Tak percaya pula interpretZZ boleh dapat 90 pelawat untuk 1 kiriman dalam 1 hari.

Kiriman itu rupa-rupanya komen Tedi mengenai perkongsian para blogger mengenai baju senam Shila Hamzah.

Nak kena tumpang nama artis baru la popular blog kita ek? (Popular lah sangat...)

Tak kisah la, bukan nak popular pun, cuma kongsi pandangan sahaja. Kadang-kadang bukan betul pun pandangan Tedi yang masih setahun jagung ni.

Sebab tu agaknya interpretZZ ni lebih sesuai sebagai tempat Tedi meluahkan perasaan kerana ia tak bersifat masa-nyata.

Asalkan interpretZZ berpijak di bumi nyata walaupun tak masa nyata

Gambar Shila Hamzah berbaju kurung dan bertudung purple

Apa itu masa-nyata? Cari la sendiri. Tedi saja jer guna istilah pelik macam tu, hehe.

Nak cerita pasal artis pula lepas ni ek?

"Aik, kata nak berjuang untuk kemaslahatan umat binatang?"

Ha'ah la, terkesima Tedi dek ayat Master itu! Cerita pasal artis dah banyak, biarla Tedi berkongsi pasal dinosaur pulak!

Tedi nak bermadah sebentar la

"Nak popular kena tumpang populariti artis seperti Shila Hamzah? Tapi perlu ke popular? Tak perlu rasanya kalau kita ada sesiapa yang menemani kita." - Tedi yang comel, lagi comel daripada Kak Ton.

 


20130609

 

"Kegagalan itu bagus, ia adalah baja. Kejayaan saya sebagai jurulatih adalah hasil pelajaran daripada kegagalan saya." - Rick Petino