Tedi merajuk !!!

Sebelum aku mula bercerita, lebih baik kiranya aku memperkenalkan diri.


Namaku Tetot. Jeneral Tetot. Aku adalah perisik yang amat dipercayai Tedi, sekaligus menjadikan aku di antara haiwan harapan Master.

Aku adalah senior kepada Tedi, di mana kami merupakan anak didik Sifu Pogy yang terkenal itu. Malangnya sebagai senior, Tedi ternyata mempunyai bakat yang jauh mengatasiku. Kalau korang tonton Kungfu Panda, maka Tedi adalah lebih hebat daripada itu.

Skill merisik yang aku ada amat hebat. Namun minggu lalu aku hampir-hampir berputus asa. Kehilangan Tedi dan arahan Master agarku menjejakinya benar-benar membuatku buntu. Tedi bukan calang-calang dalam bab menghilangkan jejak! Dia adalah hali di dalam bidangnya. Walaupun berbadan besar dan gebu, itu tidak menghalangnya daripada menghilangkan diri dengan berkesan!

2 hari 3 malam aku cuba menjejaki Tedi. Akhirnya ku temui di satu sudut yang amat terdedah. Tedi memang sinonim dengan ungkapannya, "Tempat paling berbahaya adalah tempat paling selamat".

Dan keberhasilan aku menjejakinya itu kerana aku sudah memahami tabiatnya.
...
Menggunakan binokular canggih ini, mudah benar menjejak Tedi, walaupun dia cuba berlakon sebagai seekor Teddy Bear, binokular ini takkan ditipunya. Lainlah kalau dia menyamar sebagai kuman, mungkin binokular ini akan menyerah kalah!


Aku keliru melihat Tedi kemurungan. Seolah-olah ada sesuatu yang benar-benar menggugat dirinya! Adakah dia mempunyai musuh yang mahu menghancurkan beliau?

...
Tedi memang pandai menyimpan rahsia, namun Tetot juga pandai memujuk siapa-siapa sahaja untuk membuka rahsia mereka.

Setelah berunding 7 hari 7 malam, akhirnya Tedi memberitahu mengenai kehadiran satu objek yang menggugat keamanannya. Objek itu telah menguasai markas Tedi dan mengalihkan tumpuan Mommy daripada Tedi.

Aku segera menyiasat, dan ternyata benar akan kata-kata Tedi itu. Objek itu aku lihat bergerak bebas sesuka-suka hatinya di kawasan Tedi. Sungguh berani beliau berbuat sedemikian!

Markas Tedi telah diambil alih beliau. Ternyata objek ini bukan calang-calang. Mungkin dia dihantar ke mari untuk menggulingkan Tedi? Ini bukan masalah kecil...
Tengok saja rupanya itu, memang benar dia ada konspirasi sulit untuk menjatuhkan Tedi.

Objek yang dikenali sebagai Sakinah itu baru sahaja dibawa oleh Mommy ke markas Tedi ini. Tidak pasti apa yang berlaku. Apakah makna di sebalik semua ini?

Tugasku selesai di sini. Tedi telah ku temui. Namun satu misteri baru pula timbul...

Aku pasti aku akan kembali ke sini. Aku pasti Tedi akan memerlukan bantuanku.


Yang benar,
Jeneral Tetot de Great Spy of Tedi.

-- iklan -- 

Ulasan

  1. wakakaka hampeh punye tedi :p. Tapi, cute jugak 'musuh' Tedi tu...patutla tedi tergugat!hehe :D

    BalasPadam
  2. Wah.tedi.dah macam cerita ajen perisik james bond 007 ni..hehe..

    BalasPadam
  3. Kak Kenit: Tedi asyik kena tidur atas lantai je... huhuhu... (sila baca dengan nada sebab)

    Kak Syaz: Tedi minat watak Watson pembantu Sherlock Holmes tu... hehehe

    BalasPadam
  4. Patutla..cita2 nak jd perisik la ni..ha..mai kak syaz upah meh..jadi p.i akak..hehe :D

    BalasPadam
  5. Kak Syaz: maaflah kak, Tedi ni spy, bukan investigator. X sama kelas tu. Hahaha.

    BalasPadam
  6. heee, entry dn gambar yg comel !

    BalasPadam
  7. nampaknya tedi kena tidur beralaskan lantai yang sejuk.. kes cemburulah ni.. kihkihkih.. ;)

    BalasPadam
  8. Zakirasli: comel la sangat... huh! :P

    Kak Aizamia3: xper, Tedi leh tido depan tv, ada sofa + karpet lagi...

    BalasPadam
  9. Hahaha, habislah tedi lepas ni kena buli jer...

    BalasPadam
  10. hahaha hampeh jer. lawak kot. comel jer nama watak. haha

    BalasPadam
  11. musuh itu bukan saingan tedi.. kerana ianya terlalu comel untuk dihapuskan.. hihi.. seronok juga layan cerita tedi ni..
    p.s: comel je akak tengok baby ni.. adik tedi ke?

    BalasPadam
  12. salam. comelnya baby u...satu penceritaan yg menarik. BTW, abe kie follows your blog. TQ.

    BalasPadam
  13. Kenapa comel sgt Tedi dan Tetot ni??? Sakinah pun comel juga, rasa mcm nak gigit je pipi dia.. hehe

    BalasPadam
  14. Alolo..comeynya dia...berganda comey dari Tedi..hehehe ;p

    BalasPadam
  15. Kak Teena: Tedi yang awesome ni takkan dibuli sesiapa tau...

    Kak Violet: comel la macam tuannya, hehe.

    De Engineur: cute???

    Kak Aiza: apa pulak adik Tedi tu... tu anak buah Master, Mommy culik bawak balik rumah...

    Abe Kie: kalo baby Tedi, mestila seekor anak beruang yang super cute :)

    Kak Secretary: hahahaha, saja la tu dengki dgn Tedi..

    BalasPadam
  16. hehehe..musuh dy comel sgt cian si teddy =')

    BalasPadam
  17. hihi comell.. mula2 baca ingtkan novel -.-''
    btw.. follow tedi jugak :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.