بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 Wow! Sekarang rakyat Malaysia harus sedar kenapa Kenya punyai ramai jaguh marathon!

Selama ini (dan mungkin untuk selamanya) manusia menyangka mereka akan sentiasa kalah apabila berlumba lari dengan Cheetah yang terkenal dengan kepantasan mereka.

Akhirnya buku bertemu ruas, Sang Cheetah yang dikenali dengan kepantasan mereka berlari berjaya dikejar dan ditangkap hidup-hidup oleh petani di Kenya.

Namun semua itu berubah apabila seorang petani bernama Nur Osman Hassan, seorang petani dari Wajir di timur laut Kenya, berasa bosan dengan kes serangan Cheetah ke atas kambing ternakannya.

Tidak mahu menggunakan senapang, sebaliknya pakcik itu mengumpulkan 3 rakannya dan mereka mengejar pemangsa ternakan mereka dengan berlari dalam cuaca panas siang. Saja je pakcik tu tunggu sehingga cuaca betul-betul panas dengan harapan Cheetah itu akan keletihan dan taktik mereka berjaya.

Syabas kepada petani tersebut kerana bukan sahaja tidak membunuh kawan-kawan Tedi tu, sebaliknya mereka juga serahkan 2 ekor Cheetah tu kepada pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan hidupan liar di Kenya.

Setelah 4 batu (6.4 kilometer) aksi kejar mengejar itu berlaku mereka berjaya membuatkan 2 ekor Cheetah itu menyerah kalah. Kedua-duanya ditangkap dan diserahkan kepada Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (Kenyan Wildlife Service).

"Ia bukan sekadar sukan, saya perlukan pampasan daripada mereka atas kehilangan kambing-kambing saya" - Nur Osman Hassan.

Tedi tidak meragui keupayaan mereka (pakcik petani) kerana Tedi dah lama agak yang Cheetah bergantung kepada pecutan mereka dan bukannya larian jarak jauh.

Namun Tedi agak musykil kerana Cheetah yang ditangkap itu memburu kambing, adakah ini bermakna mereka mungkin tidak cukup pantas di kalangan Cheetah?

Cheetah adalah haiwan terpantas di dunia yang boleh memecut sekurang-kurangnya 104 km/j (64 mph), tetapi ternyata kelajuan sahaja tidak mampu menandingi kemampuan manusia berfikir dan merancang taktik yang sesuai.

Sumber: Kenyans chase down and catch goat-killing cheetahs.


~20131118~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih