Lensa Tedi: Aksi raya Ako Mustapha bersama Sakinah.

Akhirnya berkesempatan untuk duduk di hadapan buku nota Tedi dan cuba menampal ruangan yang terbiar kosong.


Pada 17 Ogos 2013 - Tedi telah beraya di sebuah rumah di Kepong (kalau tak silap). Kebetulan ketika itu rumah itu mengalami fenomena rumah terbuka. Maka ramailah kaum manusia berkunjung ke rumah yang tersebut.

Salah seorang peraya yang mengunjungi rumah itu adalah encik Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha. Tedi tidaklah mengenali pakcik Ako Mustapha ini tapi kelihatan ramai pengunjung mahu berbual mesra dengannya, kecuali seorang yang tampak tidak peduli dan tidak kisah, asyik menikmati laksa yang disediakan tuan rumah, itulah si Master.

Wikipedia Bahasa Melayu: Muhaizad Ahmad Mustapha.
Kebetulan juga di rumah terbuka itu hadir seorang gadis yang manja, si Nur Sakinah. Kehadirannya itu disedari oleh pakcik Ako Mustapha yang mengambil kesempatan itu untuk beraya dengan si cilik Sakinah.

Gambar gelap tak guna flash sebab takut disedari pihak musuh!
Di sepanjang aktiviti rumah terbuka itu, Tedi merumuskan pakcik Ako ini peramah juga la. Pandai berbual dan cakap London selalu. Lepas ni kalau ada drama lakonan beliau, bolehlah Tedi cuba tontoni. Semoga berbaloilah hendaknya.

Tedi tak faham sungguh kenapa manusia sibuk nak bergambar dengan Sakinah? Popular sangatkah dia? Adakah dia menabur janji-janji populis kepada orang ramai sehingga membutakan mata mereka?

Tedi cuci sekeping foto sahajalah, takut membazir dakwat kamera Tedi.

Ulasan

  1. Ooo..ako mustapa..my hero..tedi..npe x amik 8 keping gmbq ako ni?hehe

    BalasPadam
  2. Ada lagi tapi malas nak upload gambar Sakinah banyak2

    BalasPadam
  3. hehe amboiii tedi ngumpat master yeeeee...

    mane gambo tedi beraya?? akak tunggu ni :D

    BalasPadam
  4. Mommy kata Tedi takleh raya sebab tak puasa.

    BalasPadam
  5. wow.. glamour juga adik tedi (sakinah) tu.. ako mustafa pun dah sukakan dia.. tedi sila jangan jealous.. hehe.. akak pun menabung 2white&1save22.. :D

    BalasPadam
  6. sakinah sangat beruntung.. siap dipeluk dipegang.. hehehe.. ;)

    BalasPadam
  7. Kak Mizz Aiza: x jeles pun :P

    Kak Aizamia3: aik, akak pun teringin ka? hehehe

    BalasPadam
  8. si kecik tu nama sakinah ker. cantik n comel sesangat... pinjam leh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana leh pinjam sesuka hati... :P

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.