Burung 'Dawn', Aurornis xui, dipercayai hidup pada 150 juta tahun dahulu dan diselaputi bulu-bulu pelepah, namun berkemungkinan tidak boleh terbang

  • Fosil ditemui di China, dengan ciri-ciri:
    • Saiz sebesar ayam (jangan ingat dinosaur semuanya besar jer)
    • Set gigi segitiga halus
    • Diselaputi bulu dari hampir keseluruhan kepala ke kaki
    • Dijangka mempunyai bulu panjang yang direka untuk terbang
    • Fosil lengkap (semua anggota badan ada, susah nak jumpa fosil camni)
  • Ditemui di kuari di Liaoning Province berhampiran sempadan Korea Utara.

...

....
Fosil Aurornis Xui yang ditemui di sebuah kuari di Liaoning Province
....


 ....

Aurornis Xui ada hubungan saudara dengan Archaeopteryx?

Aurornis Xui membuktikan Archaeopteryx adalah seekor burung.
Archaeopteryx adalah burung yang boleh terbang.
Gambaran artis.
http://en.wikipedia.org/wiki/Archaeopteryx
  • Aurornis xui berkait dengan Archaeopteryx, burung-dinosaur-terbang yang pertama (tak semua burung-dinosaur boleh terbang).
  • Kedua-duanya dari keluarga "avialans" - burung-dinosaur yang berubah berjuta tahun dahulu daripada  dinosaur theropods seperti Tyrannosaurus Rex dan velicoraptor.
Velociraptor mongoliensis salah seekor ahli keluarga Velociraptor
http://en.wikipedia.org/wiki/Velociraptor
 

Burung atau dinosaur?

  • Archaeopteryx sebelum ini dikatakan dinosaur berangka seperti burung & tak diiktiraf sebagai burung
  • Penemuan Aurornis ni membuktikan ciri-ciri keluarga burung,
  • Kini Archaeopteryx dikembalikan ke dalam keluarga burung.

 

Aurornis xui punyai bentuk dan saiz seperti ayam moden (ayam kampung pun dikira juga).
Ia berevolusi (kononnya) daripada dinosaur theropod termasuklah velociraptor.
Panjangnya 20-inci dan bergigi segitiga halus.

Liaoning "syurga" dinosaur?

  • berdozen jenis spesis "burung-dino" ditemui di sini
  • Seperti banyak tapak fosil penting di seluruh dunia, rantau di timur laut China ini dipercayai adalah  tasik pada masa itu dan menyokong ekosistem yang kompleks terdiri daripada dinosaur, burung, ikan dan mamalia.
  • Apabila sebahagian daripada makhluk-makhluk itu mati mereka tenggelam ke bawah tasik di mana mereka telah dilitupi oleh kelodak atau dikebumikan secara tiba-tiba oleh hujanan abu gunung berapi.

Perkembangan keluarga Avialan:

  • Ini adalah perkembangan evolusi baru, menunjukkan ketika itu avialans asal sudah mengalami kepelbagaian di utara China semasa zaman Middle Late Jurassic.
  • Kajian juga meletakkan satu lagi keluarga theropods  kecil, tegak, dan bi-pedal (dua kaki, bukan pedal basikal) dipanggil Troodontidae sebagai kakak kepada avialans.
    • ia adalah Archaeopteryx bersaiz-Magpie yang membangunkan kebolehan terbang yang mungkin berkembang daripada kemahiran peluncuran keluar dari pokok-pokok atau hanya berlari di tanah.
    • Rangka lengkap yang pertama telah ditemui pada batu kapur Jurassic di Jerman pada tahun 1861 dan merupakan fosil yang sangat penting, hampir pasti mewakili peralihan antara reptilia dan burung.
    • Ia berkongsi ciri-ciri:
      • dinosaur theropod kecil iaitu bergigi tajam dan mempunyai ekor bertulang panjang, 
      • burung iaitu dan  tulang berongga dan bulu.
    • Ciri-ciri ini mengaitkan mereka sebagai keturunan Tyrannosaurus Rex yang masih hidup.

Komen Tedi mengenai artikel ini:

  • Aurornis Xui adalah seekor ayam. Tapi semata2 kerana ia ada gigi tajam tak semestinya ia anak cucu T-Rex.
  • Binatang berevolusi adalah teori yang hebat, kenapa manusia tak berevolusi? Sedangkan manusia dah diberi akal. Owh, lupa lak Tedi yang manusia berevolusi jadi Spiderman dan Batman dan Keluang Man dan lain-lain lagi.
  • Memandangkan burung dulukala ada gigi, nampaknya mereka tak makan bertih jagung.
  • Beruang evolusi dari dinosaur yang mana ek? nak kena kaji ni.

Bacaan lanjut mengenai Aurornis Xui: 

 


Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 30 Mei 2013