Natijah demam atau Love You Mr Arrogant?

Master terjaga daripada lena.

Cerita di bawah ini mungkin ada kena-mengena dengan drama yang menjadi kegilaan anak saudara Mommy sehinggakan Master "tertonton" drama Melayu ni.


Master memandang ke sekitar. Kawasan rumah banglo yang luas itu membuatkan dia buntu seketika. Keadaannya agak mamai setelah entah berapa lama Master terlena di sofa empuk itu.
"Rumah siapakah ini?"
Akhirnya Master kembali sedar yang dia berada di rumah mertuanya, atau lebih tepat di rumah mertua bini mudanya.

Tipikal cerita Melayu, kahwin mesti dengan anak orang kaya.

Barulah juga dia teringat yang dia tak pernah jenguk bini mudanya itu. Tak dilayan. Tak dipedulikan pun? Masanya dihabiskan bersama Mommy.
"Aneh sungguh, bukan selalu orang layan bini muda ke?"
Perasaan menyesal menyelubungi diri. Master menuju ke sebuah bilik, dia tahu di bilik itu selalu bini mudanya menumpang mandi. Master nak menjenguk bini mudanya itu, nak minta maaf. Entah kenapa di hatinya penuh sesal.
"Lagilah pelik? Kenapa harus cari di bilik mandi?"
Ketika dalam perjalanan ke bilik itu, Master terhenti di satu ruangan, dia memandang ke pintu sebuah bilik. Master tahu itu bilik bini mudanya.
"Aduh, kalau dah tahu tu bilik bini muda Master, kenapa Master tak pergi je ke bilik tu?"
Master kemudian bergerak ke tujuan asalnya. Dicarinya di sana, bini mudanya memang tiada!
"Kan Tedi dah cakap, carilah di bilik bini muda Master tu! Hadoilah Master ni..."
Master mencari di segenap penjuru bilik yang seakan bilik orang gaji itu.
"Gamaknya Master disuruh tidur di bilik orang gaji?"
Master tidak ketemu kelibat bini mudanya, apa yang ditemui adalah beg smartphone. Canggihnya beg smartphone itu kerana ia berkembar dengan pencil case! Lebih mudah dikatakan beg itu adalah bed 2-dalam-1, macam syampu rambut pula.
"Tak jiwang langsung cerita Master ni, bekas alat tulis lak yang jadi bahan."
Tiba-tiba terdengar deruman kereta meninggalkan kawasan rumah itu. Master segera berkejar ke luar, dia nampak bini mudanya dilarikan abang iparnya. Bini mudanya sungguh sedih, Master tahu walaupun Master tak nampak wajah bini mudanya itu.
"Apa logiknya abang ipar Master bawa lari bini Master? Kalau halau Master tu, logiklah juga! Kalau nak larikan pun, larikanlah semasa belum kahwin lagi!"
Master termenung. Tak tahu apa nak dilakukan. Master duk periksa senarai kenalan dalam telefonnya namun tidak berjumpa apa yang dicari.

Tiba-tiba sahaja sebuah kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM memasuki kawasan rumah itu. Macam selalu nampak je kereta tu? Rupa-rupanya Mommy datang menjenguk.
"Mana isteri muda abang tu?" - Mommy bertanya dengan cool seolah-olah dia dengan bini muda Master langsung tiada masalah. Macam kamceng je?
"Entahlah. Err, Memey tahu nama isteri abang tu?"
"Manalah Mey tahu. Mey tak pernah jumpa pun isteri abang tu."
Erkkk... naya betul. Master ni lupa atau apa? Sampai tak tahu nama bini sendiri? Patutlah tak jumpa nombor telefon dalam senarai kenalan, rupa-rupanya tak tahu nama?

Mungkinkah kepala Master telah dihempuk sesuatu sehingga dia mengalami amnesia? Atau mungkinkah Master mengalami trauma sehingga kepala otaknya tidak mahu memproses maklumat berkaitan isteri mudanya?

Mommy kemudian meninggalkan Master dan masuk ke dalam rumah. Sungguh Mommy macam familiar je dengan rumah mertua Master tu.

Sejurus Mommy memasuki rumah, datang lagi sebuah kereta. Safiyah keluar dari kereta itu dan terus menuju kepada Master.

Makcik Safiyah duduk di atas bangku, manakala Master berdiri di tepi pagar, memandang jauh ke bawah bukit di mana pemandangan hijau saujana mata memandang. Sekali imbas macam Cameron Highland sebelum ditarah.
"Awak, saya ingin berterima kasih di atas nasihat yang awak berikan."
Master diam. Rupa-rupanya Master sebelum ini memberikan dorongan kepada makcik Safiyah yang didera oleh suaminya.
"Awak, kami dah bercerai. Sudikah awak menikahi saya?"
Muka Master tiba-tiba menjadi biru. Harus kalau drama Melayu, si hero tak mampu berkata apa-apa, kemudian si Mommy akan datang dan berlakulah perang dunia!

Tetapi skrip klise itu tidak berlaku. Sebaliknya Master lari mencari Mommy dan meminta bantuan Mommy untuk menepis godaan makcik Safiyah itu! Tipikal Master, takut perempuan, minta tolong perempuan... hehehe.

Mommy pun berdiskusi dengan makcik Safiyah secara baik. Makcik Safiyah faham dan segera beredar. Senang sungguh, patutlah tak laku dibuat skrip, hehehe.
"Abang, mari kita cari madu saya tu. Kasihan dia."
Master menurut dan kami bertiga mencari bini muda Master dengan menaiki kereta. Namun sehingga ke hujung hari tiada ketemu, dan Master diselubungi rasa bersalah kerana melukakan hati seorang wanita.
"Master, bangun, Master" - Tedi cuba mengejutkan Master yang meracau.
"Astaghfirullahal ad'zim" - Master mengucap beberapa kali.

***

Kisah di atas bukanlah sebuah dongegan sebaliknya sebuah mimpi yang terkesan di hati Master.

Kenapa? Sebab Master selalunya tak ingat sebarang mimpi! Tambahan pula ini mimpi berkahwin dua sedangkan Master tak pernah pula berangan nak kahwin dua!

Jadi Master dan Tedi puaslah berfikir apa makna mimpi tu?

Mungkin maksudnya seperti berikut

  1. Berkahwin dengan bini muda yang tidak dikenali, tak nampak rupa.
    1. Sebenarnya bini muda itu adalah Mommy sendiri, mungkin bahagian Mommy yang Master tak kenal atau tak peduli, di mana Master sendiri sedih dengan sikapnya kepada Mommy.
    2. Tambahan pula pada sebelah siangnya Master dah buat Mommy sedih kerana tak larat enjoy di Legoland dalam keadaan cuaca panas dan demam pula.
    3. Bukti "bini muda" itu adalah Mommy sendiri cukup jelas, Mommy tak kisah pun Master berbini muda dan Mommy juga yang ajak Master cari "bini muda" Master tu. (Dalam mimpi ye, bukan betul-betul.)
  2. Makcik Safiyah
    1. Makcik ini sebenarnya adalah watak dalam Love You Mr Arrogant yang Master "tertonton" sebelum tidur. Master mengandaikan hero akan kahwini makcik ini, tapi Mommy kata makcik ni tak kahwin dengan hero sebab hero tak mahu.
  3. Rumah besar
    1. Master selalu kutuk drama Melayu kalau tak kaya tak sah sedangkan rakyat jelata tertekan dengan pelbagai isu.
  4. Cari "bini muda" di bilik mandi
    1. Master kan demam, badan pun panas, jadi masa itu Master mungkin dambakan kedinginan air di bilik mandi.
  5. Kahwin, tapi tak kenal atau lupa?
    1. Ada 2 kemungkinan, satu sebab dah lama kahwin, bini muda itu adalah Mommy sendiri jadi patutlah Master tak ingat bila dia kahwini bini muda tu.
    2. Klise drama Melayu sekarang yang Master selalu kutuk, kahwin paksa oleh orang tua atau kahwin dengan orang yang tak dicintai.
  6. Bekas smartphone 2-dalam-1
    1. Sebenarnya Master sedang mencari telefon pintar yang boleh sumbat 2 kad sim sekaligus.
Nampak gayanya mimpi Master tu berkait rapat dengan perasaan bersalah dan diselitkan dengan babak klise drama Melayu. Tak lupa juga diadun dengan telefon pintar yang diangankan.

Bolehlah Master tidur dengan aman sebab dah tahu siapa si "bini muda" tu.

Pengajaran.


Lain kali kalau demam, sila jangan tonton drama Melayu, kan dah menggigau! Nasib baik Mommy tak perasan Master mimpi berbini muda, kalau tidak, harus Master dah kena cekik! Hehehe.

Ulasan

  1. bahayanya mimpi kahwin dua.. nasib baik mommy tedi tak tahu.. hehe.. tedy aje la yang tahu rahsia ni ya?

    BalasPadam
  2. astro warna live stream link >> http://dalicasts.blogspot.com/2013/11/astro-warna-streaming-online-malaysia.html <<

    BalasPadam
  3. Amboi..tedi..smpai termimpi2 ni..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, xtaula Master tu... biasala demam... dihempap bantal pun boleh mimpi dihempap lori treller

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.