Kapal Pengangkut Pesawat (Aircraft Carrier) pertama dibina di Asia.

Kapal Pengangkut Pesawat (KPP) adalah salah satu jentera penting tentera laut jika mahu berperang di lautan luas.

KPP sinonim dengan Amerika Syarikat yang meletakkan tenteranya di merata tempat di dunia. KPP penting dalam membantu melindungi konvoi kapal perang kerana jet pejuang yang dibawanya boleh digunakan untuk melindungi konvoi daripada pesawat musuh. KPP pada zaman moden digunakan sebagai markas untuk menyerang musuh, sedangkan pada masa dahulu ia lebih efektif menenggelamkan kapal selam.

Di Asia kita sedia maklum dengan kehadiran KPP dalam tentera Jepun dan China. Di Asia Tenggara pula, hanya Filipina memiliki KPP veteran yang diwarisi daripada Amerika Syarikat.

Kini India setapak (atau mungkin beribu tapak) lebih maju apabila memperkenalkan KPP binaan mereka sendiri, INS Vikrant.


INS Vikrant masih perlu menjalani banyak ujian sebelum ditauliahkan ke dalam Tentera Laut India. Beliau dijangka akan menyertai Tentera Laut pada 2018.

Kejayaan ini akan membantu mengubat kegagalan mereka dalam penghasilan pesawat tentera dan juga kenderaan tempur darat.


Vikrant yang bermaksud "berani", dibina dan direka oleh kepakaran India, namun persenjataan dan pengemudiannya akan diimport.

 

Kiriman Tedi ini berdasarkan sumber-sumber berikut:

 


20130813