Pada suatu masa, terdapat sebuah negara yang terletak di negeri atas angin.

Ibnu Sahari: Asal-usul angin.

Negeri atas angin tiada kaitan langsung dengan "Negeri di bawah bayu".

Negeri di atas angin itu yang Tedi namakan sebagai NAI telah memberikan subsidi kepada penduduk mereka yang ingin memasang panel solar di bumbung kediaman mereka. 

Subsidi itu bernilai 50% daripada kos pemasangan panel solar tersebut.

Yana Yassin: Sistem Solar PV pertama Petronas

Selain penduduk itu mendapat elektrik percuma (jika sepenuhnya menggunakan solar), mereka juga boleh menjual sebarang tenaga elektrik yang berlebihan (jika ada) kepada syarikat pembekal elektrik (seperti Tenaga Nasional Berhad di Malaysia). 

Jika tenaga solar itu tidak mencukupi, mereka masih boleh menggunakan elektrik yang dibekalkan.

Meter elektrik mereka boleh berundur balik jika penduduk itu membekalkan tenaga elektrik solar kepada syarikat bekalan kuasa elektrik melalui grid bekalan kuasa elektrik.

Inisiatif ini dilakukan kerana para pemimpin NAI mahu mengurangkan kos penggunaan elektrik selain mengurangkan bebanan pada grid bekalan kuasa elektrik mereka.

Tedi rasa sungguh janggal apabila baca berita TNB untung padahal mereka duk canang kos meningkatlah, terpaksa dapatkan ehsan Petronas untuk bahan bakarlah, negara akan bergelap jika tarif tidak dinaikkan lah, bla bla bla.... tup tup untung, bonus masyuk.

Alangkah beruntungnya penduduk di NAI kerana ada pemimpin yang mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan tanpa membebankan rakyatnya.

Tapi kalau di Malaysia, nescaya akan keluar kenyataan, "Kita perlu naikkan tarif elektrik untuk menggalakkan rakyat kurangkan penggunaan elektrik".

Ketika mendengar kenyataan "cerdik" seperti itu Tedi rasa nak hantuk kepala ke dinding.


Nota kaki :

Atas Angin - negara di sebelah barat.

20131002