Periksa Twitter tadi, nampaknya tuit Imam Muda Asyraf di Xinjiang agak menarik.

Meh Tedi abadikan sedikit, boleh jadi bacaan di masa depan.
Terima kasih Imam Muda Asyraf untuk maklumat berguna ni.

Hami Hotel

"Hampir kebanyakan bumi Muslim di dunia ini dikurniakan hasil bumi seperti minyak, contohnya di Xinjiang, China. Salah satu daerah majoriti Muslim" ~ @imammudaasyraf

"Di daerah Xinjiang, kebanyakan kedai2 di bandar menggunakan tulisan arab. Sama seperti tulisan jawi, cuma beberapa huruf yang diubah." ~ @imammudaasyraf

"Walaupun kebanyakan sumber minyak dan gas yang digunakan di seluruh China seperti Beijing dan Shanghai diambil dari Xinjiang, namun di sini masih mundur." ~ @imammudaasyraf

"Sekarang bergerak dari Bandar Hami menuju ke Bandar Turpan. Kesemua bandar-bandar ini majoritinya Muslim." ~ @imammudaasyraf

"Banyak bumi yang kaya, tapi penghuninya tidak seberapa berbanding hasilnya. Kekayaan bumi mereka dinikmati orang lain." ~ @imammudaasyraf

"Di Kashgar, China, boleh kita lihat ramai Muslimah mengenakan niqab. Budaya Islamnya sangat subur, kerana majoriti di sana Muslim." ~ @imammudaasyraf