"Bagi tip ni bukan budaya orang Malaysia.", kata2 yang pernah diungkapkan Master.

Tedi percaya kata2 itu dipinjam daripada mana2 pekerja Bangladesh yang kecewa dengan orang Malaysia. Tapi slanga tu kena tukar sikit kepada slanga Bangla.

Jadi, bila baca artikel CeCe Bruce, Steak 'N Shake Waitress, Gets Huge $446 Tip On $6 Meal From 'Regular' In Indianapolis ni, memang Tedi terkejut la.

Ada seorang pelanggan tetap sanggup bagi tip $446 hanya untuk makanan berharga $6! Wow. Mesti la pelayan itu sangat tak percaya, manakala kawan2nya mesti la green in envy.

Berapakah tip yang perlu dibayar di restoran Eropah?


Lagi2 lak pelanggan tu perempuan bernama Miss Jo dan pelayan itu juga perempuan.

Pelayan tu adalah pelajar di Martin University dan telah bekerja setengah-masa di restoran itu selama 2 tahun.

Bila dah rezeki, dapat la ke kita, cuma belum tentu ianya rezeki kita, mungkin ia rezeki mak bapak, anak2, atau juga towkey bengkel kereta.

Alim ulama kata, harta milik kita ialah harta yang kita belanjakan ke jalan Allah subhanahu wa ta'ala, kerana itu sahaja bekalan kita, yang lain kalau kita belanja sia2, takde makna. Kalau belanjakan secara boros atau ke jalan maksiat jadi la sumber penjana dosa berterusan.

Kawan2 dah bagi "tip" ke masjid2 atau surau2 pada bulan ni?


19 Mei 2013