Sempat Tedi layan DON 2 tadi, disebabkan tiadanya cerita menarik di TV.

Bila musuh Don mahu mulakan langkah mereka, Don telah mulakan langkah seterusnya!
Sungguh otai.
DON 2 WALLPAPER HIGH QUALITY (1024X768)
Mula2 nak tunggu "I am Number Four" di TV3, tapi lambat sangat start disebabkan tayangan drama "Saya Isteri Dia"? (Tedi tak ingat tajuk dia, tapi lebih kurang macam tu la)

Tambahan pula Master dah lama brainwash Tedi yang TV3 ni tonton iklan jer lebih, ceritanya apa la sangat! Tedi agak bersetuju dengan pendapat itu.

Kadang2 Tedi nak Malaysia tiru China yang tak benarkan iklan disiarkan ketika drama/filem sedang bermain. Ok la tu kan? Iklan di antara drama/filem jer cukup la.

Pastu Master terlekat sebentar dengan DON 2 ni sebab pada awal filem, lokasinya adalah di Kuala Lumpur, kononnya ibu pejabat Interpol terletak di Malaysia! Tedi gelak guling2, hahaha. Akhirnya kami sekeluarga layan DON 2 sampai habis.

Tedi agak suka cerita ni, cuma agak sempurna sangat watak Don tu. Tiada kecacatan langsung perancangan dia. Dah tu berlagak lak tu, sama macam Horatio! (Tedi tak suka Horatio!)

Ok la kawan2, Tedi nak baca berita hari ini.

20130525