itu bekerjasama dan bukannya bekerja berasingan.

Kini pengkaji neuron, Stephen Kosslyn dan penulis G. Wayne Miller mencadangkan bahawa bahagian atas dan bawak otak adalah lebih relevan.

"Bahagian atas otak merancang dan mengkaji rancangan apabila jangkaan tidak dicapai, manakala bahagian bawah mengkelaskan dan menterjemah mengikut persepsi manusia.
Namun ia masih kerjasama, bukannya berasingan.


Sumber rujukan Tedi: There Is No Left-Brain/Right-Brain Divide

R.I.P ???

Imej
Hari ini terbaca komen seseorang mengenai ungkapan "Rest in Peace".
Pakcik itu mengkondem 1 komen yang kononnya daripada Ustaz Azhar Idrus yang melarang penggunaan ucapan R.I.P itu kerana bertentangan dengan ayat al-Quran.
Larangan itu di atas mendoakan kesejahteraan selepas mati kepada kaum kafir kerana semasa hidupnya tak mahu menerima ajaran dan perintah Allah subhanahu wa ta'ala.
"Saya akan tetap mengucapkan R.I.P kepada kawan-kawan bukan Muslim yang mati. Takkan nak sebut inna lillah wa inna ilaihi ra'jiun pula? Maaflah, bukan nak mempertikaikan kerana ustaz ustazah saya terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi." - pakcik tidak Tedi kenali.
Bukanlah Tedi nak pertikaikan keilmiahan beliau, cuma pendapat Tedi ialah:
Memang orang Islam apabila menerima berita sedih dituntut mengucapkan "daripada Allah datang dan kepada Allah kita kembali", tak kiralah sama ada kematian atau musibah atau kemalangan. Tak kiralah jua sama ada musibah itu t…

Kota Bharu, LCCT dan Fan Run

Imej
Tedi baru je sampai dari LCCT.
Jam sudah menunjukkan jam 5.30 pagi. Tedi baru melabuhkan punggung di atas permaidani.

Sebabnya tadi Tedi teman Master dan Mommy hantar Tok Ayah dan Nek Mak naik kapal terbang. Mereka berdua akan ke Padang, Indonesia.

Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, Tedi dan Master dan Mommy baru sahaja tiba di rumah dari Kota Bharu. Penerbangan kami yang sepatutnya berlepas pada jam 10 malam dan sampai di LCCT pada jam 11 malam telah ditunda oleh pihak AirAsia.

Akibatnya kami berlepas jam 11 malam dan tiba di LCCT pada jam 12.30 tengah malam!

5.45 pagi...
Azan Subuh dah berkumandang sedangkan Tedi masih belum sempat melelapkan mata.

Pada jam 7 pagi nanti kami akan ke Dataran Putrajaya pula untuk berlari dalam Team Malaysia Fan Run.



Sebelum ini kami sertai aktiviti ini di Dataran Merdeka, namun tahun ini ia telah dipindahkan ke Putrajaya. Apa-apa pun, jaga keselamatan.