Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Motosikal Hijau Cool ...

Imej
Jarang Tedi terjumpa motosikal yang diubahsuai sebegini di Malaysia.
Jadi bila Tedi terserempak dengan motosikal ni, apa lagi, snap je la apa yang patut. Tapi sekali je la, lebih-lebih nanti mau kena serbu dengan pemilik motosikal ini ataupun pakcik pengawal keselamatan.
Motosikal ni ada beberapa ciri yang tak sesuai pada pandangan mata bulat Tedi ni: Tiada mud guard di bahagian hadapan, sedangkan Malaysia ni meriah dengan hujan dan lopak di tengah jalan.Mud guard belakang tak cukup panjang. Percayalah bahawa bahagian belakang badan penunggang tidak dapat dilindungi daripada percikan air.Plate number yang terletak di tempat letak kaki itu sungguh membahayakan keselamatan, juga mengurangkan kadar pelipatan ketika mengambil selekoh. Itu je lah, takde apa lagi nak komen. Apa-apa pun motosikal ini memang cool.

Sekadar LIKE tak membantu.

Imej
Mungkin keras bunyinya, tapi itulah kenyataannya.
Kempen "Liking Isn’t Helping" – untuk Crisis Relief Singapore "mengejek" budaya meminta orang "Like" di FB atas sesuatu isu, seolah-olah sesiapa yang tidak "Like" adalah bersalah kerana tidak peduli. 
Sebaliknya kempen ini menekankan bahawa sesiapa yang prihatin sepatutnya membantu dengan sukarela.



Tedi kaji: Jalan terhampir dari LCCT ke UKM.

Imej
UKM menjadi destinasi penting buat Master kebelakangan ini.
Beberapa urusan berhampiran UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) di Bangi membuatkan Master semakin mengenal rupa bentuk jalan di sana. Sebelum itu Master memang takleh nak imagine macam mana rupa Bangi tu.

Apa yang Master bayangkan kepada Tedi, Bangi itu seumpama pekan koboi yang mempunyai banyak bulatan di jalan-jalan utamanya.

Namun setelah Tedi sampai ke sana, Bangi ni kira meriah juga dan lebih tersusun dan lebih sibuk daripada pekan kami sendiri. Nampak gaya Bangi ni macam syurga makan sebab banyak kedai makan, tapi setakat ni takde lak yang Master betul-betul puji walaupun ramai yang kerumuni kedai-kedai itu.

Adapun bukanlah Master yang mempunyai urusan di sana melainkan Master menjemput dan menghantar orang ke sana, selalunya dari dan ke LCCT (Terminal Tambang Murah).

Master telah mencuba 2 jalan ke sana dan yang terkini kami menggunakan lebuhraya. Tapi rasanya macam jauh yang amat sebab kami turun ke Nilai sebelum n…

Mimi & Wangcai, sungguh cool...

Imej
Seekor anjing yang cool dan temannya seekor kucing yang sungguh santai.
Gila hebatlah pasangan 2 ekor ni!

Bukan senang nak jumpa anjing dan kucing yang best friend, tambahan lagi apabila Sang Anjing menurut trend fesyen ala-ala K-POP dengan memakai kaca mata & telefon di lengan.

Sang Kucing pulak bukan hanya bermain-main dengan Sang Anjing, malahan menunggang temannya itu apabila penat berjalan.

Inilah kisah Mimi, seekor kucing dan temannya Mangcai, seekor anjing gangnam style dengan gelagat mereka yang menghiburkan di jalanan Kunming, China.



Sumber berita: Cat hitches a ride on sunglasses-wearing dog.

Ada cerita menarik mengenai kucing berwajah dua di laman ini: "Jom Tengok: Venus. The Coolest Cat Ever?"

Usaha kurangkan pencemaran udara mungkin undang lebih taufan!

Imej
Alamak! Berita terbaru ini membuatkan Tedi berada dalam dilema!

Sebelum ini Tedi sangkakan fenomena taufan di dunia ini berkait rapat dengan pencemaran udara.

Sangkaan Tedi itu betul, namun ia berkait rapat dalam arah yang berlawanan!

Kajian mendapati bahawa pencemaran udara di Atlantik Utara membantu membiaskan cahaya matahari daripada permukaan lautan di sana. Ini bermakna usaha manusia untuk membersihkan udara yang telah tercemar selama 20 tahun di sana akan mengundang lebih banyak taufan.

OMG... macam mana ni? Serba salah dibuatnya untuk menggesa manusia bersihkan ruang udara di bumi ni.
Lower pollution and cleaner air blamed for rise in hurricanes.New study links rise in number of hurricanes to improved quality of air.Reduction in Air Pollution Linked with High-Intensity Hurricanes in North Atlantic: Study.Man-made particles affect hurricane frequency, study finds.

Thelma & Louise: Kura-kura unik kelahiran Texas.

Imej
Siapa yang tak tergoda dengan kecomelan anak Sang Kura-kura? Malahan Tedi percaya lebih ramai tak dapat menahan godaan seekor kawan Tedi yang baru lahir di San Antonio Zoo ini.

Tedi perkenalkan Thelma & Louise!
"Eh Tedi, tadi Tedi kata seekor?" Betullah seekor kawan Tedi yang baru dilahirkan di San Antonio Zoo, kenapa?
"Tapi tadi Tedi sebut 2 nama, Thelma dan Louise, kan?" Ha'ah, betullah tu. Alah, malaslah Tedi nak cerita panjang-panjang, kawan-kawan tengok je lah gambar ni.



Berita penuh, silalah baca di sini: Two-headed turtle hatches at San Antonio zoo.


=== promosi seminit === Komik Dakwah terbaru oleh Ustaz Zakaria Talib dari Rembau kini telah terbit bertajuk QADHA SOLAT , Siri Mu'allim 3. Kepada mereka yang ingin mendapatkannya sila hubungi Ustaz Zakaria 019-2865129.
Kegigihan Ustaz Zakaria berdakwah melalui buku dan komik dilaporkan sebelum ini di "Komik Dakwah Rembau Most Wanted kini kembali"

Beruang Hitam pecah masuk zoo.

Imej
Selalunya zoo berusaha untuk memastikan haiwan di dalamnya tidak keluar.

Namun sebaliknya bagi seorang penjaga Knoxville Zoo di Tennessee apabila dia menyaksikan seekor Beruang Hitam memanjat tembok 10-kaki sebelum merayau-rayau di dalam zoo itu.
Dia segera memeriksa semua Beruang Hitam dalam zoo itu, dan selepas pasti bahawa Beruang Hitam yang dijumpainya tadi adalah "penceroboh", dia segera mencarinya semula namun tidak ketemu.
Selepas tiada kesan beruang itu dijumpai, pihak zoo berpendapat beruang itu telah blah daripada zoo tersebut.
"Black Bear Falls kelolaan zoo kami adalah di antara terbaik di negara ini, jadi mungkin berita itu sudah tersebar di kalangan masyarakat Beruang Hitam." - Pengarah Eksekutif Knoxville Zoo, Lisa New.
Sumber: Black bear scales 10-foot fence to visit Knoxville Zoo

Aisya Humaira

Imej
Hari ni Tedi nak study nasyid Aisya Humairah dendangan kumpulan UNIC.  Sambil dengar lagu, sambil belajar sesuatu, itu pesan Master.

Lirik "Aisya Humaira" dan ulasan Tedi: Wajah berseri pipi kemerahan Engkau digelar Aisya Humaira
Aisya binti Abu Bakar (radhiallahu anha) merupakan isteri Nabi Muhammad solallahu a'alaihi wassalam yang digelar Humaira kerana pipinya yang putih kemerahan.
Namun bukan ingin ku bicarakan Hingga dirimu jadi sanjungan Tetapi merahnya dalam perjuangan  Peniup semangat suami
Khabar al kisah ku titik bermula Telah mencalar kebahagiaan Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mu'minin  Yang setanding al-mukatsirin
Seperti isteri2 Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam yang lain, Aisyah juga dipanggil "Ummahatul Mu'minin" yang bermaksud "ibu kepada orang2 beriman".
"Al-Mukatsirrin" adalah gelaran kepada kumpulan sahabat Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam yang banyak me…

Tedi Kejar Burung (5 foto)

Imej
Tedi terjaga daripada tidur apabila bunyi bising menyelubungi alam. Alhamdulillah, rupa-rupanya hujan lebat menyirami bumi berjerebu ini, setelah hampir seminggu rasanya tidak hujan.

Tedi lihat jam, owh, sudah jam 6 pagi, masa yang sesuai untuk Tedi memandikan diri dan berwangi-wangian. Sesuai dengan rupa Tedi yang cute ini, eloklah pula diserikan dengan haruman yang menggoda jiwa.

Seperti pagi-pagi yang lain, Tedi meminta bantuan Iron Man untuk menyiapkan pakaian sekolah Tedi. Nak tahu apa kerja si Iron Man? Silakan baca "Ada apa dengan Iron Man?".

Ketika Tedi menemani si Iron Man, kedengaran suara yang agak merdu di luar jendela. Tedi intai di sebalik tirai kamar dan Tedi mendapati seekor haiwan yang kurang cute berbanding Tedi seolah-olah sedang mencari sesuatu.

Selalunya Tedi faham bahasa haiwan, namun kali ini Tedi tak mengerti mungkin kerana dirinya pelat, lindahnya berpintal-pintal seperti kepala di atas bantal. Tak tahulah apa yang burung itu cari.

...



...

Tedi biar…

Semporna sambut Minggu Penyu.

Imej
Disambut bersempena Hari Penyu Dunia pada 16 Jun.
Hasil pameran kreatif yang dihasilkan para peserta beserta dengan mesej berkaitan penyu, telah dipamerkan dan dihakimi pada pembukaan Turtle Exhibition yang dianjurkan oleh WWF-Malaysia, Perpustakaan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna yang bertempat di Perpustakaan Semporna.Majlis itu berlangsung pada 19 Jun lalu.Pertandingan itu dimenangi oleh SMK Datuk Panglima Abdullah, diikuti naib juara SMK Tagasan dan SMK Agama Tun Sakaran di tempat ketiga.
Kumpulan komuniti Wanita Pulau Omadal pula mengadakan jualan kraftangan daripada daun pandan di mana hasilnya akan digunakan untuk menyokong usaha pelindungan di Semporna Priority Conservation Area.Green Semporna, sebuah kumpulan sukarelawan turut hadir menawarkan pengambilan ahli baru.Para pelawat turut didedahkan dengan pameran poster di dalam dewan untuk menunjukkan kepentingan haiwan terancam itu kepada ekosistem Semporna.Tarikan utama di sana adalah patung penyu hijau bers…

Jawapan sepatutnya kepada alasan2 untuk naikkan harga tiket bas.

Imej
Dah lama Tedi dengar pasal "gesaan" untuk naikkan harga tiket bas sebanyak 30% oleh pengusaha bas kepada kerajaan.
Tapi Tedi malas nak komen sebab rasanya tak relevan dengan Tedi pun. Tapi duk terngiang-ngiang ayat siapa entah nama pakcik tu, berasap juga la rasa.

Pakcik tu kata "kami meminta kerajaan untuk meneliti, bukan memaksa, lepas pilihanraya ni tak elok paksa-paksa.", lebih kurang macam itulah ayatnya.

Rasa pelik lak ayat tu. Adakah mereka meminta jasa baik mereka "melobi" para perwakilan selama ini dibalas? Dan secara kebetulan kena masa nak dekat raya dah! Ini hanya andaian Tedi sahajalah, dah pakcik tu cakap macam tu kan.

Inilah masalah dengan dunia kapitalis. Rakyat marhaen yang mengundi ni takde apa nilai di sisi kerajaan kerana mereka akan utamakan para penyumbang dana kempen pilihanraya.

Selain itu banyak lagi alasan pakcik tu untuk naikkan harga tiket bas. Tedi cuba jawab satu persatu dengan penuh emosi. Malas la nak serius2, Tedi bukan n…

Makanan manusia yang sesuai untuk kucing.

Apakah makanan manusia yang sesuai untuk kucing perliharaan manusia?
Pernahkah kaum manusia yang membela kucing memikirkan masalah ini? Atau kaum manusia yang membela kucing berfikir bahwa kucing mereka boleh makan apa sahaja yang mereka makan?

Berikut adalah senarai makanan manusia yang boleh diberi kepada kucing kesayangan manusia jika keadaan darurat. Senarai ini disediakan oleh pembela kucing tegar, Rose Mary Budge.

*** Makanan manusia yang kucing rumah boleh makan:Daging lembu, ayam atau ayam belanda yang telah dimasak.Pastikan tulangnya telah diasingkan supaya kucing anda tidak tercekik.Daging mentah dibolehkan untuk kucing namun bagi kadang-kadang sahaja. Orang tua tak bagi makan ayam mentah atau burung mentah kerana dikhuatiri sang kucing akan menghambat ayam ternakan manusia.Ikan mentah atau dimasak. Udang adalah yang terbaik!Deli ayam, ayam belanda atau deli daging lembu, tapi elakkan yang berperisa atau berempah. Nanti mati kepedasan lak sang kucing.Daging untuk makanan ba…

Tedi berjerebu!

Imej
Barulah Tedi perasan yang Malaysia dilanda jerebu yang amat dahsyat!
Pagi tadi Tedi bergegas bersiap untuk ke sekolah. Begitu juga Mommy & Master yang mahu segera sampai ke pejabat masing-masing.

Buka sahaja pintu rumah, astaghfirullahu adzim, kelabu asap ruang udara di sekitar rumah. Bukan itu sahaja, bau asap kuat menusuk lubang hidung Tedi yang mancung ini. Pembetulan, bukan lubang hidung Tedi yang mancung, tapi lubang kepada hidung mancung Tedi.

Dalam perjalanan menghantar Mommy ke pejabat beliau, keadaan jalan sungguh lengang. Keadaanya seperti dilanda garuda!

Di samping itu berita melaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak telah mengisytiharkan darurat kerana keadaan udara yang tercemar. Kelakarnya berita itu lebih fokus kepada memberitahu rakyat supaya tidak cemas dengan perisytiharan darurat itu kerana ia adalah berkaitan dengan jerebu dan bukannya berkaitan dengan pentadbiran negara! Huk aloh! Tedi rasa rakyat semua faham kerana dah selalu dah…

Ratapi pemergian rakan.

Imej
Selepas bosan melayan kerenah mereka bergaduh menuntut perhatian, pemilik haiwan mungkin terkejut apabila ada haiwan perliharaan mereka meratapi kematian kawan sepermainan.Kanadka terpaksa membiarkan anjing kesayangannya, Mauja, "dimatikan" selepas 2 tahun setengah berperang dengan barah.Kemudian dia mendapati anjing dan kucingnya yang lain mula berperangai aneh, mereka tidur bersama, di tempat Mauja, satu perkara yang tak pernah mereka lakukan.Tedi tengok gambar ni pun dah dapat rasakan kesedihan mereka.
http://www.reddit.com/r/pics/comments/1go0er/i_had_to_put_my_dog_mauja_down_last_saturday_i

Dolfin nazak dijadikan bahan berposing...

Imej
Apa kejadahnya sampai tiada hati perut untuk tolong haiwan yang sedang cedera tu? ...
...
Sekumpulan pelancong tanpa perasaan di wilayah Hainan, China, telah membuat keputusan yang membingungkan Tedi apabila mereka menarik seekor ikan lumba-lumba yang cedera keluar dari air dan bergambar dengannya.

Bukankah mereka sepatutnya menolong haiwan tersebut?

Ikan lumba-lumba itu mungkin cedera akibat berlanggar dengan sebuah bot nelayan, dan kemudian meninggal dunia akibat pendarahan yang berlebihan. Macam mana tak berlebih-lebih keluar darah, sudah cedera, tak dirawat dengan segera.

Tindakan para pelancong itu telah menerima kutukan di atas platform media sosial China, Sina Weibo.

"Dolphins, sebagai mamalia banyak berkembang, mempunyai IQ hanya sedikit lebih rendah daripada manusia. Tetapi orang-orang dalam gambar-gambar itu lebih teruk daripada babi," tulis seorang pengguna Sina Weibo. ... ... Rujukan:
Fury as tourists pose with injured dolphin which bled to death.Dolphin dies in C…

Kenapa bayi tersentak ketika tidur?

Imej
Amat menggembirakan bagi ibu yang mengandung apabila janin yang dikandung "menendang" mereka. ...
... Hari ini Tedi ikut Mommy dan Master pergi ke Hostel USIM di Nilai Impian. Hantar notebook yang baru dibeli semalam kepada Mak Ucu, hehe.

Usai urusan di sana, kami merayau mencari kedai runcit. Kebetulan semua kedai tutup mungkin rehat sebentar kerana waktu Maghrib. 19 Freze Mart yang baru dibuka dalam minggu lepas pun tutup, tinggal hanya pesaing barunya 99 Speed Mart yang menjalankan urus niaga.

Master tak minat sangat pergi ke mana-mana 99 Speed Mart ni sebab mereka jual arak. Padahal kawasan kediaman di sekitarnya adalah kawasan orang Melayu. Musykil Tedi bagaimana mereka boleh berniaga arak sesuka hati? Apakah kerajaan negeri Selangor tak ambil kisah akan hal ini? Adakah penduduk di kawasan itu sendiri yang tidak membantah?

Kita lupakan hal itu, kembali kepada topik pembacaan Tedi tadi. Kajian oleh profesor psikologi dan pengkaji tidur, Mike Blumberg, gerakan atau senta…

Bacaan ke 10,000...

Imej
Sesuatu yang tak pernah Tedi jangkakan selama ini.
Hari ini interpretZZ mencecah 10000 bacaan, sesuatu yang tak pernah Tedi jangka & harapkan. Tak sangka di luar sana ada juga manusia yang sudi membaca nukilan Tedi.

Daripada dulu interpretZZ tidak pernah dikenali enjin carian seperti Google & Bing, namun kini hampir beratus melalui mereka.

Malahan pernah suatu ketika Tedi tersentak apabila terbaca tajuk dan kandungan yang serupa dengan nukilan Tedi di laman blog manusia. Tak mengapalah sebab yang dikongsikannya itu akan memberi ilmu kepada manusia lain berkenaan alam haiwan.

Cuma apa yang menjadi kegusaran adalah interpretZZ bukan lagi hanya blog berita haiwan, namun telah mengalami konflik identiti yang amat dahsyat!

Mungkin Tedi perlu muhasabah diri semula dan cari tujuan diri, semoga perjuangan ini tak tersasar.

Kekejaman manusia ke atas haiwan semakin berleluasa, tak kira di mana, dan manusia masih tidak mahu membuka mata.

Tedi berharap kita akan menuju Malaysia yang lebi…

Misteri kehilangan Tedi...

Imej
Pada suatu malam yang hening, Tedi tiba-tiba sahaja menghilang diri! Master telah mengerah spy kegemaran Tedi iaitu si Tetot untuk menjejak haiwan kesayangan Mommy itu.
Malangnya Tetot pun tidak dapat menjejak sebarang perkara abnormal yang boleh memberi bayangan mengenai kedudukan Tedi.


Sekian, tamatlah kisah Tedi menjadi ninja!

213 tapak kaki beruang dirampas

Imej
Tedi seru hentikan pembunuhan beruang!
Apa kawan-kawan rasa apabila melihat gambar ini?

Marah? Sedih? Benci? Kecewa? Jelik?
Tedi boleh terima semua perasaan itu. Tapi bagi sesiapa yang tak rasa apa-apa, maka dia bukan kawan Tedi.
Beritanya: Kes terbaru berlaku di sempadan China-Russia apabila 2 warga Russia ditahan di Manzhoulli, Inner Mongolia, apabila van yang dipandu mereka didapati membawa 213 tapak kaki beruang yang disembunyikan di bawah timbunan tayar.
Van itu dalam perjalanan dari Russia ke China.


Pegawai sempadan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila pemandu van itu sibuk memeriksa jam tangannya. Van itu kemudiannya di-X-ray sebelum mereka menjumpai tapak kaki tersebut.
Kira canggih jugalah di Mongolia ni ada X-ray bagai. Tedi tengok di Malaysia ni selamba badak jer seberang sempadan. Tak tahulah kalau Malaysia pun ada X-ray (sebab pernah dengar berita X-ray kontena kandungi kereta curi), tapi rasanya tempat2 terpencil takde.
Tapak kaki itu dipercayai milik Beruang Perang (Br…

Merayau ke Hospital Tawakkal dan Mydin Mall USJ.

Imej
Tadi temani Master yang bawa Mommy pergi Hospital Tawakkal.
Penatnya Tedi, baru jer sampai rumah.

Hari ni Master cuti, bawa Mommy pergi Hospital Tawakkal di Bulatan Pahang tu.

Dah la mula-mula tu salah masuk simpang disebabkan papan tanda, menghala ke Sentul Link pula.

Mujur Master mempunyai ilmu pengakap yang diamalkan iaitu tengok landasan monorel menghala ke mana, hehehe. Master pun follow la landasan tu dan akhirnya jumpa jalan keluar.

Petua yang menarik, tapi sudah tentulah takkan boleh dipraktikkan di dalam hutan.

Bertapa di Hospital Tawakkal sehingga jam 1 petang, kemudian bergerak ke Mydin Mall USJ untuk berbeli-belah. Sementara Mommy membeli-belah, Tedi keluar dan cari bangku untuk merehatkan diri. Sempat tidur sejam di sana, hahaha.

Orang ramai pasti akan kepelikan, namun Tedi peduli apa?

Apa je lah Mommy beli di Mydin kali ni? Bangkit daripada tidur, dengan semangat baru, Tedi pergi menjenguk apa yang dibeli oleh Mommy. Macam biasa beli barangan rumah, cuma kali ni diserta…

Man of Steel: bayangan Jesust Christ oleh Warner Bros

Imej
Sesiapa di kalangan penduduk Malaysia mungkin melihat "Man of Steel" sebagai hiburan keluarga dengan heronya kini sudah tidak berseluar dalam.
Namun Warner Bros melihat "Man of Steel" daripada konsep berbeza.


Man of Steel adalah bayangan Jesus Christ. Jangan terkejut. Itulah yang Warner Bros bayangkan.

Bagi mereka, Man of Steel adalah bayangan Jesus Christ melalui ciri-ciri berikut:

mempunyai ibu bapa tumpang (keluarga angkat),mempunyai misi selamatkan kaumnya sendiri,punyai kuasa luarbiasa yang tidak difahami,bergelut dengan kuasanya & mempersoalkan kuasa yang diberikan Tuhan kepadanya, dan dijawab oleh bapa angkatnya, "Kamu punyai bapa di luar sana dan dia menghantar kamu ke mari dengan tujuan tertentu."korbankan diri sendiri pada umur 33-tahun (umur dipercayai mereka Jesus mati),ketika jatuh dari langit, tangannya seperti disalib.“Apabila saya duduk dan hayati filem itu, saya melihatnya adalah kisah Christ, dan kasih sayang Tuhan disulam dalam ceri…

Membelai kucing bagus untuk kesihatan

Imej
Faedah mempunyai haiwan perliharaan.
Pemilik haiwan perliharaan seharusnya bersyukur kerana hobi itu ternyata mempunyai faedah kepada kesihatan mereka.

Kajian dan data oleh American Heart Associations menunjukkan bahawa pemilik haiwan perliharaan berkecenderungan untuk:
kurang risiko darah tinggi, kurang kolesterol, kurang masalah kardiovaskular.kurang tekanan perasaan. 
Sentuhan itu penting.
Kajian oleh University of South Carolina menunjukkan bahawa mereka yang membelai haiwan perliharaan lebih kurang risiko darah tinggi berbanding mereka yang hanya berbual dengan haiwan perliharaan mereka. Sentuhan memainkan peranan yang penting di sini.

Kajian oleh Doktor Adnan Qureshi dari University of Minnesota Stroke Institute pula menunjukkan bahawa mereka yang pelihara haiwan mempunyai 30% lebih peluang untuk selamat daripada serangan jantung.

Ini adalah kerana haiwan perliharaan mereka akan membantu mereka meredakan tekanan di samping membina gaya hidup sihat.
Tedi bela apa? Cukuplah Tedi b…

Diskriminasi! Kanak2 OKU disisihkan dalam gambar kelas

Imej
Tedi memang sokong tindakan ayah Miles Ambridge menyuruh gambar itu diambil semula.
Tak payah Tedi komen panjang, tengok gambar di bawah ni dan rasakan perasaan ayah kepada kanak-kanak berusia 7-tahun itu!


Entah apa-apalah jurugambar tu? Mungkin dia nak cepat sehingga budak tu dibiarkan sahaja di sana? Si guru pun mungkin kalut nak kawal semua murid maka dia tak perasan kehadian Miles di sana?
Abaikan sahaja perbuatan mereka itu. Apa yang penting ialah tindakan bapa si Miles ini, Don Ambridge yang segera menghubungi pihak sekolah & meminta mereka mengambil semula gambar tersebut.
"Saya dapati foto ini amat jelik. Sila hapuskannya. Saya tak mahu ia berada dalam rumah saya." - bunyi surat Don Ambridge kepada pihak sekolah. Namun Don menolak untuk menuduh diskriminasi dilakukan ke atas anaknya, cuma mungkin pihak yang terlibat tidak peka dengan keadaan semasa.

Tahniah Don! Selamat Hari Bapa!

Sumber rasmi, maklumat lanjut semua ada di sini:
Miles Ambridge, 7-Year-Old In Wheel…

Akhirnya kubis Tedi dah bertunas...

Imej
Setelah lama menanti, akhirnya mimpi menjadi kenyataan. Ini adalah semaian Tedi yang ke-3. Tiga kali baru berjaya keluar tunas! Sedih sungguhlah nasibku ini, huhuhu. Mula dari Januari, bulan Jun baru dapat tengok kubis Tedi bertunas...

Ini bermakna inilah sayuran kedua yang Tedi berjaya "menumbuhkannya". Bukanlah Tedi yang tumbuhkan, Allah subhanahu wa ta'ala juga yang tumbuhkannya, cuma Tedi nak ringkaskan kepada 1 perkataan mewakili usaha Tedi dalam melihat ia tumbuh.
"Ringkas konon, last-last berjela." Shut up you!

Sebelum ini Tedi berjaya melihat sebiji kacang botol berbuah. Itupun cuma 1 pokok sahaja yang menjalar daripada banyak-banyak benih yang Tedi tanam. Nasib baik 1 je, kalau banyak, macam boleh roboh pula pagar rumah Mommy tu.

8 hari juga Tedi menunggu kubis itu bertunas sehinggakan Tedi dah nak give-up. Nasib baik Tedi tak campak jer pasu tu dalam longkang.

Baru bertunas. Nampaknya mungkin ada banyak lagi cabaran di hadapan yang perlu Tedi tempuhi. …

Diserang kerana kongsi daging BBQ!

Imej
Tedi memang tak setuju manusia "suap" makanan kepada haiwan liar. ...
Suap tu bukanla hulur makanan ke mulut haiwan tu, tapi bagi makanan kepada haiwan liar.
Apabila melihat kes sebegini, Tedi akan jadi sedih disebabkan oleh beberapa faktor: makanan itu belum tentu sesuai dengan haiwan itu, sedangkan manusia pun diracuni makanan mereka sendiri. Tengok je lah kes darah tinggi, kencing manis, dan lain-lain lagi. Bezanya manusia ada hospital.haiwan liar itu akan terganggu cara hidup asalnya, dia akan bergantung kepada manusia, contoh terbaik ialah monyet yang curi makanan manusia di Tasik Dayang Bunting di Langkawi. Monyet atau beruk atau kera? Tedi tak pasti, tapi berhati-hati ketika di sana. Jadi kepada manusia di luar sana, tak payahlah tunjuk yang kamu tu kononnya baik sangat dengan berkongsi makanan kamu tu kepada haiwan liar!
Seorang lelaki Alaska diserang beruang kerana kongsi daging BBQ ...
Pengajaran ini dipelajari oleh seorang lelaki Alaska secara kasar apabila dia di…

Nabi Anak Yatim

Imej
Tedi berbicara mengenai nasyid "Nabi Anak Yatim": Dinyanyikan oleh kumpulan nasyid (munsyid) Raihan disertai kumpulan nasyid NowSeeHeart.Nasyid yang sungguh bagus yang menceritakan sebahagian sirah junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam.Nasyid ini fokus kepada kehidupan Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam sebagai seorang anak yang yatim piatu, namun diceritakan secara umum.
... ... Lirik & komen:Muhammad, Muhammad, Muhammad Mustafa
Salah satu gelaran Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam ialah al-Mustafa
Ibunya bernama Aminah, ayahnya bernama Abdullah Dilahirkan di Makkah al-Mukarramah, ibu susunya Halimatus Sa'adiah
Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam anak kepada Aminah binti Abdul Wahab & Abdullah bin Abdul Mutalib, orang baik2 yang mengamalkan ajaran munif iaitu daripada Nabi Ibrahim alaihissalam.
Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam adalah cucu-cicit Nabi Ibrahim dan sepupu kepada Nabi Isa alaihissalam…

Baju perisai khas untuk Tikus Belanda sedang dilelong (tutup 21 Jun)

Imej
Kepada para pemilik Tikus Belanda (Guinea Pig) di luar sana, inilah masanya untuk menghadiahkan buah hati anda sesuatu yang istimewa."Baju perisai untuk Tikus Belanda? Betul ke ni Tedi?" Siapa lagi tak percaya? Tengok je la semua gambar di bawah ni. Comel baju perisai ni.


Comel kan? Cute macam sang pemakainya.
"Itu bukan baju perisai la Tedi, itu baju rantai!" Sedikit sejarah mengenai chain-mail suit
Memang la direct-translation nye baju rantai, tapi Tedi panggil baju perisai sebab tugasnya untuk lindungi badan. Ia direka sedemikian untuk mengurangkan berat berbanding baju perisai yang sepenuhnya besi. Selain ringan, ia tiada kesan trauma seperti versi full-armor kerana apabila diserang, tiada kesan hentakan. Baju perisai jenis chain-mail ni asalnya direka untuk tangkis serangan long-bow Briton, tapi akhirnya ia terbukti efektif juga menangkis tikaman pedang Eropah yang bermata lebar.


Lupakan dulu pasal sejarah baju perisai tu, manusia tak minat nak baca pasal tu (…