gambar bangunan tinggi menara pencakar langit disambar kilat

Menjadi lumrah untuk bangunan pencakar langit disambar kilat, tetapi jarang Tedi dapat saksikannya.

Ini foto yang diambil semalam oleh jurugambar, Scott Olson ketika petir menyambar Sears Tower di Chicago.

Epik tak gambar ni?

Merakam Gambar Bukan Tugas Enteng

Tedi tak tahulah berapa lama beliau menantikan kilat muncul sebelum dapat merakam gambar ini. Mungkin beliau tidak merakam hanya sekeping gambar ini tetapi beratus atau beribu keping gambar sebegini sebelum memilih yang terbaik.

Salah satu tips daripada jurugambar digital yang pernah Tedi dapat ialah rakam sahaja seberapa banyak gambar anda mahu dan kemudian pilih yang terbaik, kerana pada zaman digital ni kita tidak memerlukan filem, maka kelihatan seolah-olah kita tiada had dalam menangkap gambar, berbeza dengan jurugambar pada masa dahulu yang perlukan setting terbaik kerana beliau hanya ada sumber yang terhad.

Tetapi Tedi bukan seorang jurugambar, Tedi hanya seekor beruang dengan kamera yang mahal, yang Tedi tak tahu pun apa nak set. Guna sahaja mod automatik.

Tetapi kadangkala gambar yang banyak pun memeningkan kepala kita untuk memilihnya, tetapi ia lebih baik berbanding tiada gambar untuk dipilih.


Kiriman ini diterbitkan buat pertama kali pada 20130613.


--- Muhasabah Tedi ---

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anha, Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam bersabda yang bermaksud: 
"Janganlah kamu banyak tertawa kerana ia mematikan hati kamu." 
(Riwayat Ibn Majah)