Apps lucah pertama untuk Google Glass telah diharamkan oleh Google.



Google telah mengambil pendekatan drastik untuk melarang mana-mana apps untuk Google Glass yang boleh dieksploitasi untuk bahan-bahan lucah.

"Polisi kami adalah jelas iaitu Google Glass tidak membenarkan kandungan Glassware yang mengandungi unsur lucah, aksi seks, dan apa-apa bahan berunsur seks. Semua Glassware yang melanggar polisi ini akan dihalang daripada muncul pada Google Glass,"  kata seorang jurucakap Google .

Minggu ini sebuah syarikat yang popular dengan produk-produk lucah telah menghasilkan Glassware lucah pertama untuk Google Glass. 

Apps untuk Google Glass disebut Glassware (Google Glass software), manakala apps ni nama gelaran untuk application yang diberi oleh Apple, ye lah Apple dengan apps tu kan dah nak sama...

Glassware lucah itu akan membolehkan 2 individu berkongsi fantasi seks mereka melalui video & juga gambar. Difahamkan 10000 orang telah melawat laman web apps lucah itu & sedozen pengguna telah berdaftar untuk menggunakannya.
"App itu masih ada dan pengguna masih menggunakannya, tetapi kami mesti mengubahnya untuk mematuhi polisi baru Google. Kami jangka perubahan itu boleh dilihat esok." kata CEO syarikat penyedia bahan lucah itu.
Tedi berharap Google akan terus bertegas untuk mengelakkan gajet terbaru mereka ini disalahgunakan. Namun Tedi percaya, para penjenayah ini akan jumpa cara untuk melaksanakan hajat mereka itu.

Pelik la manusia ni, tak mahu anak2 mereka terdedah kepada bahan2 lucah, tapi syarikat penyedia produk2 lucah macam tu dibenarkan beroperasi! Bodoh!

Inilah akibatnya terlalu mengejar dunia.

Tak tahu apa itu Google Glass? cuba baca kiriman Tedi yang bertajuk:


20130605