Ahli Geologi temui air laut berusia lebih 100 juta tahun

Pada suatu masa dahulu (35 juta tahun dahulu), seketul asteroid atau seketul besar ais ( atau apa-apa sahajalah) telah menghentam permukaan planet Bumi.

Hentaman hebat itu telah menghasilkan sebuah lubang besar di kuala sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Chesapeake Bay.

Imej satelit menunjukkan kawasan hentaman di Chesapeake Bay.

Ahli geologi masih mengkaji fenomena itu, namun apabila mereka menggali di kawasan kawah yang terhasil dek hentaman itu, mereka menemui sesuatu yang lebih mengkagumkan - air laut tertua di dunia.

Air laut purba itu mempunyai kepekatan klorida dan bromida yang lebih tinggi, dikatakan berusia di antara 100 juta sehingga 150 juta tahun.

Ia ditemui terperangkap 400 sehingga 1500 kaki di bawah lapisan tanah.
"Apa yang kami temui adalah air laut yang terperangkap dengan kemasinan 2 kali ganda berbanding air laut moden" - Ward Sanford, ahli kaji air (hidrologi) daripada U.S. Geological Survey.
 Penemuan ini dikatakan akan membantu ahli sains memahami hidrologi di kawasan itu.

Berlaku peningkatan paras laut sebanyak 1/3 di kawasan kawah dipercayai berlaku kerana kawah itu menyebabkan tanah mendap. Bagi Tedi perkara ini tidak mustahil setelah air laut ditemui di bawah permukaan kawah itu.

***

Istilah:

  1. Hidrologi: kajian sains yang berkaitan dengan air di bumi dan juga di atmosfera.

Rujukan:

Ulasan