Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Rumah angkat pertama UMK

Imej
KOTA BHARU, 30 Julai 2013 -

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuktikan keprihatinannya dalam membela nasib warga emas di negeri ini dengan menjadikan Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin di sini sebagai rumah angkat pertama universiti itu.

Rumah Seri Kenangan yang merupakan pusat jagaan harian warga emas ketika ini menempatkan seramai 129 penghuni.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dalam satu majlis berbuka puasa bertemakan 'Yang Tua Disayangi, Yang Muda Dilindungi' yang turut dihadiri oleh Penguasa Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Wira Mahmood, di sini baru-baru ini.

Menurut Raduan, pemilihan rumah jagaan tersebut sebagai rumah angkat UMK bertujuan memenuhi tanggungjawab sosial universiti kepada masyarakat, selain menambahkan keceriaan kepada penghuninya.

"Sebagai warga masyarakat kampus, UMK rasa terpanggil untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada penghuni di sini kerana sebahagian daripada mereka hidup dalam kesunyia…

Khalifah Pertama oleh Mirwana

Imej
Khalifah Pertama salah satu nasyid yang bisa membuat Tedi menangis!Khalifah Pertama dinyanyikan oleh kumpulan Mirwana melalui album mereka Hikmah Kembara.Khalifah Pertama merupakan penceritaan sebahagian kisah Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq.Secara kasarnya nasyid ini mengisahkan kesetiaan beliau sebagai seorang sahabat kepada Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wassalam.Komen Tedi mengenai Mirwana.Mirwana merupakan kumpulan nasyid sekolah, kalau tidak silap Maahad Muhammadiah.Keunikan Mirwana adalah mereka kumpulan nasyid yang menggunakan drum.Penubuhannya dikatakan Master adalah oleh Yassin Sulaiman yang kemudiannya menubuhkan kumpulan nasyid Brothers. Ada beberapa lagu Mirwana yang dinyanyikan semula oleh Brothers.Kehebatan Mirwana budak sekolah adalah pada kehebatan vokal pilihan ketuanya.Ahli Mirwana silih berganti dan mempunyai beberapa generasi.Mirwana yang dikomersialkan mengikut Master adalah generasi ke-7 atau ke-13, Master tak berapa nak ingat. Itu p…

Alah... yang putih-putih tu!

Imej
Peristiwa ini berlaku pada suatu petang Ramadhan 2013.
Master sibuk menaip dan meneliti dokumen di atas meja. Tedi pula hanya duduk melahu di meja kopi berhampiran. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. "Master, cepatlah. Tadi kata nak balik awal?""Ermm, memanglah. Cuba risik Mommy ada di mana sekarang?" Mommy naik tren berjenama LRT (Light Rail Transit) dari pejabatnya ke pejabat Master. Dari sini, kami akan berbondong-bondong menaiki kereta untuk pulang ke rumah. Ini adalah jadual khas sempena bulan Ramadhan yang mulia, memandangkan kawasan pejabat Mommy memang sesak sempena Ramadhan.
Tedi mendail nombor Mommy. Memandangkan jari Tedi ni besar sangat untuk dail nombor, Master dah set dail guna suara. "Autobot! Transform!", Tedi mengarahkan telefon itu mendail nombor Mommy. Apalah Master ni, nak set pun, gunalah arahan lain. Ada patut guna "Autobot! Transform!"? Sebutannya pun kena sama nada macam dalam filem Transformers tu. Nasib baiklah suara …

Imbasan 3-D kasut tumit tinggi menghancurkan kaki, secara terperinci dan menakutkan

Imej
Sekian lamanya orang menyatakan penggunaan kasut tumit tinggi akan mendatangkan masalah.
Namun kaum wanita takkan pernah peduli, asalkan mereka dapat berjuang dalam keadaan menjulang seperti Bambi berjalan di kolam beku.
Tedi mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua kaum wanita manusia di luar sana supaya sudah-sudahlah ber-obsesi dengan kasut tumit tinggi.
Kini buat kali pertama, podiatrists telah dapat melihat kecacatan sebenar yang disebabkan oleh kasut tumit tinggi, dan kerosakan itu "lebih teruk" daripada yang dipercayai sebelumnya. 
Setelah mengkaji imbasan 3D kaki seorang wanita yang memakai kasut tumit tinggi, pakar bedah ortopedik Andy Goldberg terkejut apabila melihat cara tulang di kaki sedang terkehel dan berpotensi menjadi cacat. 
Walau bagaimanapun, berita itu tidak mungkin membuat perbezaan yang besar untuk pilihan kasut pesakit. Goldberg berkata bahawa kaum wanita tidak suka mendengar doktor menyatakan bahawa kasut mereka bermasalah.
"Jika say…

Bapa Dolly mahu klon Woolly Mammoth pula

Imej
Selepas "kejayaan" mengklon kambing biri-biri, Dolly, kini Mammoth pula jadi sasaran.
Kawan-kawan kenal Dolly?

Dolly merupakan kambing biri-biri pertama berjaya diklon di dunia, tapi seperti biasa umurnya pendek. Nak lawan kuasa Allah subhanahu wa ta'ala? Cubalah sampai mati, takkan dikau berjaya.


Maklumat lanjut mengenai Dolly boleh dibaca melalui pautan di bahagian rujukan.

Kini "bapa" si Dolly, saintis Sir Ian Wilmut yang mengetahui luar dan dalam rahsia pengklonan, telah dilaporkan pada 1 Ogos 2013 lalu bahawa dia berfikir adalah mungkin untuk manusia berjaya meng-klon seekor Woolly Mammoth dengan menggunakan kaedah-kaedah baru. Bapa Dolly terkenal kerana dia bukan sahaja berjaya mengklon kambing biri-biri pertama di dunia, malahan haiwan mammalia pertama di dunia, pada tahun 1996.

Salah satu masalah praktikal pada masa lalu ialah untuk mendapatkan telur daripada spesies yang serupa (dengan Woolly Mammoth) untuk "membawa" embrio Woolly Mammoth me…

Klinik Panel TM di Salak Tinggi dan Putra Nilai.

Imej
Tiba-tiba sahaja kawan Master call minta alamat panel TM berdekatan Sepang.
Master pula minta Tedi menyiasat isu ini kerana beliau sedang sibuk memandu di jalan raya, dalam perjalanan ke tempat kerja beliau. Mungkin kawan beliau itu (bukan rakan sekerja) tak punyai akses ke internet pada masa sekarang.

Selamat mencuba ya!

KLINIK NAZAM SURGERI SDN BHD.

NO. 39 41 JALAN SEROJA 4, TAMAN SEROJA,
BANDAR BARU SALAK TINGGI,
43900, SELANGOR
03-87068616

KLINIK MEDIVIRON

SHOP 22, GROUND FLOOR, 9 AVENUE
TAMAN KORPORAT, PUTRA NILAI, NILAI,
71800, NEGERI SEMBILAN
06-794 0844

klinik nazam salak tinggi

Lemur akan pupus tidak lama lagi jika tiada bantuan tiba.

Imej
Lemur, haiwan primat  yang tinggal di kawasan hutan di tempat-tempat seperti Madagascar, adalah kumpulan mamalia yang paling terancam di dunia. Sembilan daripada 103 spesies Lemur yang ditemui di Pulau Madagascar adalah pada risiko kepupusan, kerana pembalakan berleluasa, perlombongan dan juga  pemburuan. 
"Ia adalah lebih mudah untuk menangkap Lemur daripada burung," - ahli primatologi, Tovonanahary Rasolofoharivelo.

Jika sesuatu tidak dilakukan tidak lama lagi untuk membantu orang-orang miskin di negara ini mencari jalan lain untuk menyara hidup ini, Lemur akan pupus dalam 20 hingga 25 tahun akan datang, menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN). IUCN mendakwa bahawa dengan kira-kira $10 juta, program boleh dirancang bagi penduduk tempatan menjana pendapatan, seperti menanam kacang atau penternakan babi dan ayam, untuk menyediakan pilihan lain kepada aktivit penebangan hutan.
Sumber bacaan Tedi:
Furry lemurs 'could be wiped out within 20 years'

Pesawat pengebom B-1B Lancer terhempas lagi.

Imej
Pesawat pengebom B-1B Lancer milik USAF terhempas.
Sebuah pesawat pengebom B-1 milik US Air Force terhempas setelah mengalami masalah di udara pada jam 9 pagi, 20 Ogos 2013.Kejadian berlaku di kawasan terpencil berhampiran bandar Broadus di Montana, ketika mereka mengadakan latihan rutin.4 orang anak kapal berjaya menyelamatkan diri menggunakan kerusi lenting. Penduduk di kawasan itu melaporkan mereka melihat anak-anak kapal melenting keluar sebelum pesawat itu meletup.Penduduk Ekalaka pula melaporkan mereka melihat kepulan asap di mana pesawat pengebom B-1 itu jatuh.Jurucakap Ellsworth Air Force Base di Rapid City menyatakan 4 orang terselamat dan hanya cedera ringan. Tiada maklumat lanjut diberikan kepada orang awam.Pangkalan udara itu merupakan pangkalan kepada skuadron 28th Bomb Wing yang menerbangkan dan menjaga 28 buah pesawat B-1.
Sedikit sejarah pesawat pengebom B-1B Lancer.
B-1B Lancer merupakan pesawat pengebom udara-ke-darat yang direka untuk menggantikan B-52 Stratofortress…

PROTON kembali ke peel lama?

Imej
Teruja Tedi melihat gambar model terbaru PROTON Suprima S. Lebih-lebih lagi apabila iklan itu memaparkan gambar belakang kereta hatchback itu dengan rekaan lampu yang memecah tradisi kereta keluaran PROTON.


Tapi apabila Tedi tengok gambar depan, sungguh mengecewakan! Suprima S itu ternyata sebuah PROTON Preve yang telah di-hatchback-kan! Walaupun mereka menyatakan ia kereta berbeza yang tiada kena-mengena dengan Preve, tapi apabila rupa depannya sama, Tedi tetap anggap kedua-duanya sama!

Tapi Tedi memahami bahawa langkah ini mungkin boleh menjimatkan kos pembuatan model kereta terbaru PROTON ni. Cuma langkah ini menunjukkan PROTON di bawah Sime Darby kembali meniru perangai lama mereka. Lupakah siri kereta Wira, Satria, Arena dan Putra yang masing-masing kelihatan sama?



Selain itu PROTON mungkin mengalami konflik identiti di bawah Sime Darby yang sinonim dengan siri kereta sports (sukan) dan juga hatch-back seperti ini, tatkala syarikat kereta lain fokus kepada kenderaan keluarga, me…

Olinguito: spesies mammalia terbaru.

Imej
Spesies mammalia terbaru dijumpai di Benua Amerika dalam tempoh 35 tahun. Kawan-kawan pernah dengar nama Olinguito?
Tedi pun tak pernah dengar. Mula-mula Tedi sangkakan ia nama sejenis spageti dek namanya yang ala-ala Italiano itu.
Rupa-rupanya Olinguito merupakan seekor haiwan berjenis mammalia yang baru sahaja dikenalpasti a.k.a ditemui di Hemisfera Barat Bumi dan lebih tepat lagi di Benua Amerika.
Olinguito ini adalah daripada keluarga Rakun (Raccoon) yang ditemui di Hutan Andean.
Penemuan ini memecah rekod sejarah sebagai penemuan Mammalia pertama di Benua Amerika dalam 3 dekad. Mungkin tak jumpa dah penemuan seperti ini. Dan penemuan ini juga bagi Tedi merupakan penemuan pertama melibatkan haiwan yang masih hidup yang Tedi tahu. Tak tahulah haiwan yang Tedi tak tahu.

Ciri-ciri Olinguito.
Haiwan karnivor a.k.a makan daging (maging).Berbulu kemerahan atau berwarna karat (macam rambut budak perempuan zaman sekarang).Berukuran sepanjang 2 kaki atau 0.6 meter.Beratnya dalam lingkungan…

Mawar Putih buat Mommy

Imej
Hari ini Tedi kemas fail-fail lama yang telah berdebu dilitupi debu. Tiba-tiba telinga Tedi tegak, apabila melihat foto yang sungguh rare ini! "Apa yang rare Tedi oooi? Gambar biasa je tu." - fikir para pembaca interpretZZ sekarang ini. Ha'ah, gambar biasa je tu, cuma gambar Tedi dan sejambak bunga. Itu bukan perkara luar biasa, kan?

Apa yang luar biasanya ialah... Master bagi bunga kepada Mommy! Bunga Mawar Putih pula tu. Selalunya Master hanya bagi Bunga Ulam Raja.
Kenapa Master susah sangat nak bagi bunga?
"Sebab Master bukannya kaya-raya. Bunga yang diberi kepada Mommy tu sekejap sahaja akan menjadi layu. Lainlah kalau bunga orkid, tahan lama. Tapi apa nilai orkid pada wanita? Bunga liar yang tiada bau." - itulah mentaliti Master.
Daripada Master bagi bunga yang tak tahan lama, ada baiknya Master bagi duit tu kepada Mommy.
Tapi taqdir Tuhan itu bukan kita yang menekanya. Taqdirnya Mommy akan menerima sejambak bunga, harap-harap ada kesan positif kepada dirin…

Kenapa tapai manis?

Imej
Tok Abah asyik bertanya, macam mana tapai boleh menjadi manis?
Tedi pun tak tahu sebenarnya, tapi Tedi jawablah yang karbohidrat ditukarkan kepada gula. Ini adalah kerana tapai yang dibuat daripada beras contohnya adalah sejenis sayur. Sayur lazimnya mempunyai gula, manakala beras dikenali sebagai sumber karbohidrat utama manusia di Malaysia.

Tapai Ubi boleh cegah barah? Tak pernah pula Tedi dengar, tapi terjumpa pula gambar ini.

Kenapa ada tapai yang masam?
Mommy kata tapai yang manis kerana si pembuatnya senyum semasa menyediakan tapai.
Mitos ini adalah mitos semata-mata. Proses penapaian (fermentation) memang akan menghasilkan gas karbon dioksida (CO2) dan juga alkohol. Alkohol ini pada dasarnya manis, namun jika dibiarkan lama akan menjadi masam. Kalau dah masam tu, entah-entah masuk dalam kelas arak?

Apakah itu alkohol?
Tedi main sebut je penapaian Tapai akan menghasilkan alkohol padahal Tedi tak tahu pun alkohol tu apa. Kalau minuman beralkohol atau arak atau minuman keras tu, …

Selamat Hari Kidal Sedunia...

Imej
Sempena 13 Ogos yang baru berlalu, Tedi mengucapkan Selamat Hari Kidal Sedunia kepada semua kawan-kawan Tedi.Si Kidal adalah mereka yang banyak menggunakan tangan kiri dan dipanggil left-hander dalam versi Bahasa Inggeris. Manakala kidal dalam Bahasa Inggris pula disebut "lefthanded"Seperti makhluk Allah subhanahu wa ta'ala yang lain, kami juga memiliki keunikan dan masalah tersendiri.Hanya 10% si Kidal di dunia ini dan tentunya peralatan kami didominasi oleh si Kanan. Alhamdulillah ada juga manusia yang sudi mencipta barangan untuk kumpulan minoriti seperti kami.Mula-mula dahulu Master pernah mempertikaikan dakwaan bahawa peralatan untuk Si Kanan telah menyebabkan banyak kecederaan kepada Si Kidal di dunia fana ini.Namun setelah beberapa kali mengalami beberapa insiden, Master mula menerima seciput dakwaan tersebut.Beberapa insiden yang melibatkan Master ialah:Nak masuk gear 1, termasuk gear undur, disebabkan biasa pusing lawan jam.Basah disiram air paip kerana pusing p…

Jepun akan lupuskan Kapal Tsunami 2011 - Kyotoku-Maru

Imej
Kapal Tsunami merupakan "mercu tanda" peninggalan tsunami di Jepun pada 2011. Fenomena tsunami lazimnya akan meniggalkan monumen berbentuk kapal atau bot yang tersadai di tengah daratan. Situasi ini dapat dilihat pada peristiwa Tsunami Acheh dan juga Tsunami Jepun.


Kapal yang didaftar sebagai No. 18 Kyotokumaru itu telah dihanyutkan sejauh 800-ela ke daratan pada Tsunami Jepun 2011. Sejak itu ia telah menjadi simbol kehancuran yang dialami Jepun dalam kejadian itu.


Undian telah dijalankan dan penduduk tempatan telah bersuara pada bulan lepas. 68% daripada 14083 maklumbalas setuju kapal itu dinyahkan dari tempat kejadian. Hanya 16% mahukan kapal itu terus berada di sana.

Yang mahukan kapal itu dilupuskan menyatakan Kyotoku-Maru hanya membawa kenangan sedih.

Yang mahukan Kyotoku-Maru kekal di sana pula berkata kapal itu menarik pelancong.
"Bukan setakat menjadi tarikan pelancong, ia juga boleh dijadikan set penggambaran drama bersiri Ultraman seperti di Stadium Runtuh Ter…

INS Vikrant: Kapal pengangkut pesawat pertama buatan India diperkenalkan.

Imej
Kapal Pengangkut Pesawat (Aircraft Carrier) pertama dibina di Asia.

Kapal Pengangkut Pesawat (KPP) adalah salah satu jentera penting tentera laut jika mahu berperang di lautan luas.

KPP sinonim dengan Amerika Syarikat yang meletakkan tenteranya di merata tempat di dunia. KPP penting dalam membantu melindungi konvoi kapal perang kerana jet pejuang yang dibawanya boleh digunakan untuk melindungi konvoi daripada pesawat musuh. KPP pada zaman moden digunakan sebagai markas untuk menyerang musuh, sedangkan pada masa dahulu ia lebih efektif menenggelamkan kapal selam.

Di Asia kita sedia maklum dengan kehadiran KPP dalam tentera Jepun dan China. Di Asia Tenggara pula, hanya Filipina memiliki KPP veteran yang diwarisi daripada Amerika Syarikat.

Kini India setapak (atau mungkin beribu tapak) lebih maju apabila memperkenalkan KPP binaan mereka sendiri, INS Vikrant.


INS Vikrant masih perlu menjalani banyak ujian sebelum ditauliahkan ke dalam Tentera Laut India. Beliau dijangka akan menyertai Ten…

Eidil Fitri 2013: Beransur pulang.

Imej
Setelah hampir 12 jam, akhirnya tiba di Sepang.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanahu wa ta'ala yang telah mempermudahkan kenderaan itu bagi kami sedangkan kami tidak pernah ada daya upaya untuk mengawalnya. Perjalanan kami balik ke kampung dan kembali ke bandar sempena Eidil Fitri 2013 agak lancar.
Tedi dan Mommy dan Master telah selamat tiba daripada Kelantan pada jam 3 pagi tadi.
Kami bertolak dari Kelantan pada jam 3 petang semalam. Perjalan kami kali ini dibantu pleh applikasi Waze.
Master menggunakan jalan Bunut Susu - Rantau Panjang - Panglima Bayu - Jeli ketika menghala ke Gerik. Jalan agak clear tambahan dapat mengelakkan Bukit Bunga melalui jalan alternatif yang disediakan oleh pihak berkenaan. Itupun Master terpaksa berpatah balik setelah terlajak dek kerana papan tanda yang diletakkan adalah selepas simpang.
Pendakian ke Gerik amat lancar. 
Kereta banyak namun kami masih boleh memintas kebanyakannya mungkin kerana kereta kami agak ringan walaupun penuh denga…

Idul Fitri 13 - Jalan sumbat raya ke-4

Imej
Sedar tak sedar, sudah masuk minggu ke-2 bulan Augustus. Sedar tak sedar juga, sudah hari ke-4 umat Islam di Malaysia berhari raya.
Pada hari ini tiada tentatif rasmi menyambut hari raya.
Rancangan ke Kuala Krai dibatalkan. Sepatutnya pada hari ini, Mommy nak ke majlis perkahwinan bos beliau di Kuala Krai. Namun laporan trafik kurang memberangsangkan, maka kami tak jadi ke sana.
Sebaliknya kami ke majlis perkahwinan lain di Lembah Sireh iaitu di Kampung Sireh. Kampung yang dikatakan tempat membesarnya Roslin Hashim dan Hafiz Hashim.
Bergegas ke Hospital Tanah Merah. Seterusnya dalam jam 13:00 kami bergegas ke Hospital Tanah Merah kerana sepupu Mommy bersalin tak cukup bulan (7 bulan kandungan). Kami ikut sebuah Alza jadi jalan yang dilalui memang kami langsung tak kenal.
Konvoi kami terpecah sebentar di Pasir Mas kerana kesesakan jalan. Ini adalah kerana Master memang tak suka menyelit-nyelit. Tak profesional katanya.
Konvoi kami bersatu semula di sebuah masjid yang diberi nama Masji…

Awas! Jaga langkah.

Imej
Minggu raya ini Tedi sibuk beraya sehingga tak sempat menconteng diari. Nak muat-naik (upload) gambar raya, malas la pula nak salin (copy) gambar daripada kamera. Jadi buat sementara ini Tedi muat-naik dahulu gambar-gambar lama terutama yang berunsur abstraks, sesuai dengan nama diari Tedi ini, interpretZZ.


Apakah itu anjung pintu? Anjung pintu bermakna anjung kepada pintu. Macam mana pintu boleh punyai anjung? Selalulnya anjung hanya terdapat pada rumah.
Mungkinkah amaran ini sebenarnya mahu meminta penginap untuk mengunci pintu anjung bilik mereka? Tedi pasti itulah niat utama mereka memandangkan mereka mahu balcony door ditutup. Main terjemah membabi buta, apa cikai sangatkah Bahasa Malaysia?
Nak duduk Malaysia tapi Bahasa Malaysia hancur. Macam mana?

--- tammat ---
video-bispak-anak-smu.avi, ngentot-julia-perez-indonesia.zip (71 MB) Gairah sex dan bokep.zip (102 MB) kuliah-sex-di-seputar-kampus.3gp (22 minutes), indo-syuur-anak-belia.wmv (17 minutes)

Tazkirah Subuh 29 Ramadhan

Imej
"Rupa-rupanya hari ini mungkin Ramadhan terakhir pada tahun ini. Tedi baru perasan apabila terdengar tazkirah subuh daripada corong pembesar suara di masjid depan rumah tok" - Tedi.
Hari Raya manakah lebih besar? Eidil Fitri atau Eidil Adha?Eidil Adha adalah lebih utama berlipat kali ganda: takbir Eidil Adha adalah selama 4 hari, manakala takbir Eidil Fitri pula hanya dari waktu Maghrib selepas Ramadhan sehingga solat sunat. Eidil Fitri VS Jumaat.Mandi sunatMandi sunat Eidil Fitri disunatkan kepada semua walaupun manusia tersebut tidak akan bersolat sunat Eidil Fitri.Mandi sunat Jumaat sunat kepada mereka yang akan menunaikan Solat Jumaat.SolatSolat sunat Eidil Fitri hukumnya sunat muakkad. Malahan kaum wanita yang haid juga digalakkan hadir untuk mendengar khutbah.Solat fardhu Jumaat diwajibkan kepada orang lelaki sahaja. Jika terlewat sampai dan imam telah bertakbir sebanyak 5 kali daripada 7 kali, perlukah kita ganti?Tak perlu sebab imam yang menanggung takbir sunat itu.M…

Idul Fitri 2013: Terjah Pengkalan Kubor.

Imej
Aktiviti rasmi Mommy apabila di Kelantan tentunya shopping.
Pagi tadi Mommy ajak Master ke Pengkalan Kubor. Hajat Mommy mahu beli comforter yang serupa dibeli oleh nenek. Nenek beli comforter yang terlibat dengan harga RM120. Tak tahulah comforter apa, mungkin yang jenama Narita tu kot?


Perjalanan ke Pengkalan Kubor dari rumah nenek mengambil masa kurang sejam. Jalan pula sungguh lancar. Kelihatan beberapa Wat atau kuil orang Buddha di tepi jalan.
Nasib baik apabila sampai di sana, orang belum ramai lagi. Cuaca di Pangkalan Kubor pula sangat panas sehingga Tedi rasakan kepala Tedi nak pecah.
Sasaran pertama Mommy di Pengkalan Kubor adalah Impian Suri, di mana nenek beli comforter tersebut. Malangnya apa yang dicari Mommy tidak boleh diperolehi dengan harga RM120, sebaliknya harga yang ditawarkan adalah 2 kali ganda.
"Harga naik disebabkan Hari Raya, ramai orang Kuala Lumpur balik Kelantan" - nenek.

Tahun ini nampaknya Impian Suri turut menjual coklat. Coklat Daim yang Mommy …