Algoritma terbaru enjin carian Google mula laksanakan tugasnya dan akan disusuli dengan versi seterusnya tak lama lagi.

Mungkin ramai orang tak pernah dengar pun mengenai Google Penguin ni.

Penguin telah mula menampakkan lagaknya, manakala saudaranya Penguin 2.0 akan lahir tak lama lagi. Malahan para musuh Penguin telah mengenalpasti bahawa 3 ekor penguin sebenarnya telah dibebaskan oleh Google & yang akan keluar nanti ialah Penguin 4.
Penguin 2.0 is Coming – Are You Ready?


Ia adalah algoritma terbaru enjin carian Google yang diperkenalkan pada bulan April 2012 & sudah memasuki versi 2.0 walaupun ramai yang kata ia sudah mencapai versi ke-4.

Malahan jika manusia sudah kenal Google Penguin, mereka mungkin akan marah Google kerana menyalahgunakan nama Penguin yang terkenal dengan kecomelan untuk mewakili sesuatu yang kejam dan menghukum para pengikut SEO

Ya, Penguin akan mensasarkan laman web yang spam enjin carian Google selama ini.

Hahaha. Tak kisah la, tahniah Google kerana berusaha pertingkatkan enjin carian anda yang sekian lama menyusahkan Tedi kerana terpaksa tapis mana2 halaman yang tidak berkenaan dengan carian yang dibuat.

Setahun ini Tedi dah merasakan ketenangan dan Tedi harap semua ini akan berterusan.

Sementara itu Bing.com juga nampaknya tidak ketinggalan kerana cuba meniru idea Google Search di samping perkenalkan strategi carian mereka sendiri.

20130602