Pesawat pengebom B-1B Lancer milik USAF terhempas.


  • Sebuah pesawat pengebom B-1 milik US Air Force terhempas setelah mengalami masalah di udara pada jam 9 pagi, 20 Ogos 2013.
  • Kejadian berlaku di kawasan terpencil berhampiran bandar Broadus di Montana, ketika mereka mengadakan latihan rutin.
  • 4 orang anak kapal berjaya menyelamatkan diri menggunakan kerusi lenting. 
  • Penduduk di kawasan itu melaporkan mereka melihat anak-anak kapal melenting keluar sebelum pesawat itu meletup.
  • Penduduk Ekalaka pula melaporkan mereka melihat kepulan asap di mana pesawat pengebom B-1 itu jatuh.
  • Jurucakap Ellsworth Air Force Base di Rapid City menyatakan 4 orang terselamat dan hanya cedera ringan. Tiada maklumat lanjut diberikan kepada orang awam.
  • Pangkalan udara itu merupakan pangkalan kepada skuadron 28th Bomb Wing yang menerbangkan dan menjaga 28 buah pesawat B-1.

Sedikit sejarah pesawat pengebom B-1B Lancer.


  • B-1B Lancer merupakan pesawat pengebom udara-ke-darat yang direka untuk menggantikan B-52 Stratofortress.
  • Ia direka untuk memasuki ruang udara Soviet dengan pantas dan menjatuhkan bom sambil mengelak pertahanan udara Soviet.
  • B-1 terawal diterbangkan pada 1986 ketika pentadbiran Reagan.
  • Kemudian USAF menerima 100 buah pesawat tersebut di mana hanya 1/3 yang masih berada dalam perkhidmatan sehingga kini.
  • Pesawat ini memerlukan 2 penerbang dan 2 pengawal sistem persenjataan. 


Kecelakaan ketiga pada musim panas 2013.


  • Ini adalah kali ketiga USAF kehilangan pesawat pada musim panas ini.
  • Pada bulan lepas dron QF-4 terhempas berhampiran sebuah lebuhraya di Florida.
  • Kemalangan ini merupakan kemalangan kedua pada pangkalan udara yang sama dalam sebulan.

Bacaan lanjut Tedi berada di sini:



20130821