بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ



Azman Tomyam terletak di awal susur masuk ke Dengkil daripada Cyberjaya melalui Jalan Pintasan Dengkil

Tiba-tiba sahaja Master melencong masuk ke susur masuk Dengkil. Rupa-rupanya ada kedai makan di tepi tu dengan lampu berwarna-warni. Di situ terdapat kedai Azman Tomyam, kedai Dengkil Food Paradise, kedai cuci kereta dan juga  bengkel kereta. Kedai cuci kereta tu buka lagi pada waktu itu, jadi bolehlah jika kawan-kawan nak basuh kereta pada waktu malam di situ.

Sebenarnya Master berkenan untuk singgah di Dengkil Food Paradise tu tapi suasana di kedai makan tu gelap sahaja, tak bukak la tu.

Jadi terpaksalah makan di Azman Tomyam, takkan nak naik kereta cari tempat makan lain pula kan? Master kata Nasi Goreng Seafood dia lebih baik daripada "ok la" tapi tidaklah "sedap sangat", cuma kagum la Master boleh habiskan sayur-mayur yang ada, kiranya ok la tukang masak tu masak sayur.

Cuma air Nescafe O yang Master pesan memang cair. Fail! Tetapi untuk lebih adil, Master ni memang susah nak menemui bancuhan Nescafe yang sesuai dengan selera beliau, lebih baik beliau bancuh sendiri Nescafe di rumah daripada membazir minum di kedai makan tapi tak sedap.

Selain itu Master ni susah juga nak puji masakan kedai, tahap-tahap kritikan Master adalah seperti di bawah:

  • tak boleh nak makan
  • boleh dimakan
  • ok la
  • sedap
  • tak pernah jumpa makanan sesedap ni!

Selalunya dia akan bagi, "ok la", level ni dia bagi ikut makanan, bukannya ikut kedai tau, kerana kalau 1 makanan tak ok, yang lain mungkin ok kerana setiap tukang masak itu sudah tentulah mempunyai kepakaran masing-masing cuma belum tentu pelanggan akan sanggup menguji mana satu masakan yang okay, sekali kena tak okay maka akan dicap terus semuanya tak okay.

Mommy tengok ramai pelanggan order set makanan seperti Ikan Siakap, lain kali boleh cuba, mana tahu itu mungkin keistimewaan kedai makan Azman Tomyam ni sekaligus lebih sedap? Mungkinlah.

Mommy kata Kuew Tiaw Goreng beliau tak sedap. Tedi tak nak komen, hehe.

Dengkil Food Paradise

Masa nak balik tu tengok-tengok buka la pula Dengkil Food Paradise tu, jam 09:20 malam baru buka? Pelik juga kan?

 

Samosa Hangit Inti Sardin

Sampai sahaja di rumah rumah Mommy layan Samosa Hangit Inti Sardin dan gelak sorang-sorang. Tedi pula terus naik mandi, baru la wangi.

~20130603~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih