Berlalu sudah minggu yang meletihkan.


Macam mana tak letih kalau ada 2 pembentangan dalam seminggu?
Bukan mudah untuk sediakan material yang diperlukan.

Tapi Tedi sungguh keliru, kenapa di waktu kanak-kanak lain enjoy cuti sekolah mereka, Tedi pula terpaksa berhempas-pulas?

Tedi cuba menyuarakan ketidakpuasan hati Tedi kepada pihak yang berkenaan iaitu Cikgu Besar Pogy.

Tedi: "Cikgu Pogi, izinkan Tedi bertanya sepatah dua."
Pogi: "Silakan wahai anak muridku."
Tedi: "Kenapa dia orang cuti sekolah tapi tidak Tedi?"
Pogi: "Apa dia?"
Tedi: "Kenapa dia orang cuti sekolah tapi tidak Tedi?"
Pogi: "Siapa cuti?"
Tedi: "Dia orang la..."
Pogi: "Owh mudah je tu.."
Tedi: "Kenapa?"
Podi: "Sebab kau tu bukan orang, kau tu beruang!"

Cikgu Besar Pogi segera berlalu. Takper, buat lawak ganas ye.....

http://pink2lip22.blogspot.com/2012/05/selamat-hari-guru.html

Biarkanlah Cikgu Pogi tu, sekarang masa merehatkan minda.

Alhamdulillah, sempat baca beberapa berita menarik hari ni. Berita pasal kawan2 Tedi tak banyak, mungkin tiada bencana ke atas mereka atau mungkin juga kerana penderitaan mereka dipendamkan.
Penat la... Tedi nak pergi merebahkan badan la.

Oh ya, terima kasih Master sebab bersusah-payah hantar Tedi ke sekolah walaupun kelihatan Master amat mengantuk... gerun pula bila teringat Master hampir langgar divider 3 kali & hampir masuk longkang sekali.


20130607