Ops Cantas Pokok Lada

Pada suatu pagi, Mommy bertanya.

"Ulat makan daun pokok lada ni ke?"
Tedi periksa dan dapati pohon lada yang Tedi tanam hampir 50% hilang daunnya. Ke mana perginya daun-daun itu?

Zasss... 2 minggu yang lalu...
"Daun pokok cili yang kerinting tu perlu dicantas."
Nek Mak berkata sambil mencantas daun-daun cili yang kekerintingan. Tedi tidak bertanya lebih lanjut dan tidak pula Tedi pertikaikan.

***

Kan bagus kalau pokok lada besar Tedi menghasilkan buah seperti ini

Jadi, pada malam tadi Tedi perhatikan pokok lada itu. Bunganya banyak namun tetap tak mahu berbuah. Tedi pun tension.

Apabila Tedi periksa, banyak daunnya yang kerinting, maka Tedi pun cantas. Sebenarnya Tedi tak berapa pasti daun mana yang kerinting, mana yang tidak, maka hampir sahaja Tedi cantas kesemuanya... hahaha...

Sambil cantas tu Tedi masih tertanya-tanya kenapa harus dicantas?

Kewujudan makhluk halus.


Sudah pasti Tedi takkan ketahui jawapannya, cuma yang Tedi perasan, daun-daun kerinting yang Tedi cantas kebanyakkannya ada makhluk halus berwarna putih!

Tedi pun segera mengambil langkah drastik, semua daun yang ada makhluk-makhluk halus itu segera Tedi cantas tanpa belas kasihan.

Hasilnya, pokok lada Tedi sudah kelihatan seperti pokok bonzai. Banzai!

Jangan sayang pokok!


Tedi tak membantah kata-kata Nek Mak itu kerana sebelum ini seorang pekebun telah berpesan kepada Tedi, kalau nak pokok bunga lawa, jangan sayang untuk cantas selalu.

Mungkin hal yang sama juga relevan dengan kes ini?

Ulasan

  1. Moga pokok cili berbuah kembali dengan lebatnya selepas sesi pencantasan tersebut.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih akak, harap2nya la kan...

      Padam
  2. Pokok cili ni lagi satu problem dia, semut mudah hurung. Kalau banyak sangat, silap-silap boleh mati pokok cili tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ada semut hurung tapi dah kurang dah sejak selalu gemburkan tanah, mungkin sarang semut tu dah terjejas dek sesi penggemburan tanah itu.

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.