Dalam ramai-ramai menteri, Master kebelakangan ni teruja dengan perubahan menteri Kementerian Belia dan Sukan yang baru ini.

Master cop dia sebagai "brand new KJ".

KJ disebut adalah singkatan kepada nama Khairy Jamaluddin. Beliau adalah ahli politik dari Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang merupakan parti komponen kepada Barisan Nasional (BN).

Kenapa? Master tak nak komen lak. Pandangan peribadi dia semata-mata.

   Tetapi jika mengikut pandangan mata Tedi kelihatan KJ kini lebih mendekati golongan muda terutamanya melalui media sosial. Perubahan ini sama ada kerana beliau kini menteri mewakili golongan belia, atau mungkin kerana beliau kehilangan "kawan" dalam parti politik. Setahu Tedi politikus ni apabila tiada kawan dia akan kembali kepada rakyat untuk dijadikan bantal buat alas jika mereka jatuh nanti.
   Bagi Tedi ini lebih bagus walaupun keikhlasan mereka boleh diragui tetapi benda dalam hati buat apa nak gali. Sekurang-kurangnya mereka akan melakukan sesuatu yang sesuai dengan kehendak rakyat untuk mendapatkan sokongan.
   Tedi lebih benci kepada politikus senior yang ramai "kawan" dan berlagak angkuh macam Malaysia ini mereka yang punya.

Apa-apa pun semoga YB Khairy berubah jadi lebih baik, berkawan dengan orang baik-baik, jangan pilih bulu dan jadi menteri untuk semua.

Juga pesan Master, jangan jadi macam Shabery Chik yang mula-mula sahaja panas membara, akhirnya suam-suam kuku. Bak kata orang tua-tua, "Hangat-hangat tahi ayam".

"Reduce protocols, improve performance and quality. Say no to give up." - Khairy Jamaluddin, Minister of Youth and Sports.
"Kurangkan protokol, tingkatkan prestasi dan kualiti. Say no to give up." - Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.

Bacaan mengenai Khairy Jamaluddin:


Diterbitkan pada 20130529, fakta adalah bersesuaian dengan masa karangan ini diterbitkan.