Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Kesilapan ketika bedung bayi boleh jejaskan pertumbuhan mereka.

Imej
Kawan-kawan tahu apa itu bedung?
Bedung adalah teknik membalut bayi dengan kain.
Ia dipercayai membantu menenangkan bayi, mengelakkan bayi menangis dan membantu bayi tidur lena.
Makcik kepada Mommy pun pernah memberi amaran kepada Mommy supaya bedung Sakinah ketika tidur supaya tidak terkejut dan diserang sawan. Sawan apa namanya, Tedi lupa pula. Mungkin sawan sangkut?
Siapa itu Sakinah? Tak perlu kenal siapa dia, tak penting pun...
Tetapi, professor Nicholas Clarke daripada Southampton University Hospital yang terletak di England menasihatkan ibu bapa bahawa teknik bedung yang salah akan menjejaskan pertumbuhan pinggang bayi mereka! "Untuk membenarkan pertumbuhan pinggang yang sihat, kaki bayi sepatutnya dibiarkan bengkok ke atas dan ke arah keluar dari pinggang mereka. Posisi ini membenarkan perkembangan semulajadi sendi-sendi pinggang." - tulis Clarke dalam jurnal Archives of Disease in Childhood. Pakar juga memberi amaran bahawa membedung bayi terlalu ketat boleh menyeba…

Mitos Orang Matematik menjahanamkan manusia

Imej
Setelah 2 hari tersadai, Tedi kembali mencoret.
Lama juga tidak mencoret walaupun Tedi tidaklah kemana-mana, cuma sedikit keletihan kerana terpaksa bekerja dalam 2 projek pada satu masa.
Pada sebelah siang Tedi mengerjakan Projek Penilaian manakala di sebelah malam Tedi usahakan Projek Laporan Akademik (CAD).
Nasib baik dengan perancangan Allah subhanahu wa ta'ala Yang Maha Merancang, Tedi dilucutkan daripada menerajui Projek Sumber Manusia kira-kira 2 minggu lalu di mana tempat Tedi digantikan oleh seorang kawan yang Tedi anggap sebagai guru kepada Tedi. Dengar khabar kawan Tedi tu buat semua yang Tedi usahakan daripada awal kerana kerja Tedi itu tidak mencapai NKRA beliau. 
Kalau Encik O yang buat, Tedi tak kisah dia nak buat lagu mana pun kerana Tedi tahu kehebatan dia.
Apakah yang dimaksudkan dengan Orang Matematik? Cukuplah dengan bicara mengarut mengenai Tedi, kerana ia tidak penting pun dan tidak menarik untuk dikongsi, hehe.
Berbicara mengenai Orang Matematik, istilah ini…

Makanan manis sebabkan kehilangan ingatan.

Imej
Kita sedia maklum bahawa diabetes (penyakit kencing manis) mengancam organ-organ seperti hati, buah pinggang dan mata.
Namun satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neurology mendakwa bahawa peningkatan kadar gula dalam darah pada manusia berusia 50-tahun ke atas boleh menyebabkan kehilangan memori.
Kehilangan memori itu boleh berlaku walaupun mereka tidak berada dalam tahap pra-diabetik.
Kajian itu melibatkan satu ujian ingatan yang diambil oleh 141 warga tua yang masih sihat, menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai tahap glukosa yang rendah lebih mudah mengulang perkataan.
Penerbit kajian itu, Agnel Floel berkata peningkatan tahap gula dalam darah memusnahkan saluran darah, mengakibatkan pengurangan aliran darah dan zat makanan ke sel-sel otak.
Semoga fakta terbaru ini membantu manusia menjaga pemakanan mereka.
Fakta ini juga boleh membantu rakyat Malaysia menerima hakikat penarikan subsidi gula adalah satu langkah drastik untuk menjaga ingatan mereka.
http://www.npr.org/blogs/th…

Aktiviti menukar kepala paip

Imej
Air menitik tidak berhenti merugikan kerajaan Malaysia

Semalam Master dah belikan kepala paip baru. Tedi pun dah tolong tengok Master pasangkan kepala paip itu.


Syukur air sudah tidak menitik, tapi alih-alih air keluar melalui sambungan paip daripada dinding ke kepala paip.

Tension betullah macam ni, penat sungguh Tedi menengoknya.

Hari ini Master kata nak pergi beli extension socket (soket sambungan) untuk kepala paip itu dan cari gam paip air kalau ada.

Kalau tak boleh juga, beli konkrit, tampal je dinding tu, biar padan dengan muka kami!

Semoga ada kedai hardware (jual alatan pertukangan) dibuka pada hari Ahad macam ni.

Erm, baik Tedi pergi mandikan pokok kangkung, cili, ulam raja, bendi, limau nipis, lada besar, kunyit, kari dan ulam botol di kebun Tedi dulu.

Tata...

Planet paling terasing di angkasa lepas ditemui

Imej
Ahli kaji bintang (astronomi) temui planet tanpa matahari.
Planet ini adalah 6 kali ganda lebih besar daripada Jupiter.Terletak kira-kira 80 tahun cahaya daripada Bumi.Ia tidak mengorbit mana-mana matahari.Ia terasing daripada mana-mana planet.Penemuan ini merupakan kes pertama kali saintis temui objek terapung bebas di angkasa lepas.Planet ini dikelaskan sebagai Objek Planet Berjisim dan dinamakan sebagai PSO J318.5-22 *** Tedi agak la kan, mesti ada apa-apa yang planet tu orbit. 
Tapi kalau Allah nak jadikan sesuatu, perkara mustahil sebegini pun tiada masalah. *** Sumber bacaan Tedi : www.nbcnews.com - Astronomers say they've spotted lonesome planet without sun.

Tedi ke Taman Desa Medical Centre

Imej
Semalam ambil surat tawaran kerja, hari ni bereskan pemeriksaan kesihatan. Semalam kan Master pergi ambil surat tawaran kerja di Touch 'N Go yang terletak di Bangsar South.  Selain itu Master disurus buat pemeriksaan kesihatan di Taman Desa Medical Centre yang bertempat di Jalan Desa.

Memandangkan keseluruhan proses akan mengambil masa 2 jam, kami bergerak ke destinasi sekitar jam 7 pagi. Kami singgah sebentar di Menara TM atau Menara Rebung untuk menghantar Mommy yang ada team building di Kuantan sepanjang 2 hari ni.
Bergegas ke Taman Desa Medical Centre Selepas hantar Mommy, kami (Tedi dan Master) terus bergegas ke tempat kejadian. Tak jauh TDMC dengan Menara Rebung tu, dalam 15 minit dah sampai.
Sampai je terus bagi surat yang berkenaan kepada kaunter reception (resepsi / penerimaan / kaunter menyambut tetamu), kemudian Master diminta isi 3 borang. Banyak betul, sudahlah semuanya isi perkara yang hampir sama. Seterusnya Master diambil tekanan darahnya oleh misi (nurse atau jur…

Tedi coret: Macam-macam

Imej
Tedi terjaga pada awal pagi. Jam baru menunjukkan 03:46. Awal benar Tedi terjaga pada hari ini, hari Jumaat, penghulu segala hari.

Tedi ambil kesempatan mencoret dalam interpretZZ, menggantikan helaian yang tidak diisi semalam.



*** Pegawai bank AmBank USJ 2 ditembak di muka Tedi tahu mengenai kes ini pagi semalam, apabila kiriman Tedi yang bertajuk, "Staff AmBank Amcorp Mall yang sungguh bongkak" tiba-tiba sahaja dilawati pembaca baru melalui enjin carian.


Rupa-rupanya melalui berita daripada corong radio, barulah Tedi tahu ada kakitangan AmBank yang ditembak oleh security guard (pengawal keselamatan) yang diupah oleh bank itu sendiri.
Apabila berbual dengan kawan-kawan, mereka kata si suspect, iaitu si pengawal keselamatan itu menembak mangsa selepas mangsa membuka pintu peti keselamatan dalam bilik kebal. Suspek kemudian melarikan wang dan dikatakan telah ditangkap di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika suspek mahu balik ke Tawau, Sabah.
Melalui bacaan di blo…

Sumber inspirasi kepada gaya rambut Donald Trump telah dibongkarkan!

Imej
Mungkin kawan-kawan kenal si hartawan Amerika Syarikat, pakcik Donald Trump.

Beliau merupakan bos dalam rancangan temuduga kerja realiti TV (televisyen), The Apprentice.

Pakcik ini sungguh kaya namun Tedi tak ambil pusing berapa kayanya dia ni.

Yang menghairankan Tedi ialah gaya rambutnya, daripada mana dia dapat inspirasi untuk menggayakan gaya rambut sebegitu?


Akhirnya persoalan itu terjawab juga apabila seorang jurugambar terrakam gambar yang menunjukkan siapakah sumber inspirasi kepada Donald Trump untuk menggayakan gaya rambut sedemikian.
Jurufoto bernama Sandy Wiskeman itu hanya menyedari jawapan kepada rahsia itu apabila dia merakam beberapa gambar Burung Kenari Golster. Di dalam foto itu terlihat ada individu yang menggayakan gaya rambut serupa Donald Trump.
Kini individu itu mungkin takkan hidup aman setelah fotonya tersebar di internet. Pastinya Donald Trump takkan mengaku bahawa bukan dia penggaya asal gaya rambut itu.
Individu itu mungkin akan disaman!
Inilah foto yang di…

Pegawai Imigresen Thailand jual orang Rohingya kepada penyeludup manusia.

Imej
Berita dari Phuket yang agak mengejutkan. Tedi baru sahaja membaca berita yang agak menyedihkan daripada Phuketwan.

Phuketwan melaporkan bahawa tahanan Rohingya diseludup keluar secara rahsia melalui konspirasi di antara pedagang manusia dan juga Pegawai Imigresen Thailand.


Orang hanyut Rohingya itu dibawa menggunakan bot tempatan dari satu jeti di perlabuhan Thai-Burma di Ranong ke sebuah kapal penyeludup untuk diseludup ke Malaysia sebelum dijual.
Para wartawan telah dapat mengesahkan terdapat pergerakan mencurigakan melibatkan kaum lelaki dan wanita Rohingya ke Ranong pada hujung minggu lalu.

Wartawan Phuketwan telah dimaklumkan mengenai pergerakan bas dari pusat tahanan Sadao Immigration di selatan Thailand yang terletak 500 kilometer di utara Ranong. Mereka diberikan nombor pendaftaran bas dan kemudiannya mendapati bas itu tiba di pusat tahanan Ranong Immigration pada jam 2 pagi, Sabtu lalu.

Kira-kira 50 orang Rohingya menaiki bas itu di mana mereka telah diambil cap jari dan ju…

Logo BING dah bertukar rupanya.

Imej
Tadi Master suruh Tedi risik satu nombor telefon.Ini adalah kerana Master dapat satu panggilan daripada nombor 22990. Master berasa sangsi dengan panggilan itu lalu meminta Tedi mencari nombor 22990 nombor dari mana?Setelah Tedi selidiki didapati bahawa nombor 22990 ini digunakan CELCOM untuk promosi nada panggilan.Setelah mengetahui berkenaan nombor telefon 22990 ni adalah nombor apa, Master berjanji takkan menjawab sebarang panggilan dari 22990 selepas ini.Perubahan logo enjin carian BingSelepas itu barulah Tedi perasan sesuatu yang pelik pada BING.com. Logonya dah jadi bersegi, tak bulat macam selalu.Tedi pun cubalah risik, rupa-rupanya dah lama logo ni bertukar. Tapi takkanlah Tedi tak perasan kan? Macam musykil pula.Logo bersegi ini disertai dengan ejaan bing menggunakan font Segoe supaya lebih serasi dengan barisan logo Microsoft.Selain itu ada juga disebut mengenai fungsi-fungsi terbaru seperti Page Zero dan Pole Position. Tapi tadi Tedi cuba, tiadalah pula jadi seperti yang di…

Belanja RM 306,248.41 untuk pembedahan agar serupa dengan Justin Bieber

Imej
Kerana minat sangup lakukan apa sahaja?
Tidak terkecuali juga kepada seorang peminat Justin Bieber yang benar-benar menggilai penyanyi muda itu.

Encik Toby Sheldon, 33-tahun daripada Los Angeles, seorang pencipta lagu, seorang lelaki (ingatkan perempuan je minat Justin Bieber), dilaporkan sanggup membelanjakan US$97,000 untuk menjalani pembedahan kosmetik bagi menjadikan rupanya seakan-akan bintang pop remaja itu.

Pembedahan itu melibatkan usaha melebarkan bahagian sisi mulutnya.

Dia memaklumkan bahawa mulutnya mengambil masa sebula untuk pulih, matanya pula tidak dapat dibuka selama seminggu selepas pembedahan.

Kawan-kawannya "memuji" usahanya itu dan memanggilnya Tony Bieber.

Barulah Tedi kenal siapa itu Justin Bieber, terima kasih pakcik Tony Bieber!

Sumber

Popcorn tingkatkan kekebalan terhadap iklan

Imej
Makan bertih jagung (popcorn) ketika menonton wayang seolah menjadi satu tradisi.Begitu juga dengan aktiviti mengutuk bilangan iklan yang terpaksa ditonton sebelum wayang bermula.Kini terdapat satu kajian yang dijalankan para penyelidik Cologne University mungkin boleh memberi khabar gembira kepada semua penonton wayang tegar.Penemuan mereka yang diterbitkan dalam Journal of Consumer Psychology, menunjukkan bahawa mereka yang mengunyah bertih jagung semasa iklan ditayangkan takkan terpengaruh oleh iklan tersebut.Teori yang digunapakai adalah:Bibir dan lidah manusia secara automatik meniru / mengulang sebutan sebarang nama baru apabila mereka mendengar ia disebut.Kemudian tanpa sedar sebutan itu diulang-ulang manusia.Aktiviti mengunyah mengganggu proses tersebut sekaligus menghindarkan manusia daripada terpengaruh dengan iklan. ---

Sumber rujukan rasmi bagi coretan Tedi ini:http://www.theguardian.com/science/2013/oct/13/eating-popcorn-cinema-advertisers.. resepi bertih jagung popcorn …

Otak dibersihkan ketika tidur.

Imej
Manusia mungkin tahu betapa pentingnya tidur pada waktu malam, namun para saintis masih tidak tahu mengapa? Kini para penyelidik dari University of Rochester di New York mengemukakan satu teori baru.Teori ini dikemukakan hasil kajian mereka ke atas Sistem Glimfatik (glymphatic).Sistem ini mungkin ada hubungan bau-bau bacang dengan Sistem Limfa (lyphatic) yang terkenal membantu tubuh manusia mempertahankan diri mereka daripada anasir-anasir asing (virus/ bakteria).Sistem Glimfatik baru sahaja ditemui pada tahun lepas.Ia berfungsi menyingkirkan bahan kumuh daripada otak sebelum membawanya ke hati.Semasa tidur, para pengkaji mendapati Sistem Glimfatik ini mempunyai kekuasaan 10 kali lebih kuat (atau aktif).Kenapa? Mereka belum ada jawapannya namun mereka spekulasi bahawa pada masa tidur, kurang tenaga digunakan oleh tubuh, dan tenaga ini dapat disalurkan kepada Sistem Glimfatik tersebut. Nampak gaya persoalan Tedi selama ini mungkin akan menemui jawapannya tidak lama lagi.
P/S: Tedi je b…

75 Tahun Kehidupan Superman

Imej
Klip video berdurasi 2-minit menceritakan sejarah 75 tahun Superman.

75 tahun telah berlalu semenjak Jerry Siegel dan Joe Shuster melahirkan Superman pada 1938. Sejak kemunculan pertamanya di dalam komik, watak yang juga digelar Manusia Besi (Man of Steel) itu telah melalui pelbagai kisah.Beliau menentang peperangan, bertarung dengan "salinan" dirinya sendiri dan juga wataknya telah diadaptasi ke dalam drama TV, filem dan juga permainan video. Pernah juga Superman mati, tapi sebagai hero dia terpaksa hidup kembali. Sempena sambutan ke 75 tahun Superman, DC Comics telah menerbitkan animasi pendek yang diterbitkan oleh pengarah filem Man of Steel, Zach Snyder, yang dibantu Bruce Timm, salah seorang pencipta "Superman: The Animated Series."  Video ini disertai alunan muzik latar belakang garapan John Williams.

Amaran Tedi: Usah hidang peluang.

Imej
Kami sampai ke Petronas BBN sekitar jam 9.30 malam. Alkisahnya Tedi dan Mommy dan Master dan Rabbit dalam perjalanan pulang dari kampung Master yang terletak di Felda Sungai Lui ke teratak kami.
Kami melalui jalan Air Hitam ke Simpang Pertang ke Kuala Klawang ke Pantai dan tembus ke Lebuhraya LEKAS sebelum keluar di persimpangan Pajam dan Nilai. Jalan sungguh sesak dan tersangkut-sangkut, bersusun kereta dari Simpang Pertang ke Pantai.

Kemudian kami singgah di Petronas Bandar Baru Nilai supaya Mommy dan Master dapat menunaikan solat.
Mommy pergi dulu sementara Master, Tedi dan Rabbit menanti di kereta. Master tunggu di luar kereta. Polisi bergilir-gilir ini adalah untuk mengelakkan kecurian kereta atau kecurian barangan dalam kereta atau dalam bahasa saintifiknya, pecah kereta.
Kemudian datanglah seekor Toyota VIOS. Di dalamnya Tedi perasan ada seorang pakcik, seorang makcik dan seorang gadis.
Usai kereta itu berhenti, makcik dan gadis itu berpusu-pusu menerjah tandas wanita. Enjin k…

Kawan Tedi: Ulat bulu Hello Kitty.

Imej
Watak Hello Kitty yang terkenal juga ada pada alam semula jadi.

Siapa tak kenal Hello Kitty? Jenama dengan watak kucing pink ini boleh didapati pada banyak produk.
Kini seekor kawan Tedi pula menjadi terkenal kerana paras rupanya yang menyerupai watak popular itu.
Ulat Bulu Hello Kitty khabarnya telah dijumpai di serata Asia, iaitu benua asalnya Hello Kitty.


Mungkin manusia tak kenal siapa sebenarnya Ulat Bulu Hello Kitty tu, maka mereka jadi sangat teruja.
Ulat Bulu Hello Kitty sebenarnya adalah daripada spesies rama-rama Chinese Bush Brown.
Ini koleksi foto yang dihebohkan orang ramai:



Sumber coretan Tedi ini adalah daripada:A Caterpillar That People Say Looks Like Hello Kitty.

Gajah faham isyarat tangan.

Imej
Satu kajian di University of St. Andrews menunjukkan bahawa gajah memahami isyarat tangan. Mereka mempunyai kemahiran itu tanpa memerlukan sebarang latihan tidak seperti anjing dan kucing.


Penyelidik bernama Richard Byrne telah mengkaji sekumpulan Gajah Afrika dan mendapati bahawa mereka berjaya mengikuti isyarat yang diberikan untuk mendapatkan makanan 2 daripada 3 kali.
Secara kasarnya keupayaan itu adalah setara dengan kanak-kanak manusia berusia 1 tahun yang boleh melakukan perkara yang sama pada kadar kejayaan 70% (tujuh puluh peratus).

"Apa yang mengejutkan kami ialah mereka (gajah) boleh melakukannya tanpa belajar. Pemahaman mereka sama hebat daripada permulaan sehingga tamat ujian, di mana kami tidak menjumpai sebarang tanda-tanda mereka belajar di sepanjang ujikaji." - Richard Byrne.
[livescience.com - Elephants understand pointing gestures.]

Kenapa tikus menyanyi?

Imej
Eh, betulkah tikus boleh menyanyi? Kalau menyanyi ala-ala Faizal Tahir tu, tidaklah. Tapi seorang ahli biologi, Brest Pasch mendapati bahawa tikus benar-benar "menyanyi". Pasch merupakan saintis University of Texas.

Hasil kajian itu diperoleh selepas 3 (tiga) tahun dia mengurung, merakam, dan bebaskan tikus.
2 (dua) spesis tikus Costa Rica yang dikajinya membuat bunyi nyaring, berdecit yang kedengaran hampir kepada gabungan bunyi kicauan burung dan bunyi cengkerik, pada julat bunyi yang sungguh tinggi sehingga hampir tidak kedengaran pada telinga manusia.
Nyanyian mereka itu adalah untuk memikat calon pasangan dan juga memberi amaran kepada tikus-tikus lain untuk menjauhi kawasan mereka.
Ini adalah satu maklumat yang berguna kepada manusia namun mungkin boleh disalahgunakan mereka untuk menyusahkan hidup kawan-kawan Tedi tu..
[abcnews.go.com - Why Mice Sing: Sex, and to Protect Habitat]

Selenggara Proton SAGA BLM 12-10-2013

Kos Service Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFMLokasi pusat penyelenggaraan: SY Tyres and Services, No 23, Jalan 10, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan.Nombor telefon: 019-3795796

Tedi belajar: Barisan Kabinet Persekutuan Malaysia 2013

Imej
Alamak, nak kena study barisan kabinet pula. Jom kita belajar bersama-sama. Tak kena tak mengapa, bukan untung pun kalau kita kenal mereka. Lainlah kalau mereka kenal kita, barulah boleh buat bisnes.

Perdana Menteri:  Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri:  Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik senator)

Datuk Seri Idris Jala (Senator)

Tan Sri Joseph Kurup

Datuk Seri Shahidan Kassim

Nancy Shukry

Datuk Joseph Entulu Belaun

Datuk Paul Low Seng Kuan (akan dilantik senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Timbalan Menteri: P.Waytha Moorthy (akan dilantik senator)


Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak (aik, dia lagi ??? Siapa pula "menteri" kewangan tok Najib?)

Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Dulu ada 2 kementerian berasingan, tapi mungkin kerana Tok Jib bingit ora…

Pertama kali dalam sejarah interpretZZ

Imej
Wow! Terngaga sekejap mulut Tedi hari ini.


Bukannya apa, tak sangka hari ini boleh mencecah 1000 paparan laman.

Bagi rakan-rakan blogger yang lain, paparan 1000 itu mungkin ambil masa tak sampai sehari, tapi bagi interpretZZ pula, sehari selalunya tak sampai 100 paparan pun, hehehe.

Untuk sebuah diari yang hanya dikemaskini selepas Tedi balik dari sekolah, ini agak mengembangkan hidung Tedi yang mancung ini.

Dan buat pertama kali juga jumlah pengikut mencecah 100 orang. Terima kasih kepada semua yang sudi menuruti blog Tedi ni.

Selepas ini Tedi akan cuba kemaskini hari-hari setiap kali balik sekolah.

Sotong gergasi terdampar di pantai Cantabria.

Imej
Pengunjung sebuah pantai di komuniti di negara Sepanyol dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor sotong gergasi
Sotong itu dianggarkan berukuran 30 kaki (9.144 meter) dan seberat 400 paun (181 kilogram).
Ia dikenali sebagai Architeuthis Dux, seekor sotong laut dalam yang hidup pada kedalaman 1000 kaki sehingga 3000 kaki di dalam laut, menyebabkan ia jarang dilihat sama ada hidup ataupun mati.
Bangkai itu kini berada di Maritime Museum of Cantabria di mana ia dibekukan,
Dikhabarkan pihak muzium dan kerajaan sedang berebut hakmilik bangkai tersebut.
Jika muzium dan para penyelidiknya memenangi hakmilik tersebut, kawan gergasi Tedi ni boleh menjadi tatapan orang awam.
Sumber: Beachgoers in Spain discover 30-foot giant squid. Bacaan berkaitan: en.wikipedia.org: Giant Squid.

Kisah Tedi: Hari yang meletihkan.

Imej
Hari ini merakam sejarah...
Buat pertama kalinya Tedi bangun jam 4.30 pagi. Mandi, bersiap, sebelum bergegas ke dalam kereta.



Master memanaskan enjin dalam kedinginan dan keheningan pagi. Kali ini agak lama masa yang diambil.

Proton SAGA BLM milik Mommy dipandu Master agak perlahan, tidak seperti kelaziman ketika mengejar Master masa.

Enjin lambat panas?
Setelah 30 kilometer barulah jarum meter mencecah 100 km/j. Dalam jarak 30 kilometer itu kereta dipandu hanya 80 km/j. Selepas jarak itu sedikit demi sedikit Master mula memecut.

Rupa-rupanya Master dapat merasakan enjin kereta agak "berat" dalam 30 kilometer itu. 

"Tak usah dipaksa jika ia tidak mahu. Apabila sesuai ia akan mendorong dirinya" - Master
Maksud Master itu ialah apabila kereta seolah berat, lambat bertindakbalas apabila pedal minyak ditekan, jangan dipaksa. Pandu dengan santai sehingga sampai satu saat di mana kereta itu seolah-olah memecut walaupun kita tidak mahu.

Tedi tak tahulah dongengan apa yang Master b…

Status FB menunjukkan usia anda

Imej
Setiap masa kemaskini status di Facebook menjadi ikutan masa kini. Sementara itu, ramai juga di antara pengguna Facebook menyembunyikan usia mereka. Tapi tanpa mereka sedari usia mereka boleh dikenalpasti hanya melalui kiriman mereka.


University of Pennsylvania dan University of Cambridge telah menjalankan satu kajian yang melibatkan analisa ke atas 15.4 juta mesej di Facebook melibatkan 75000 (tujuh puluh lima ribu) sukarelawan.
Kajian itu mendapati bahawa pengguna dalam kumpulan umur : 13 hingga 18 tahun - banyak berbicara mengenai sekolah, kerja sekolah dan banyak menggunakan emoticons.awal 20-an - berbicara mengenai kolej dan cenderung menggunakan bahasa kasar.23 hingga 29 - banyak bicara tentang kerja, hari cuti dan perkahwinan.30 ke atas - cerita pasal keluarga, kawan-kawan dan keagamaan Dalam kumpulan manakah kawan-kawan Tedi berada? *** Sumber bacaan rasmi TediWhat Your Facebook Updates Say About Your Age.status fb tentang usia atau umur

Kedai buku boleh gunakan coklat untuk tingkatkan jualan.

Imej
Kedai-kedai buku kini mula menghadapi kesukaran dek kecanggihan zaman teknologi maklumat

Bukan sahaja sukar untuk menjual buku, malahan mereka sukar menarik minat manusia singgah ke kedai mereka.

Seorang penyelidik dari Belgium menyatakan bahawa jawapan bagi masalah ini ialah coklat.
Lieve Douce dari Hasselt University telah melakukan eksperimen 10 hari yang menunjukkan bahawa apabila sesebuah kedai buku mengepam bau coklat ke dalam kedai mereka, pelanggan akan 2.22 kali lebih banyak memeriksa buku-buku yang ada di kedai mereka.
Kajian itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 40% (empat puluh peratus sahaja) ke atas penjualan buku-buku romantik dan buku-buku masakan (atau buku mengenai makanan dan minuman).
Penjualan buku sejarah dan aksi pula akan meningkat 22% (dua puluh dua peratus sahaja).
Ini adalah satu penemuan menarik yang boleh dicuba oleh semua pemilik kedai buku di Malaysia. "Bagaimana nak pam bau coklat ke dalam kedai?" Cari sendiri.

Sumber bacaan Tedi:
psmag.com: …