"Akhirnya orang Amerika juga jadi hero!"

Itulah ulasan pendek Master apabila habis tonton "The Last Samurai" di RTM 2 semalam. Mungkin kerana kecewa nilai sejarah dalam filem itu terlampau murah.

Apa kisahnya dalam filem "The Last Samurai" lakonan Tom Cruise ini? Sila la baca sendiri di Wikipedia (En): The Last Samurai.

Kapten Nagren berjuang bersama Katsumoto.
Blogger Tua 307: The Last Samurai wallpaper

Apa yang Master tau pasal Samurai terakhir di Jepun adalah:

  • mereka tak terlibat dengan orang Amerika Syarikat.
  • mereka hidup dengan aman di sebuah kampung terpencil dikelilingi sawah padi, di mana jalan masuk ke kampung itu amat terkawal.
  • mereka tidak hanya bergantung kepada pedang dan panah. Mereka ada banyak teknologi lain seperti bom asap & bom tangan.
  • mereka tidak berperang secara berdepan kerana bilangan mereka sedikit, sebaliknya mereka menggunakan kaedah gerila.
  • mereka kalah akibat pengkhianatan orang dalam yang memberi kedudukan kampung mereka kepada kerajaan Jepun & akibat taktik mereka sendiri tidak melarikan diri seperti biasa, sebaliknya menentang tentera musuh (mungkin kerana itu kubu terakhir mereka).
  • tiada meriam digunakan oleh kerajaan Jepun sebaliknya senapang & panah berapi (untuk membakar istana), ini adalah kerana masalah bentuk muka bumi.
  • tentera Jepun pada masa itu bukan daripada kalangan orang kampung sebaliknya disertai oleh bekas2 samurai.
  • ketua klan samurai itu dikatakan:
    • membunuh diri kerana kalah (seppuku)
    • menghilangkan diri & guna identiti baru
Malangnya maklumat yang Master ada ni hadir daripada 1 sumber iaitu dokumentari yang pernah ditonton beberapa tahun dahulu. Sejarah tidak boleh dilihat daripada 1 sumber, maka tidak hairan la orang Jepun pun termakan dek propaganda filem The Last Samurai ini.

Namun filem ini menarik minat Master kerana dia berharap suatu hari nanti Perang Naning difilemkan seperti ini. Ini adalah kerana Perang Naning menggunakan taktik gerila

Kajian lain:

20130527