Jika Google menjayakan rancangan ini, mereka mendapat sokongan Tedi!

Google menegaskan bahawa mereka telah menemui senjata ampuh untuk menentang bahan lucah melibatkan kanak-kanak di internet.

Google punyai kuasa, kini mereka perlu gunakan kuasa itu.
Sumber tidak Tedi nyatakan sebab owner blog ni sekadar bersuka-suka dengan carian ini.

Mereka telah membina satu kaedah untuk berkongsi maklumat mengenai penyalahgunaan imej kanak-kanak.

Kaedah ini melibatkan penggunaan pangkalan data baru mereka yang membenarkan sebarang imej "ditanda" oleh kumpulan pelindung kanak-kanak untuk dipadamkan daripada semua server pihak yang terlibat. Buat masa ini mungkin hanya melibatkan server rakan kongsi Google.

Dongeng terbesar mengenai penganiayaan kanak-kanak adalah ia selalu dilakukan oleh orang asing, namun dalam kebanyakan kes, kenalan keluarga yang menjadi dalangnya.

Usaha ini khabarnya berpotensi untuk memadamkan semua gambar yang ditanda dalam internet secara sekaligus. Ini adalah kerana Google akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat, walaupun musuh perniagaan mereka.
"Setiap imej akan mempunyai cap unik yang akan dikenalpasti oleh komputer-komputer kami tanpa perlukan penglibatan manusia," - Google Chief Legal Officer, David Drummond.

Komenta Tedi mengenai hal ini:

  • Tedi malas sebenarnya berkongsi pasal hal teknologi ni, sebab Tedi mahu fokus kepada haiwan & alam sekitar. Tapi apabila terbaca berita yang ada sifat kemanusiaan ini, Tedi bermotivasi untuk kongsikannya. Hal yang baik perlu disebarkan!
  • Tedi sokong usaha Google ni, tapi takkan gambar lucah yang melibatkan penganiayaan kanak-kanak je kot? Buatlah untuk orang dewasa juga.
  • Teknologi ini kalau dimajukan lagi, mungkin boleh digunakan oleh mana-mana pihak berkuasa untuk menjejak penjenayah!
  • Google dah buat. Apa kata umat Islam yang hebat cuba majukan lagi usaha Google ni supaya sesuai dengan orang Islam? Contohnya padamkan semua gambar baju senam Shila Hamzah (maaf, betul ke eja nama ni?), hehehe.
  • Syabas Google!

Sumber berita rasmi:

17 Jun 2013