Sebenarnya Tedi nak jawab pada entry ni : Diana Rashid: Beri la perhatian sama pada blogger baru.

Apa pun boleh - Langit Illahi


Tapi takkan nak komen panjang2 kan?
Lagipun nanti kaum manusia fikir Tedi suka cari gaduh!
Sebenarnya Tedi nak bagi pendapat jer.

Bagi Tedi, terpulanglah kepada seseorang manusia tu nak kongsi apa yang dia suka asalkan tidak melanggar batas syariat dan adat.
Sebab bagi Tedi apa yang kita suka belum tentu orang lain suka.
Lagipun Tedi bukan nak share sangat pun, tetapi lebih kepada nak archive semua bacaan Tedi.

Nama pun blog, singkatan kepada weblog iaitu log atas laman web.
Dah namanya log, maka terpulanglah kepada Tedi nak log apa pun dalam log Tedi.

Mungkin Tedi tak faham apa yang akak tu rasakan.
Kerana citarasa dan pandangan kita masing-masing berbeza.

Ah, tak kisah la.
Tedi nak ikuti apa lagi perkembangan kawan2 Tedi di seluruh dunia.
Banyaknya isu melanda.
Semoga rakyat Malaysia dan kaum manusia akan semakin bijaksana.
Kerana musnahnya alam dan pupusnya haiwan kerana kebodohan mereka.

"Majulah Malaysia untuk kemaslahatan haiwan & alam"

Oh ya, pujian untuk Oceania yang membela kaum haiwan di seluruh dunia.
May 18, 2013