Berita baik buat peminat filem seram!



  • Satu kaji selidik yang ditaja oleh sebuah syarikat sewaan filem di United Kingdom mendapati bahawa menonton sebuah filem seram boleh membakar sehingga 200 kalori.
  • Kajian oleh University of Westminster itu menyukat penggunaan tenaga sekumpulan manusia yang menonton pelbagai filem seram.
  • Mereka mendapati bahawa denyutan nadi penonton meningkat dan adrenalin dihasilkan, membakar kalori 1/3 kali lebih daripada rekod purata.
  • Susunan filem yang membakar kalori dengan pantas adalah:
    • 184 kalori - The Shining
    • 161 kalori - Jaws
    • 158 kalori - The Exorcist
Senanglah macam ni, tak perlu bersenam teruk-teruk, cukup dengan beli atau sewa DVD filem seram dan tonton secara berterusan, kan?

Tedi tak minat filem-filem seram ni, patutlah Tedi gemuk!


20131127