Apakah itu Ops Pemulihan Tanah?

Ini adalah tajuk operasi yang diberi Master melibatkan proses menyuburkan tanah bukit di depan rumah.

Operasi ini merupakan prosedur berterusan memandangkan tanah bukit itu dipenuhi batu-batuan dan tanah liat-liatan (sungguh liat la kononnya).

Gambar seekor beruang sedang memerhati alam sek
Memerhati kehijauan alam la kononnya tu?
interpretZZ: Beruang pun ada masalah.

Proses-proses yang terlibat adalah:

  1. Menggali tanah liat & batu-batuan sedalam mungkin.
    1. Batu-batu akan dicampak jauh-jauh.
    2. Tanah liat akan ditimbun ke atas semak-samun berhampiran (kononnya nak matikan semak samun tu sambil menjadikannya baja semulajadi).
  2. Lubang yang digali dibiarkan dan disumbat dengan bahan-bahan mudah reput
    1. Tiru idea lubang kompos kak Ummu Aidan je sebenarnya ni, hehe.
    2. Supaya tak nampak plagiat, Tedi bagi nama lubang semi-compos, hehe.
  3. Tanah yang telah melalui proses penggalian sebahagiannya digaul dengan tanah bakar & najis ayam
    1. Tanah ni digunakan untuk penanaman pokok2 yang ada sekarang ni.
    2. Tapi tanah ni pun tak ok sangat, masih liat.
    3. Ada juga yang dibiarkan rumput-rampai tumbuh supaya akar2 mereka memecahkan tanah liat kepada tanah pasir. Betul ke teori Master ni? Master Tedi tu bukan boleh diharap sangat, main terjah je dia.

Itu sahaja la buat masa ini. Lain kali Tedi akan fikirkan langkah-langkah yang perlu diambil sebagai langkah susulan.

Di manakah boleh dapat pasir dalam jumlah yang banyak?