Yuhuu, akhirnya berbunga juga pokok Kacang Botol Tedi walaupun daunnya kekuningan sikit.

Gambar pokok kacang botok atau kacang kelisa atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil winged beans
Gambar pokok kacang botok atau kacang kelisa atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil winged beans. Sumber gambar: http://agrohias.blogspot.my/2012/11/kacang-botol-kacang-kelisa-penyeri-taman.html 

Mungkin Tedi perlu lipat gandakan usaha menabur najis ayam, mana tau Kacang Botol tu tak cukup zat atau nutrisi.

Tapi nanti mungkin Tedi kena cantas pokok tu sebab dah menjalar ke rumah jiran.

Sekarang ada satu pohon sahaja dulu, lain kali Tedi akan usaha tanam lebih banyak lagi, biar merimbun.

Tapi kalau banyak sangat, susah juga sebab siapa nak makan? Sayanglah kalau dibuang begitu sahaja.

Kacang botol ni sedap dimakan sebagai ulam, boleh dimasukkan sebagai perencah nasi goreng, dan juga boleh dimasak sambal. Tetapi kalau makan selalu muak juga dibuatnya.

Nikmat bercucuk tanam ini terasa apabila melihat pohonan subur dan merimbun serta mengeluarkan hasil. Rezeki yang diperolehi sama dirasa, sama dikongsi, mungkin boleh diberi kepada jiran-jiran.

Kalau ada minda berniaga, bolehlah jual kepada para pengusaha kedai makan, hehehe.

Pertama kali diterbitkan pada 20130521. Dikemaskini pada 20200513 dengan menggunakan ejaan yang lebih mengikut kamus.