Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Psittacosaurus: Daripada 4 kaki kepada 2 kaki

Imej
Kajian menunjukkan dinosaur mungkin berubah gaya berjalan apabila meningkat dewasa.
Dinosaur, seperti haiwan moden, ada yang berjalan dengan 2 kaki, ada menggunakan 4 kaki, & ada juga yang berjalan dengan kedua-dua gaya. Cuma ada sekelompok yang menukar gaya berjalan mereka semasa mereka membesar. Gamaknya dinosaur pun belajar merangkak dahulu? Perubahan daripada quadrupedal (berkaki empat) semasa remaja kepada bipedal (berkaki dua) semasa dewasa, & juga sebaliknya merupakan pengetahuan umum.

Apa yang menarik kali ini ada penghasilan 1 laporan yang mencatatkan perubahan teliti kepada tulang seekor herbivor (maun/makan daun) yang digelar Psittcosaurus ("cicak-kenari" sempena muncungnya).


Melalui perbandingan beberapa ekor pelbagai dinosaur, pengkaji berjaya menunjukkan bahawa dinosaur kecil biasanya mempunyai tangan yang hampir sama panjang dengan kakinya. Dinosaur besar pula mempunyai kaki yang lebih panjang daripada tangannya.

Selain saiz kaki, mereka juga melihat …

Beburung Kilat

Imej
Di dalam bilik, diterangi cahaya rembulan Samar menerangi, sebahagian kegelapan ruang

Kerana lampu telah terpadam
Bukannya tak bayar bil, kilat mungkin

Dari dasar hati, dingin mula dirasa
Cairnya seperti ais kacang yang tidak dimakan orang

Dalam bandar yang sunyi, diselubungi bahang jerebu
Semuanya berselubung debu

Namun hati Tedi masih berbunga-bunga
Mengharapkan hujan basahi bumi Semoga kan jelas hari esokku Kembali menikmati keindahan alam

Tengok bulu burung itu tertanggal, 
Namun ia masih terbang, sesekali bersiul bunyi

Dalam pencemaran ini, jangan ragu, teruskan terbang
Cuma kalau boleh, pakailah topeng pernafasan

Kerlipan bintang-bintang di langit, terjejas dek asap pembakaran itu
Dalam doa Tedi yang tertangguh, apakah terlepas bahang neraka? Mimpi yang tidak menjadi benar, menduga kecekalan hati. Mahukah diulangi? Adakah akan sama dialami sebelum ini?

Tunggu guruh berbunyi, namun sunyi sepi
Tedi keliru

Tedi tanggalkan sayap, jika Tedi milikinya
Masih ada, bisikan dalam kegelapan malam ini Pada perpinda…

Penyokong sesat Kedah FA

Imej
Mengantuknya. Disebabkan Tedi kekurangan masa dan tenaga dek tuntutan sekolah seharian, maka Tedi hanya sempat berkongsi gambar rare ni. Gambar ni Master bawa balik sempena Final Piala FA 2012 kalau tak silap di mana Kelantan menentang Sime Darby.


Ekor dinosaur 72-juta tahun dijumpai di utara Mexico

Imej
Ekor sepanjang 5 meter itu merupakan yang pertama sepertinya di Mexico.Ditemui sekumpulan ahli paleontologi di sebuah gurun di utara Mexico seperti yang dilaporkan oleh National Institute for Anthropology and History (INAH). Ekor itu terpelihara baik dalam bentuk fosil.Pasukan itu terdiri daripada ahli paleontologi INAH dan mahasiswa National Autonomous University of Mexico (UNAM).Ekor itu dikenalpasti sebagai milik Hadrosaur, atau dinosaur berparuh itik.Dijumpai berhampiran pekan kecil General Cepeda, dipercayai separuh daripada panjang dinosaur tersebut, bermakna dinosaur itu mungkin sepanjang 10-meter. Dijangka dinosaur itu sepanjang 12-meter dan masih tertanam di kawasan itu.Mereka menjumpai 50 vertebrae ekor itu bersambung sempurna selepas 20 hari mengangkat batu sedimentary yang membungkus tulang itu secara perlahan-lahan.Ekor dinosaur amat jarang dijumpai. Penemuan terbaru ini akan memberi lebih petanda kepada keluarga hadrosaur dan kepada kajian berkaitan penyakit tulang pada …

Membeli-belah di AEON Seremban 2

Imej
Pertama kali Master bawa kami ke Seremban 2.
Mommy mahu membeli-belah di AEON. Tapi kalau boleh tak mahu masuk ke Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya kerana Master menjangkakan kesesakan lalu lintas bakal berlaku.

Setelah di-Google-Map, Tedi mendapati bahawa AEON Seremban 2 boleh dituju kerana jaraknya lebih kurang macam ke Kuala Lumpur juga.

Google Map yang baru Tedi update dalam tablet Google Nexus 7 milik Tedi ni nampaknya sudah ada tambahan Google Navigation versi beta. Kali ini ada pilihan jalan alternatif dan disertakan juga petunjuk kesesakan trafik seperti dalam Google Map versi web.

Bertolak ke tempat sasaran melalui Lebuhraya Utara Selatan. Seperti biasa, laluan di Nilai mesti sesak. Kami menempuh 30 minit tempoh perjalanan sebelum sampai ke destinasi. Tempat letak kereta di atas bumbung ternyata masih lengang, membolehkan kami meletakkan kereta di pintu masuk ke AEON.

Dari PLUS, keluar di tol Seremban, selepas tol terus ke kanan (jika dari Kuala Lumpur).
Sampai…

Mati dihempap lembu yang jatuh dari bumbung.

Imej
Nampaknya memang benar ajal maut itu di mana-mana.Kawan-kawan mesti kenal Singa Allah yang bernama Khalid al-Walid R.A. kan? Beliau begitu cintakan mati syahid namun akhirnya mati di atas katil. Medan perang yang penuh kucar-kacir dan bahaya itu tidak menghadirkan maut yang didamba, sebaliknya katil tidurnya yang aman damai, menyaksikan kematiannya.

QS: Berhala tak patut disembah

Imej
Surah Al-'Araf: Ayat 194-198
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang. Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar. (194)  Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad): Panggillah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi. (195)  Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dialah jua Yang Menolong dan Memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan (196)  Dan benda-…

Zonkey bernama Ippo dilahirkan di Florence, Itali.

Imej
Pada suatu masa dahulu, terdapat seekor Kuda Belang yang diselubungi nafsu. Ia memanjat pagar kandangnya di sebuah kawasan perlindungan haiwan di Florence, Itali. Tujuannya adalah untuk "berkahwin" dengan seekor Keldai betina yang hampir kepupusan di kandang berjiranan.

Kini (22 Julai 2013) mereka mempunyai seekor anak bernama Ippo, seekor kacukan Kuda Belang - Keldai yang amat jarang berlaku, mungkin boleh dipanggil Zonkey (Zebra + Donkey).
"Ippo hanyalah satu sepertinya di Itali" - Serena Aglietti.
Kawasan perlindungan itu yang dijaga oleh keluarga Aglietti, menempatkan haiwan-haiwan yang dirampas pihak polis daripada mana-mana zoo peribadi.
Selamat lahir ke dunia, Ippo.
Kiriman interpretzz ini adalah berdasarkan berita di"Rare zebra-donkey mix born in Florence animal reserve"

Tedi tak terkata: Ego seorang lelaki.

Imej
Saja-saja cuba Bing.com tajuk kiriman sendiri, dapatnya blog orang lain.
Ego seorang lelaki merupakan salah satu kiriman Tedi yang Tedi suka sebab itu pengalaman seseorang yang rapat dengan Tedi.Tadi saja-saja Tedi cuba lakukan carian yang berkaitan dengan tajuk itu. Seperti biasa, tiada hasil yang merujuk kepada interpretZZ.Tapi ada 1 hasil carian yang menarik perhatian bukan kerana tajuknya sama, tapi ayat yang digunakan itu sangat serupa dengan gaya penulisan Tedi!Bangga sekejap kerana ada orang yang "menghargai" hasil karya Tedi. Karyalah sangat, hehehe. Tapi apabila Tedi lawat blog itu ternyata dia copy-paste buta-buta jer.Sumber pun tidak dinyatakan, itu yang buat Tedi sangat sakit hati.Bukan satu sahaja kiriman Tedi disalinnya, ada beberapa lagi seperti:Hati itu umpama gelas.Petua halau nyamuk tanpa guna racun nyamuk.Ego seorang lelaki.Woolly Mammoth Yuka dipamerkan di Jepun.Sedih juga apabila melihat coretan Tedi dicuri sebegitu saja, tambahan kebanyakan kiriman Tedi…

Ramadhan menolak fitnah ke atas Syaitan La'natullah

Imej
Benarkah Syaitan La'natullah dibelenggu pada bulan Ramadhan?"Kalau benar, mengapa masih ramai manusia mebuat kejahatan di muka bumi?"
Tentu ramai di antara manusia yang pernah terfikir sedimikian.

Tidak ketinggalan di kalangan beruang, Tedi pun pernah memikirkannya, dan Tedi pernah dengar banyak pendapat daripada kawan2 yang tension kerana manusia ni jahat sangat!

Di antaranya:

Syaitan la'natullah terlepas apabila manusia melakukan kejahatan.Manusia berbuat jahat kerana masih ada Syaitan la'natullah dalam diri manusia bernama Qarin.Manusia berbuat jahat kerana dorongan nafsu.
Yang pertama dan kedua tu memang Tedi berfikir bertahun-tahun juga nak terima. Hasilnya Tedi tak berapa nak terima, tapi Tedi tak tolak. Apabila suatu masa nanti Tedi berjumpa hujah yang kuat, mungkin kedua-duanya boleh Tedi terima. Sekarang ni hujah kawan-kawan sahaja.

Yang ketiga tu memang Tedi boleh terima kerana ada ucapan daripada Ustaz Nuruddin al-Banjari yang terkesan di jiwa Tedi. Uc…

Politik Tedi: Kan betul BN menang PRK Kuala Besut.

Imej
Tedi dah agak dah yang BN akan menang punya.
Sebelum ni Tedi dah cakap (taip) yang BN akan menang dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut (N01).
Ternyata telahan Tedi itu betul, hehehe. Boleh agak dah pola pengundian di Malaysia ni, asalkan PRK jer, mesti nak setara dengan Kerajaan Persekutuan. Kalau kubu kuat pembangkang pun, Tedi rasa boleh goyah dibuatnya.
Kini Kuala Besut akan kembali aman dan mungkin kembali sepi. Tunggu saja janji-janji pilihanraya itu dilaksanakan. Beruntung rakyat Kuala Besut, giliran siapa selepas ini? Wakil rakyat sepatutnya menginsafi Kuala Besut dengan mesej, "Bila-bila masa boleh mati, bekerjalah dengan baik."
Nampak gayanya, bolehlah Tedi teruskan jadi pengulas politik lepas ni. Kan?
Mengenai pilihanraya ni, Tedi geli hati dengan isu dakwat kekal. Macam-macam kerenah. Seolah-olah rakyat Malaysia ni budak sekolah rendah.
...

...
Tapi yang paling Tedi tak tahan apabila ada yang menyalahkan pembangkang yang meminta perlaksanaan penggunaan d…

Kajian Tedi: Penggunaan Purata Petrol Proton SAGA BLM 1.3MT

Imej
Ramai pula yang bertanya tentang penggunaan petrol Proton SAGA BLM.Tedi rasa bersalah pula sebab lambat mengirimkan jawapan yang berkenaan. Kajian kali ini fokus kepada penggunaan purata petrol oleh kereta Mommy, Proton SAGA BLM 1.3MT (Transmisi Manual).Laporan kali ini berdasarkan data tahun lepas, data terkini Tedi masih tak masukkan lagi. Log dah banyak, tapi Tedi malas la pula nak buat kira-kira. Log adalah melalui laman web Fuelly.com seperti yang Tedi pernah cerita dalam kiriman bertajuk, "Laman web: fuelly.com rekod penggunaan bahan api kenderaan".Banyak lagi model kenderaan di sana untuk kawan-kawan jelajahi.Kajian ini tentunya berdasarkan gaya pemanduan Master:Purata 80KM/J.Brek beransur-ansur dari jarak jauh.Memandangkan kajian ini adalah berdasarkan purata, Tedi abaikan faktor-faktor seperti:bebanperbezaan pecutanperbezaan jalan (jalan bandar, jalan kampung, lebuhraya)jenama petrol (tapi setakat ni Tedi dapati tiada beza, cuma data tak banyak untuk Tedi release)j…

Berbuka puasa di Eden Catering, PICC Putrajaya.

Imej
"Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Tedi siapkan kiriman ini. Ayat-ayat cintanya dah lama Tedi karang, tapi terpaksa diperukkan dalam draft sementara Tedi memaksa diri Tedi ini untuk merajinkan diri edit gambar yang ada." - Tedi yang comel. Buffet pun, buffetlah, asalkan dapat berbuka puasa bersama di Putrajaya.Sebelum ni Master pernah meminta bantuan Tedi untuk mencari lokasi sesuai untuk berbuka puasa secara ala-carte di Putrajaya.Tapi Tedi memang tak ketemu, tambahan Tedi sibuk dengan kerja sekolah yang menimbun.Akhirnya Master setuju juga untuk adakan majlis berbuka secara buffet.Kali ini kawan-kawan Master yang uruskan. Mereka jumpa dua tempat yang sesuai iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya  (PICC) dan Kelab Tasik Putrajaya. Yang kedua tu Tedi tak berapa pasti, tapi ada kena-mengena dengan tasik.Akhirnya mereka memilih untuk berbuka (iftar) di PICC.Dipendekkan cerita, majlis iftar itu berlangsung petang Sabtu lalu (20 Julai 2013). Kami sampai di PICC dalam …

MouseHunter Tedi: Tournament The Full Moon

Imej
Memburu Lycan untuk 47 mata. Hari ini Tedi saja-saja sertai tourney The Full Moon. Tourney ini pada asasnya memerlukan kemahiran menangkap Lycan untuk mendapat mata.

Maklumat lanjut mengenai Lycan Mouse.



Senarai Tikus yang mempunyai mata dalam tourney The Full Moon:
4 mataBat MouseGhost MouseMummy MouseRavenous Zombie MouseZombie Mouse7 mataVampire MouseScavenger MouseSorcerer Mouse47 mataLycan Mouse Lokasi sesuai untuk tourney The Full Moon:Lycan berada di Mousoleum, Catacombs dan Forbidden Garden.Kali ini Tedi memburu di Catacombs pada awalnya dengan umpan Moon Cheese.Namun setup ini membuatkan Tedi tercicir jauh.Ramai MouseHunter yang berada dalam senarai teratas ranking tourney ini memburu di Mousoleum menggunakan perangkap berjenis Shadow dan juga tangkal Ancient.

5 saudara yang comel!

Imej
Tak dapat Tedi nafikan kecomelan mereka ini. Dah lama Tedi tak hantar kiriman seperti ini, mengambil gambar daripada web dan dipamerkan di blog ini tanpa sebarang cerita yang sesuai.
Tapi 5 ekor Alpaca ni menggoda Tedi untuk berkongsinya dengan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan cari sendiri pun pasti akan ketemu gambar yang lagi comel.
Maka Tedi tanpa segan silu mahu promo laman http://www.stevebloom.com/ yang penuh dengan gambar-gambar hidupan liar.
Kerja yang bagus, Steve Bloom!

Nikmat Ramadhan

Imej
Nasyid yang sungguh nostalgia.
Nikmat Ramadhan adalah nasyid yang didendangkan munsyid Wildan. Dalam koleksi Master, lagu ini daripada album Kau Istimewa.Sejujurnya Tedi tak kenal Wildan, namun apabila Tedi terdengar nasyid ini, terasa macam terimbau kenangan atau nostalgia.Pada mulanya Tedi sangkakan Wildan adalah munsyid wanita.Rentak nasyid yang perlahan ini memang sangat sesuai dengan Tedi.

Lirik "Nimat Ramadhan" dan komentar Tedi. Tak tahulah apa yang Tedi mampu komen untuk nasyid ini. Tedi perhatikan dulu rangkap demi rangkap. Liriknya nampak terus dan lurus. Tak berbunga-bunga.

Di dalam redhaKita menyambut kehadirannya di hatiDengan penuh taqwa kepada IllahiUmat Islam yang beriman akan menerima kehadiran Ramadhan dengan baik dan tidak mengemukakan sebarang alasan untuk melaksanakan ibadat puasa.Bulan penuh kemuliaanMemberi erti kesabaran dengan penuh hikmahMoga diberkatiRamadhan memang sinonim dengan kesabaran di mana kelaparan akibat berpuasa selalunya menjadi punca m…

Pokok tomato Tedi rebah.

Imej
Tedi pelik melihat pokok Tomato itu, batangnya tinggi, akarnya pula tak kuat.
Akhirnya pokok itu pun tumbang menyembah bumi, namun akarnya masih mencengkam tanah.

Apalah pelik sangat pokok Tomato Tedi ni? Tedi tengok pokok Tomato yang nenek tanam dulu elok je merimbun. Rendah-rendah je pokok Tomato nenek.



Hal ini betul-betul membuat Tedi gundah. Tidur tak lalu, makan tak lalu. Jalan je yang lalu.

Menyedari bahawa Tedi mungkin tertinggal fakta-fakta penting mengenai Tomato, segera Tedi meng-Bing, "cara penanaman tomato". Dah tanam baru nak cari ilmu? Hehehe.

Tomato ada 2 jenis."Terdapat dua jenis pokok tomato, dikelaskan mengikut cara pertumbuhan pokok iaitu jenis memanjat (vine) dan merimbun (bush). Pokok tomato jenis memanjat mempunyai batang yang tegak, tinggi, dan lurus yang tumbuh tinggi, manakala pokok tomato jenis merimbun tumbuh dengan banyak ranting, renek dan merimbun." Rupa-rupanya Tomato ada 2 jenis semuanya iaitu tomato yang bergayut dan juga tomato y…

Tension-lah Tedi macam ni!

Imej
Macam mana tak tension apabila asyik-asyik Tedi je kena?
Cikgu AA, "Tedi, bila boleh beres? Cikgu ada mesyuarat untuk projek ni pada Isnin nanti." Dengan senang hati Tedi jangkakan akan siap pada hari ini, jika tiada masalah. Tapi masalah memang timbul kerana projek ni diambil alih daripada bekas kawan sekelas Tedi. Nak sesuaikan diri tu satu masalah, tambahan peralatan yang digunakan Tedi pula ada masalah untuk disesuaikan dengan projek ni.

Tiba-tiba Cikgu MG masuk dan tanya, Tedi, "Kalau demonstrasi projek HUR Isnin depan, boleh?" Tedi jawab, "Tak sempatlah cikgu".
Tapi macam biasa, siapalah nak dengar pendapat Tedi ni? Sebelum ni janji bukan main, bahagian Tedi boleh ditangguhkan dulu, kononnya.
"Awak buat ringkas je. Asalkan nampak rupa dah cukup.", itulah ayat klise Cikgu MG. Ringkas konon, Tedi yang berhempas-pulas, siapa yang tahu. Minta pendapat tapi tak nak dengar, itulah perangai mereka ni.

Apa guna Tedi bagi pendapat kalau macam tu? B…

PayPal beri 92 quadrillion dan jadikan pakcik Chris Reynolds manusia terkaya di bumi

Imej
Wah, kayalah Tedi kalau senang2 macam tu.
Seorang pakcik bernama Chris Reynolds terkejut apabila menerima satu email daripada PayPal pada hari Selasa lalu (semalam la tu).
Kenapa dia terkejut? Sebab penyata bulanannya menyatakan bahawa akaunnya mempunyai baki $92 quadrillion!
Apa itu 92 quadrillion? 92 quadrillion ialah 92 dengan 15 digit 0 selepasnya, atau dalam bahasa mudahnya $92,000,000,000,000,000. Jumlah itu akan menjadikannya sebagai manusia terkaya di muka bumi. 
Jumlah sebenar yang tertera pada akaun pakcik itu ialah $92,233,720,368,547,800.
Namun itu hanyalah anganan semata, apabila pakcik itu me-login ke dalam akaun PayPal beliau, hanya baki $0.00 yang tertera.
Pakcik, saman je PayPal tu sebab memperkotak-katikkan pakcik sesuka hati. Jangan risau, Tedi backup pakcik.
Pakcik itu sempat bergurau, kalau dia ada duit tu, dia akan bayar hutang negara.
Baca di sini untuk komen beliau yang lebih lawak dan jawapan pihak PayPal di atas "tragedi" ini, "Delco man has c…

Hati itu umpama gelas

Imej
Salah satu mutiara kata yang terngiang-ngiang di telinga Tedi. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan tokoh agama yang hebat. Namun hanya kerana politik, ramai yang memperlekehkan keilmuan beliau.
Tedi lebih kenali Nik Aziz sebagai tokoh agama. Bacaan Tedi berkaitannya pun fokus kepada agama. Ternyata beliau punyai ilmu yang mendalam. Tedi pernah mengikuti tulisan beliau mengenai kisah para Nabi yang ternyata begitu mendalam.


Salah satu mutiara kata beliau yang Tedi selalu terfikirkan ialah, "Hati itu umpama gelas".

Ayat itu sungguh ringkas, sekali baca memang tiada apa yang boleh difahami. Adakah maksud beliau hati itu rapuh seperti gelas? Atau hati jernis seperti gelas? Atau hati itu kosong seperti gelas dan perlu diisi?

Ternyata semua telahan Tedi itu tidak mengena.
Nik Aziz menyatakan, "Hati itu seperti gelas. Apa yang tumpah daripadanya adalah apa yang kita isi." Sungguh benar kata-kata itu. Kalau dalam hati diisi dengan keikhlasan, maka yang tumpah (terl…

Bolehkah kucing minum madu?

Imej
Kelakar pula pertanyaan kawan Tedi ni, tapi Tedi pun nak tahu jawapannya.Daripada beberapa laman web yang Tedi lawati, semuanya menyatakan bahawa Kucing boleh diberi minum madu, dan kucing boleh minum madu, namun kucing tidak perlukan madu.


Kucing boleh minum madu, namun sistem penghadaman dan deria rasa mereka tidak dicipta untuknya. Elakkan pemberian madu berlebihan. Selalunya madu diberi ketika mahu memberi kucing makan ubat.Namun jika kawan2 mahu memberi madu kepada Kucing perliharaan kawan-kawan kerana beliau menghidap masalah pernafasan atau penyakit lelah, ia takkan membantu. Kunjungi pakar veterinar kucing kawan-kawan untuk masalah itu.Laman web http://cancatseat.net/honey pula menyatakan bahawa kucing memang boleh diberi minum madu dan kebiasaannya kucing sukakan benda-benda manis. Namun pemberian madu kepada kucing haruslah dalam sela masa 1-2 sudu seminggu sahaja. Pemberian madu kepada Kucing dikatakan oleh laman web ini sebagai bermanfaat membantu mereka melawan penyakit. N…

Di mana tempat berbuka puasa ala-carte di sekitar Putrajaya?

Imej
Master minta Tedi carikan di mana tempat yang sesuai untuk berbuka di Putrajaya. Ini adalah kerana tempat Master bekerja ingin mengadakan majlis berbuka puasa. Memang banyak tempat untuk berbuka puasa, namun syarat yang dikenakan Master agak memustahilkan carian Tedi.

Master mahukan tempat makan yang sediakan hidangan makan ala-carte dan bukannya buffet. Ini adalah langkah syarikat beliau untuk tidak menyokong pembaziran di bulan Ramadhan oleh hotel-hotel atau penyedia makanan.
Selain itu, tempat makan itu perlulah ada surau atau tempat solat yang selesa.
Jenuhlah Tedi cari. Jumpalah review di "Berbuka di Umai's Cafe Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya" mengenai Umai Cafe, tapi bila rujuk ke FB Umai Cafe, promosi buffet pula untuk tahun ini.
Selepas itu jumpa pula review mengenai Selera Laman  Perdana bertajuk "Berbuka di Laman Perdana Putrajaya", tapi bila cari laman web rasmi atau FB Selera Laman Perdana, memang tak jumpa maklumat yang relevan.
Tiada tem…

PRK Kuala Besut: Tedi ramal BN menang mudah.

Imej
Sekali-sekala nak juga Tedi jadi pemerhati politik. Sekarang ni telinga Tedi yang besar ni tersumbat oleh berita-berita berbaur politik. Semuanya berkenaan Pilihanraya Kecil di Kuala Besut. DUN atau Parlimen ek?

Jap, Tedi Bing.com dulu.

....

Tedi tak berapa gemar sebut PRK ni, sebab ada iras-iras PKR (Parti Keadilan Rakyat)... errr... acah je... Tedi tak kisah parti mana pun asalkan mereka jaga kebajikan haiwan-haiwan di Malaysia ni. apa kata kita bagi singkatan baru kepada Pilihanraya Kecil ini?

Pilihanraya Kecil kalau disingkatkan kepada:

PiRaCil, macam nama ikan Piranha la pulak.PiRaKec, tak gemar la Tedi bunyi "kec" tu.PiRaK, ok gak ni. Kalau Pilihanraya Umum jadilah PiRaU Erm, bila Tedi fikirkan semula, PRK tu pun ok je.. hehe.
Rakyat Kelantan nasihatkan rakyat Besut jangan ikut jejak langkah mereka.
Geli ketiak Tedi apabila terdengar Berita RTM 1 malam tadi. Beberapa orang pakcik dan makcik "daripada Kelantan" menasihatkan agar jangan mengikut jejak langkah m…

Candy Crush Saga untung $633000 sehari!

Imej
Mommy pernah kehairanan apabila Master cakap pemilik Candy Crush Saga, King akan disenaraikan ke bursa saham."Macam mana mereka boleh untung, game tu kan free? Takkan orang beli kot?", kata Mommy.
Tedi pun hairan juga, namun statistik yang akan Tedi huraikan ini mungkin akan membantu menjelaskan bagaimana mereka buat duit?

Sekitar 45 juta orang ketagih bermain permainan percuma Candy Crush.Tawaran untuk nyawa/gerakan tambahan boleh dibeli dengan harga 99 sen (sekarang mungkin $1.99)70% pemain tak perlukan nyawa/gerakan tambahan itu.30% pemain sanggup membayar untuk menang!0.3*45juta = 13.5 juta pemain yang membayar!!! wow!13.5 juta * $0.99 = $13.365 juta Nampaknya silaplah Mommy kata tiada siapa yang beli. Jutaan yang sanggup bayar tu! Orang Malaysia mungkinlah tak jadi habit lagi membeli dalam talian ni, tapi budak2 di luar negara, ia perkara biasa.
Ini testimoni seorang penagih Candy Crush Saga, "Candy Crush teaches me nothing and steals my time and money. I can’t sto…

Tedi bersedia merampas kuasa!

Imej
Berani si Sakinah merampas kekuasaan Tedi daripada katil itu!Perkara seperti ini tidak patut dibiarkan. Tedi perlu melakukan sesuatu agar seluruh dunia tidak memperlekehkan diri Tedi.Namun perisik kesayangan Tedi, si Tetot telah membawa khabar yang mendukacitakan. Melalui risikan beliau, ramai kawan-kawan Tedi yang terpedaya dengan kecomelan Sakinah. Comel tang mana pun Tedi tak tahulah.Oleh itu Tedi tidak boleh bertindak semberono dalam usaha mengusir Sakinah daripada markas Tedi itu. Jika Tedi dilihat memusuhi Sakinah, sudah tentu manusia tidak melihat Tedi sebagai beruang yang cute selepas ini. Tedi mungkin akan menjadi alasan untuk manusia menghapuskan kaum beruang di muka bumi ini.Jadi Tedi perlukan seseorang yang sesuai untuk mengusir Sakinah dan merampas kuasa, hahaha. Tedi akan memiliki katil itu semula!Akhirnya Tedi telah menemui insan yang luarbiasa dan sesuai untuk tugasan itu. Tedi menemuinya di MYDIN Mall USJ dan dengan bayaran kurang daripada RM10, beliau sanggup menjadi…

Antelop licik lompat ke dalam kereta untuk elak Cheetah.

Imej
Video hebat bagaimana seekor Impala mengelak daripada ditangkap Cheetah. Agaknya inilah video pertama yang Tedi kongsikan dalam InterpretZZ. Pastinya mengenai haiwan.
Selalunya pendokumentari akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada mengganggu persekitaran semulajadi apabila mereka merakam sesuatu. Namun kehadiran pelancong hidupan liar selalunya mengganggu aturan semulajadi peristiwa semulajadi dan juga haiwan. Kejadian terbaru berlaku di Kruger National Park di Afrika Selatan apabila seorang pelancong yang sedang merakam kejadian 2 ekor Cheetah memburu sekumpulan Impala, menyaksikan seekor daripada Impala tersebut melompat masuk ke dalam sebuah kereta melalui tingkap.
Nasib baik Cheetah tu tak ikut, kalau tak, daripada berlaukkan Impala, Cheetah tu berlaukkan manusia, hehehe.
Tedi selalu keliru di antara Rusa, Impala dan juga Antelop. Tapi mungkin Impala ini adalah Rusa berketurunan Afrika.

Kanak-kanak berkerusi roda dilarang masuk muzium, takut permaidani kotor.

Imej
Kerusi roda penghidap kernicterus didakwa akan mengotorkan permaidani.
Sebelum ini kisah seorang budak sekolah berkerusi roda yang dianaktirikan menarik perhatian Tedi, kini seorang budak perempuan yang menghidap neurological disorder pula menjadi mangsa.
Lexi Haas, 11 tahun yang dibawa ibu bapanya berjalan-jalan di Ships of the Sea Museum di Savannah, dihalang daripada masuk ke dalam muzium. 
Ok lagilah kalau halangan itu ada alasan yang logik, namun kakitangan yang berkenaan memberi alasan, kerusi rodanya akan mengotorkan permaidani muzium!
Pihak muzium telah meminta maaf dan menunjukkan perasaan terkejut dengan sikap kakitangan tersebut.
Kakitangan itu telah dipecat.
Baca dan tonton video berkaitan di, "Museum issues apology after disable girl denied access."


=== iklan === Goldfinger Touch (002170003-H)
Pusat urut refleksologi kaki & urut badan. *diusahakan oleh OKU (penglihatan)
Untuk Temujanji: 013-6791550 (Isfhan), 012-3412945 (Sharil) E-mail: goldfingertouch12@gmail.…

Kenapa seseorang diserang nyamuk padahal orang lain tidak?

Imej
Kebelakangan ini Mommy sering mengadu dia diserang nyamuk.Perkara itu sungguh menghairankan kerana Master, Tetot, Bubuq, Pogy dan Tedi sendiri tiada masalah dengan nyamuk-nyamuk di rumah ini.Bukan digigit nyamuk, malahan batang hidung nyamuk pun kami tak pernah nampak! Itupun kalau nyamuk ada hidung.Maka Tedi pun melakukan pencarian yang sepatutnya dengan menaip, "budak couple seminggu putus"... err... acah jer la.. hehehe. Tedi buat kajian kenapa nyamuk suka gigit saya tapi tak gigit orang lain?Kajian Tedi telah menghantar Tedi ke satu kiriman menarik
Jika anda sangka anda sasaran nombor 1 serangan nyamuk, anda mungkin tak gila!
Katakanlah kawan-kawan dah guna racun nyamuk, pakai baju lengan panjang dan tak keluar rumah pun. Namun kawan-kawan masih diburu oleh nyamuk dan yang paling sedih, cuma anda seorang, janganlah risau kerana anda sebenarnya masih waras,

Anda mungkin hanyalah 20% daripada manusia di dunia yang disenaraikan nyamuk sebagai "sangat lazat" dalam…