Apakah yang kalian fikirkan ketika melihat gambar ini?

gambar serupa tapi tak sama
Sila baca kiriman ni dulu sebab Tedi sambung komen je, hehehe: 
"Dunia Kecil: Serupa tapi tak sama."

Siapakah yang lebih perlu bersyukur kerana lebih beruntung, mereka di sebelah kiri atau di sebelah kanan?

Kalau dalam al-Quran, jawapannya golongan di sebelah kanan yang menerima buku amalan mereka dengan tangan kanan daripada hadapan. 

Surah? Tak ingat, Tedi ingat-ingat gitu sahaja, mungkin al-Waqiah atau ar-Rahman...

Jadi Tedi akan sebut yang sebelah kanan sahaja, supaya kita berfikir daripada perspektif lain. Yang sebelah kiri tu takyah sebut, semua orang dah sedia faham & tentunya mahu berada di situ.

 

Hidup aman dikeliling teknologi VS berperang menuntut keadilan

Yang manakah patut bersyukur? Yang manakah lebih bertuah?

Dalam hal ini Tedi tersentuh dengan ayat warga Palestin yang bersyukur kerana mereka lahir di Palestin yang "tidak aman" berbanding Malaysia itu.

"Kami bersyukur kerana dipilih Allah untuk memperjuangkan bumi anbiya ini. Dan tentunya ini bukan perjuangan kami sahaja, ini juga perjuangan rakyat Malaysia", itulah lebih kurang kata-kata mereka.
 
Selain itu mereka amat bersyukur kerana berpeluang mati syahid, satu peluang yang jarang diperolehi dan dipilih oleh umat akhir zaman.
 
Seperti mana umat zaman dahulu meneroka lautan luas bergelora dengan bersandarkan kepada perlindungan dan keredhaan Allah, maka kehidupan para pejuang ini sepatutnya lebih lagi. Setiap masa mereka harus sedia untuk mati. Apakah kita kurang bersyukur jika yakin ajal kita akan datang secepat mungkin?
 

Rumah besar VS rumah hancur dibom

Alhamdulillah rumah dibom. Redha dengan ketentuan Allah subhanahu wa ta'ala. Rela berkorban apa sahaja asalkan menyahut seruan Allah subhanahu wa ta'ala yang memerintahkan kita pertahankan bumi Islam. 
 
Hati sentiasa merintih dengan ujian di samping mengharapkan keredhaan dan bantuan Allah.
 
Rumah kecil ini adalah milik-Mu, Allah dan kami serahkannya kepada-Mu. Jika ia berguna untuk perlindungan tentera-Mu, maka itu kehormatan bagi kami.
 

Makanan bermewah-mewah VS tak cukup makan

Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam pernah bertanya, adakah lebih baik kehidupan para sahabat jika mereka mempunyai lebih pakaian dan lebih makanan?

Para sahabat menjawab, ya, kerana mereka boleh beribadah dengan tenang tanpa fikirkan keperluan hidup.

Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam menjawab tidak, keadaan mereka pada masa itu (tak cukup makan pakai) adalah lebih baik.

Apakah kita mahu nafikan perkara itu? Masa susah, masa senang, waktu bilakah dahi kita kerap sujud kepada Allah?

Betapa kami bersyukur kepada-Mu ya Allah, roti kosong ini dahulunya jamuan Nabi sollallahu a'laihi wassalam & para sahabat. Mereka mengikat perut kerana lapar, apalah sangat makanan yang kurang ini kepada kami.

 

Kereta besar VS kereta kebal

Manakah lebih baik, kuda tunggangan yang ditunggang untuk bersiar-siar atau kuda tunggangan yang dijadikan kuda perang di jalan Allah subhanahu wa ta'ala?

Anak-anak yang riang gembira bergurau senda VS anak-anak yang berlatih berjuang di jalan Allah

Sekali lagi Tedi merujuk kepada anak-anak Palestin, mereka berlatih berjuang dengan senyuman. Mereka berbangga dapat menurut jejak langkah ayah dan abang-abang mereka yang telah lama syahid.

Gambar anak-anak berlatih berjuang dengan muka masam itu hanya dakyah pihak barat yang condemn penglibatan anak-anak memperjuangkan hak mereka, sedangkan pada masa yang sama mereka menembak mati anak-anak tak berdosa.

Apakah anak-anak di sana hanya akan tersenyum menyerahkan diri mereka dibunuh sebegitu sahaja? Tidak, pastinya mereka mahu mati sebagai pejuang.

Pernah ada seorang ibu Palestin meraung apabila kematian suami dan semua anak-anaknya di medan jihad. Seorang doktor Malaysia bertanya kenapa perlu dia menangisi mereka?

Katanya, "Aku bukan meratapi pemergian mereka, tetapi tanpa suami aku sudah tidak berpeluang melahirkan anak yang akan dihantar ke medan jihad."

Subhanallah. Doktor itu menangis, Tedi juga menangis. Tangisan ini adalah rahmat kasih sayang Allah. Tanpa tangisan ini, bagaimana terasa kita saudara mereka?

Ibu bapa di Malaysia mengharapkan anak-anak mereka membesar dengan riang tanpa diculik, dirogol, didera & dibunuh secara kejam, manakala ibu bapa di Palestin mahukan anak mereka membesar menjadi seorang pejuang.

 

Bersyukurkah kita?

Bersykurkah kerana dipilih sebagai pejuang di jalan Allah subhanahu wa ta'ala?

Allah seringkali memuji para pejuang ini dalam al-Quran & menyatakan takkan sama mereka yang duduk dengan mereka yang berjuang di jalan Allah.

Adakah ini dakyah supaya kita jangan turut membantu perjuangan mereka di sana, sebaliknya duduk diam & salahkan mereka kerana tak jaga keamanan negara mereka?

"Kita aman, maka kita boleh makan McD.", sedang Yusoff al-Qardawi berfatwa, 1 dolar kepada Israel adalah 1 peluru membunuh umat Islam.

Juga membandingkan hidup mewah dengan hidup kekurangan amat tak relevan, kerana mewah itu lifestyle Firaun dan miskin itu lifestyle para nabi. 

Tapi kalau merenung kehidupan mereka yang kekurangan itu amat digalakkan, cuma jangan cakap kehidupan kita lebih bagus daripada mereka. Siapa tahu? Semua perkara di dunia ini ada alasannya.

 

Kesimpulannya, Tedi nak cakap apa ni?

Entahlah, hehehe. Tedi nak terangkan apa yang Tedi interpretZZ daripada gambar itu je sebenarnya. Hehehe.
 

Karangan ini pertama kali dikirim pada 3 Julai 2013.