Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Pesta Durian 2013 @ Muzium Telekom

Imej
Pagi ini Tedi bangun dengan kepala pusing.
Mungkin ini natijah Tedi makan durian banyak-banyak semalam.

Durian yang Tedi makan itu adalah di sebuah event yang dianjurkan Muzium Telekom bertajuk Durian Party 2013.



Dengan bayaran RM 15 (lima belas ringgit sahaja), kami makan macam-macam durian. Jenisnya adalah durian kampung.

3 biji durian pertama yang kami ambil, cuma 1 yang rasanya sangat lazat. Kemudian kami ambil sebiji lagi, tawar.

Seterusnya Master  gi tanya mana durian kampung yang sedap?

"Maaflah bang, saya pun tak tahu nak cakap sebab ni durian kampung."
Tapi pakcik tu kemudiannya pilih sebiji selepas tengok isi dan bagi ke Master. Memang sedap.

Selepas tu Master pilih durian yang serupa macam tu dengan saiz sederhana atau kecil, dan tengok isi dia kekuningan. Alhamdulillah, 2 biji yang Master pilih tu sedap.

Kami sampai sana jam 7.30 malam dan habis makan jam 8.00 malam.

Ada surau disediakan walaupun kecil.

Hari ini last jadi sesiapa yang nak cuba, bolehlah datang.

T…

Kalori takut kepada filem seram!

Imej
Berita baik buat peminat filem seram!

Satu kaji selidik yang ditaja oleh sebuah syarikat sewaan filem di United Kingdom mendapati bahawa menonton sebuah filem seram boleh membakar sehingga 200 kalori.Kajian oleh University of Westminster itu menyukat penggunaan tenaga sekumpulan manusia yang menonton pelbagai filem seram.Mereka mendapati bahawa denyutan nadi penonton meningkat dan adrenalin dihasilkan, membakar kalori 1/3 kali lebih daripada rekod purata.Susunan filem yang membakar kalori dengan pantas adalah:184 kalori - The Shining161 kalori - Jaws158 kalori - The Exorcist Senanglah macam ni, tak perlu bersenam teruk-teruk, cukup dengan beli atau sewa DVD filem seram dan tonton secara berterusan, kan?
Tedi tak minat filem-filem seram ni, patutlah Tedi gemuk!
Sumber: http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/9638876/Watching-horror-films-burns-nearly-200-calories-a-time.html

San Francisco belanja USD$105000 untuk tunaikan impian Batkid

Imej
Impian kanak-kanak menjadi hero pujaan ramai direalisasikan.

Pada hari Jumaat lepas, penduduk San Francisco beramai-ramai memeriahkan majlis sempena meraikan Miles Scott sebagai Batkid.Program itu ditaja oleh Make-A-Wish Foundation, tetapi San Francisco tetap terpaksa berbelanja USD$105000 untuk majlis itu.Kebanyakan kos yang terlibat adalah untuk menyediakan sistem audio-visual gergasi di Moscone Center, di mana Miles Scott bertemu datuk bandar Ed Lee.Persiapan itu terpaksa dibuat apabila penganjur mendapati hampir 14000 penonton akan hadir.San Francisco menyatakan kos itu akan ditampung oleh keuntungan daripada konvensyen-konvensyen yang akan diadakan di Moscone Center. Macam manalah mereka boleh layan imaginasi seorang budak sehingga macam tu sekali?
Janganlah pula hendaknya semua budak mahu menurut jejak langkah Miles Scott itu.
Di Malaysia, jangankan imaginasi kanak-kanak, cita-cita orang dewasa untuk dapat membeli kereta pada harga lebih murah yang seperti diakujanjikan pun, mas…

26 Nov, harinya telah tiba...

Imej
Sudah 6 saat setelah jam berdeting 12 kali.
Hari ini adalah 26 November 2013, tarikh terakhir Master bekerja di syarikatnya ini.

Ironinya tarikh akhir ini juga merupakan tarikh kelahiran Mommy.

Jadi peristiwa manakah yang perlu diraikan?

6 tahun sudah berlalu... satu tempoh yang tidak singkat.
Dahulu, Master hadir ke syarikat ini dengan hati yang berat. Dia tiada niat mahu bekerja di sini, sebaliknya hanya menurut permintaan Mommy.

Temuduga dihadiri dengan saja-saja, tatkala tenaganya sudah lama hilang ditelan perjalanan menaiki kenderaan awam. Dahulu di Cyberjaya pengangkutan awam tidak secekap mana.

Pohon-pohon juga tidak sebanyak mana. Tiada bayang yang memayungi langkah Master membuatkan dia kepanasan ketika saat ditemuduga.

2 kali. Ya, hanya 2 kali Master menunaikan solat istikharah.
Pertama ketika Master mahu hadir temuduga di tempat kerjanya sekarang, dan kedua ketika dia bakal ditemuduga untuk kerja barunya nanti.

Hanya 2 kali itulah dia beristikharah sedangkan banyak sudah d…

Jempol

Imej
Ketika mencuci komputer Master, Tedi terjumpa 2 gambar ni.Mungkin ada kawan-kawan tak pernah dengar pun perkataan "Jempol" ni kan?Jempoladalah satu daerah di utara Negeri Sembilan dan bersempadan dengan Pahang di bahagian Tenggara.Terdapat Sungai Jempol yang mungkin menjadi asal nama tempat ini (atau sebaliknya).Master dibesarkan dan bersekolah di daerah ini, jadi daerah ni begitu dekat bagi Tedi.Kalau belajar geografi, mesti kawan-kawan pernah dengar stesen keretapi Bahau? Bahau adalah salah satu pekan di dalam daerah Jempol.Kini pusat pentadbiran Jempol terletak di Bandar Seri Jempol yang dulunya dikenali sebagai Bandar Baru Serting.Terdapat juga PULAPOL Air Hitam yang dulunya dikenali sebagai PULAPAH. Setahu Tedi ia pusat latihan polis yang terbesar di Malaysia.Kiriman InterpretZZ yang berkaitan dengan Jempol:Tedi survey homestay di Felda Lui SelatanMercu Tanda Za'ba di Bandar Sri Jempolhttp://interpretzz.blogspot.com/2011/05/ternakan-ikan-di-sungai-lui.htmlhttp://int…

Dari Nilai ke IKEA Damansara

Imej
Hari ini Master bawa Tedi dan Mommy ke IKEA Damansara.
Sebabnya Mommy nak beli apa pun tak tahulah.
IKEA Damansara adalah salah sebuah tempat yang Master tak berapa gemar nak pergi.
Ini adalah kerana sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta di sana kerana ramai sangat manusia. Selain itu susunan tempat letak kereta di sana amat menyeksakan kerana terlalu banyak lorong.
Penyelia parking di sana pula hanya tahu meniup wisel, tapi tak mahu bantu tunjukkan di mana kawasan yang kosong.
Kami pergi ke sana melalui ELITE dan NKVE dari Nilai. Tol pun mencecah lebih RM 10 (sepuluh ringgit). Keluar di Kota Damansara dan sesat di dalam sana kerana tiada papan tanda. Kami berjaya mencecah IKEA pun hanya setelah menuruti papan tanda ke Penchala Link di mana jalan ke Penchala Link adalah bersebelahan IKEA.
Sampai sahaja di IKEA, ada satu lagi masalah, nak makan apa?
Master orang kampung jadi dia tak berapa minat dengan kegilaan orang bandar terhadap bebola daging IKEA. Kalau setakat tak minat tu…

Nak vakum tak sarang labah-labah ni?

Imej
Seharian Tedi menyedut sampah-sarap dan debu-debu dalam rumah.
Bukanlah Tedi menyedut kesemua benda itu menggunakan muncung Tedi yang mancung ni.
Semestinya Tedi menggunakan penyedut hampagas yang omputeh sebut "vacuum cleaner".
Cikgu Tedi ajar yang vakum ini adalah ruang tanpa udara seperti angkasa lepas, tapi sampai sekarang Tedi tak pernah sampai pun ke angkasa lepas tu. Angkasa lepas tu terletak di negara mana pun Tedi tak tahu.
Lain kali Tedi ajaklah Master dan Mommy pergi makan angin di angkasa lepas.
Tapi cikgu kata tiada udara di sana? Jadi mungkin tiada anginlah? Macam mana nak makan angin?
Selain sampah dan debu, Tedi juga menyedut seekor lipas yang berkeliaran.
Cuma satu je Tedi tak sanggup nak sedut iaitu sesawang labah-labah beserta labah-labah dan anak-anak beliau.
Sarang Labah-labah senjata Allah subhanahu wa ta'ala melindungi hijrah Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam.
Bukannya apa, Tedi terkenang kisah hijrah Nabi Muhammad sollallahu a'laihi …

Jangan beri kucing minum susu lembu!

Imej
Kiriman berkaitan Jangan beri kucing minum susu lembu!Bolehkah kucing minum madu Manusia sibuk bertanya, adakah kucing boleh minum susu lembu?
***** Nampaknya selepas kaum manusia ni sibuk nak beri kucing minum madu, kini mereka nak beralih kepada susu lembu pula.

Jawapannya ialah kucing tak boleh minum susu lembu.

Tetapi jawapan sebenarnya ialah selepas bercerai susu, kucing tidak sepatutnya minum susu. Ini adalah kerana mereka berubah menjadi tidak mesra laktosa.



Apakah itu laktosa?
Laktosa adalah sejenis gula dalam susu. Ia perlukan enzim lactase untuk dihadamkan.

Kucing yang telah bercerai susu tidak mampu untuk menghasilkan enzim ini (dengan secukupnya) untuk menghadamkan susu secara sempurna.

Apakah akan terjadi apabila susu tidak dihadamkan dengan sempurna?
Sepatutnya laktosa akan diuraikan oleh enzim lactase kepada gula ringkas yang kemudiannya akan diserap oleh darah.

Sebaliknya susu yang tidak hadam akan kekal dalam sistem penghadaman di mana bakteria mula bertindak balas seh…

Yeay... UNIFI datang!

Imej
Balik dari sekolah, Tedi terlihat dan melihat ada van di belakang rumah!"Apa yang van itu buat di situ?" Eh, silap pula. "Kenapa van itu berada di situ? Apa yang dibuat oleh penumpang van itu?" Haa... barulah betul!
Masuk je ke dalam rumah, Tedi terus menuju ke belakang. Tedi ambil penyiram pokok, lepas tu Tedi buat-buat siram pokok-pokok. "Pakcik... pakcik buat apa ni?"
"Pakcik sedang memasang kabel UNIFI, nak ooii""UNIFI yang internet tu ke pakcik?""Benar sungguh telahanmu, wahai anak muda.""Kejap lagi dah boleh guna UNIFI ke pakcik?""Bersabarlah wahai anak muda. Masanya akan tiba jua barang sepurnama""Alah... kenapa lama sangat pakcik?""Lama bukan sebarang lama, lama ia menunggu diuji. Apalah sangat barang sepurnama, jika diukur gembiranya hati." Wah wah wah, bermadah seloka ala purbawara pula si pakcik itu. Malas nak layan Tedi la tu, macamlah Tedi tak tahu! "Pinggan tak retak, na…

Ahli Geologi temui air laut berusia lebih 100 juta tahun

Imej
Pada suatu masa dahulu (35 juta tahun dahulu), seketul asteroid atau seketul besar ais ( atau apa-apa sahajalah) telah menghentam permukaan planet Bumi. Hentaman hebat itu telah menghasilkan sebuah lubang besar di kuala sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Chesapeake Bay.

Ahli geologi masih mengkaji fenomena itu, namun apabila mereka menggali di kawasan kawah yang terhasil dek hentaman itu, mereka menemui sesuatu yang lebih mengkagumkan - air laut tertua di dunia.
Air laut purba itu mempunyai kepekatan klorida dan bromida yang lebih tinggi, dikatakan berusia di antara 100 juta sehingga 150 juta tahun.
Ia ditemui terperangkap 400 sehingga 1500 kaki di bawah lapisan tanah. "Apa yang kami temui adalah air laut yang terperangkap dengan kemasinan 2 kali ganda berbanding air laut moden" - Ward Sanford, ahli kaji air (hidrologi) daripada U.S. Geological Survey.  Penemuan ini dikatakan akan membantu ahli sains memahami hidrologi di kawasan itu.


*** Istilah:Hidrologi: kajian sain…

Ops Cantas Pokok Lada

Imej
Pada suatu pagi, Mommy bertanya."Ulat makan daun pokok lada ni ke?" Tedi periksa dan dapati pohon lada yang Tedi tanam hampir 50% hilang daunnya. Ke mana perginya daun-daun itu?

Zasss... 2 minggu yang lalu...
"Daun pokok cili yang kerinting tu perlu dicantas." Nek Mak berkata sambil mencantas daun-daun cili yang kekerintingan. Tedi tidak bertanya lebih lanjut dan tidak pula Tedi pertikaikan.

***

Jadi, pada malam tadi Tedi perhatikan pokok lada itu. Bunganya banyak namun tetap tak mahu berbuah. Tedi pun tension.

Apabila Tedi periksa, banyak daunnya yang kerinting, maka Tedi pun cantas. Sebenarnya Tedi tak berapa pasti daun mana yang kerinting, mana yang tidak, maka hampir sahaja Tedi cantas kesemuanya... hahaha...

Sambil cantas tu Tedi masih tertanya-tanya kenapa harus dicantas?

Kewujudan makhluk halus.
Sudah pasti Tedi takkan ketahui jawapannya, cuma yang Tedi perasan, daun-daun kerinting yang Tedi cantas kebanyakkannya ada makhluk halus berwarna putih!

Tedi pun se…

Mercey ditikam parang ketika selamatkan tuannya

Imej
Dia setia, gagah dan berani.
Mungkin kita semua pernah mendengar slogan sebegitu terpampang pada logo tentera di Malaysia, namun cerita ini adalah mengenai Mercey.

Mercey adalah seekor anjing pitbull betina yang telah ditikam parang ketika dia pertahankan tuannya yang diserang 4 lelaki bersenjata dalam satu kes pencerobohan di sebuah kediaman di Edmonton.
Mercey mengalami 2 kecederaan yang boleh meragut nyawa.
Ketika pemiliknya, pegawai polis dan juga pegawai veterinar menyumbang USD$ 1000 (seribu dollar) untuk bil perubatannya, kemudian tampil seorang penderma misteri yang membayar USD$ 1000 untuk menampung keseluruhan bil itu.
Mercey kini dalam proses pemulihan dan mula berjalan sendiri.
4 penjenayah itu pula telah ditahan dan didakwa atas keganasan dan juga kezaliman ke atas haiwan.
Sekali lagi, haiwan dan manusia tampak boleh menjadi sahabat sejati.
Sumber untuk coretan Tedi ini: http://www.edmontonsun.com/2013/11/14/mystery-donor-foots-mercey-the-dogs-medical-bills-after-attack-…

Petani Kenya kejar dan tangkap Cheetah dengan hanya berlari!

Imej
Wow! Sekarang rakyat Malaysia harus sedar kenapa Kenya punyai ramai jaguh marathon!
Selama ini (dan mungkin untuk selamanya) manusia menyangka mereka akan sentiasa kalah apabila berlumba lari dengan Cheetah yang terkenal dengan kepantasan mereka.


Namun semua itu berubah apabila seorang petani bernama Nur Osman Hassan, seorang petani dari Wajir di timur laut Kenya, berasa bosan dengan kes serangan Cheetah ke atas kambing ternakannya.

Tidak mahu menggunakan senapang, sebaliknya pakcik itu mengumpulkan 3 rakannya dan mereka mengejar pemangsa ternakan mereka dengan berlari dalam cuaca panas siang. Saja je pakcik tu tunggu sehingga cuaca betul-betul panas dengan harapan Cheetah itu akan keletihan dan taktik mereka berjaya.


Setelah 4 batu (6.4 kilometer) aksi kejar mengejar itu berlaku mereka berjaya membuatkan 2 ekor Cheetah itu menyerah kalah. Kedua-duanya ditangkap dan diserahkan kepada Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (Kenyan Wildlife Service).
"Ia bukan sekadar sukan, saya perlukan…

Tipikal jawapan kerajaan Malaysia, sungguh klise!

Imej
Hari ini suratkhabar melaporkan berita sogokan kepada pegawai Imigresen Malaysia di lapangan terbang.
Ia diikuti cadangan oleh pihak-pihak tertentu supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di lapangan terbang untuk membanteras gejala ini.Tapi belum apa-apa dah ada yang menolak dengan menjawab, "Kes ini adalah kes terpencil". Lebih haru apabila individu itu adalah Ketua Imegresen Malaysia.Tedi tak ingat dah berapa kali ayat "kes ini adalah kes terpencil" atau "isu ini adalah terpencil" digunakan untuk menolak apa-apa cadangan.Paling bodohnya ialah apabila ayat-ayat klise itu disuarakan oleh menteri-menteri Malaysia dan pegawai atasan kerajaan yang sepatutnya bijak pandai mencari penyelesaian kepada sebarang isu.Paling kelakar apabila mereka tidak pula memberi jawapan sebegitu apabila kes itu melarat atau sesuatu kes itu melibatkan orang-orang kenamaan.Sebagai contoh apabila kes penculikan budak berleluasa dan melibatkan anak pegawai …

Natijah demam atau Love You Mr Arrogant?

Imej
Master terjaga daripada lena.

Master memandang ke sekitar. Kawasan rumah banglo yang luas itu membuatkan dia buntu seketika. Keadaannya agak mamai setelah entah berapa lama Master terlena di sofa empuk itu.
"Rumah siapakah ini?" Akhirnya Master kembali sedar yang dia berada di rumah mertuanya, atau lebih tepat di rumah mertua bini mudanya.

Tipikal cerita Melayu, kahwin mesti dengan anak orang kaya.

Barulah juga dia teringat yang dia tak pernah jenguk bini mudanya itu. Tak dilayan. Tak dipedulikan pun? Masanya dihabiskan bersama Mommy.
"Aneh sungguh, bukan selalu orang layan bini muda ke?" Perasaan menyesal menyelubungi diri. Master menuju ke sebuah bilik, dia tahu di bilik itu selalu bini mudanya menumpang mandi. Master nak menjenguk bini mudanya itu, nak minta maaf. Entah kenapa di hatinya penuh sesal.
"Lagilah pelik? Kenapa harus cari di bilik mandi?" Ketika dalam perjalanan ke bilik itu, Master terhenti di satu ruangan, dia memandang ke pintu sebuah bili…

Setelah 15-tahun, Unicorn Asia kembali ditemui!

Imej
Haiwan mammalia jarang ditemui berjaya dirakam gambarnya di Vietnam.Menjejak Saola adalah seumpama menjejak Bigfoot, kecuali dalam kes Saola, manusia sedia maklum ia memang wujud. Bigfoot wujud tak?Saola juga dikenali sebagai Unicorn Asian, atau Vu Quang ox, atau Vu Quang bovid (Pseudoryx nghetinhensis).Ox bertanduk panjang ini kelihatan lebih menyerupai seekor Antelop. Ini bagi Tedi tidaklah menghairankan kerana kedua-dua mereka daripada keluarga Bovidae (walaupun keluarga Antelop masih didebatkan).Ia merupakan salah seekor haiwan yang paling jarang ditemui di muka bumi dan hilang daripada radar penglihatan manusia selama 15 tahunDitemui pada tahun 1992,  di kawasan pergunungan yang terletak jauh di Laos dan kali terakhir dilihat pada 1998.Tidak hairanlah ahli biologi berasa seperti berada di bulan apabila gambar kawan Tedi ini berjaya dirakam oleh kamera perangkap di kawasan hutan Vietnam.Menurut World Wildlife Fund (WWF), hanya ada ratusan — atau hanya mungkin dozen — Saola yang h…

QS: Jaminan Allah terhadap keamanan Tanah Suci

Imej
Surah al-Ankabut (Labah-labah), 67 - 69:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan (Mekah, negeri mereka) tanah suci yang dihormati, lagi aman; sedang orang-orang ramai yang tinggal (dalam daerah-daerah) di sekeliling mereka sentiasa diculik (untuk ditawan atau dibunuh)? Oleh itu, patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah dan kufur ingkar akan nikmat-nikmat Allah? (67)  Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? (68) Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (perto…

Badak Sumbu Hitam (Western Black) diisytiharkan pupus.

Imej
Hampir seminggu Tedi tak mencoret dalam interpretZZ, dan kini Tedi membawa berita sedih buat semua makhluk di dunia. Hari ini merupakan hari dukacita bagi semua pencinta alam.Ini adalah kerana Badak Sumbu Hitam (Western Black rhinocerous / West African black rhinocerous) atau nama saintifiknya Diceros bicornis longipes secara rasminya diisytiharkan telah pupus dari muka bumi oleh International Union for Conservation of Nature.Kali terakhir kawan Tedi itu dilihat adalah pada tahun 2006.IUCN kata kepupusan mereka ini dapat dielakkan jika kaedah pemeliharaan yang sempurna dilaksanakan. Badak sumbu lain turut terancam Tidak cukup dengan berita kepupusan Badak Sumbu Hitam (Western Black), laporan mereka juga turut menyebut beberapa nama lain yang terancam.Mereka ialah Badak Sumbu Putih Afrika dan juga Badak Sumbu Sumatera (setahu Tedi hanya tinggal kurang 100 ekor di Malaysia dan Indonesia) yang kini bergelut untuk meneruskan kesinambungan hidup kesan aktiviti penyeludupan dan juga kurang…

Juara-juara Piala Malaysia

Imej
Sekadar berkongsi sejarah dengan mereka yang buta... hehehe...

Sumber : https://www.facebook.com/fam.org.my

Kunjungan bulan Oktober 2013

Imej
Tak sangka cempedak jadi nangka... Hehe, tak pernah nak kirim kiriman sebegini cuma kali ni Tedi rasa gembira kerana coretan picisan Tedi pun ada manusia yang sanggup baca.

Terima kasih kepada para pengunjung, semoga bacaan anda di sini akan memberikan manfaat.

Tak sangka juga dengan kiriman yang tak sampai satu kiriman sehari pun boleh dapat jumlah pengunjung sebegini, tambahan pula tiada cerita sensasi mahupun gosip liar yang Tedi hidangkan.


Alhamdulillah coretan Tedi sudah kembali berkisar di sekitar dunia haiwan dengan harapan semoga kita dapat berkongsi hidup di dunia fana ini dengan aman dan damai.
Selain itu ada juga cerita pasal diri Tedi yang tentulah tak berapa menarik untuk dibaca. Mana tak nya? Asyik-asyik pasal sekolah, hehehe.

Otak primat memang takut ular.

Imej
Monyet dan manusia telah diciptakan untuk pantas mengesan ular.
Satu kajian yang dijalankan oleh para pengkaji University of California melibatkan kajian ke atas otak dua ekor anak monyet macaques.
Kedua-duanya ditunjukkan jujukan gambar-gambar dan masing-masing menghasilkan percikan neuron yang lebih pantas apabila melihat gambar ular.
Monyet-monyet yang dilahirkan di sebuah ladang di Jepun itu tidak pernah melihat ular sebelum kajian itu, namun ternyata otak mereka masih mampu menghantar isyarat bahaya kepada mereka. Malahan gambar ancaman kepada kaum mereka juga tidak mampu mencetus aktiviti otak seperti itu.
Para penyelidik percaya bahawa haiwan primat (termasuk manusia) telah berkembang untuk mengesan dan bertindakbalas kepada ular dengan secepat mungkin.
Sumber rujukan Tedi untuk coretan ini:http://m.phys.org/news/2013-10-brain-specific-radar-snakes.html