The Quran Project yang Tedi maklum merupakan projek dakwah melalui pemberian terjemahan al-Quran percuma.

Bila Tedi tunjukkan gambar2 ini kepada Master, dia hanya diam.

Tidak berubah.
Tidak pernah diubah.
Billion yang membacanya.
Berjuta yang menghafaznya.
Pernahkah terfikir, kenapa?


Berbeza sungguh mentaliti Muslimin Malaysia dengan muslimin di luar negara. Kalau boleh muslimin di sini mahu "sembunyikan" al-Quran supaya mereka sahaja "memilikinya". Kemudian apabila pihak-pihak tertentu membawa maksud terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia, mereka dihentam dengan kutukan karut-marut, mencalar imej Islam sendiri.

Bukannya Tedi sokong mereka yang membawa masuk Bible Melayu tu, cuma dakyah sepatutnya dilawan dengan dakwah. Omongan ditentang dengan ilmu. Tapi Tedi percaya yang Muslimin Malaysia hanya bising2 membantah itu, tidak melalui hujah atau debat ilmiah, kerana kurang ilmu. Ilmu al-Quran tu pun mungkin hanya di takuk lama.

Malaysia perlukan lebih ramai Zakir Naik, versi Malaysia. Islam takkan berkembang jika hanya disorokkan di bawah kelambu indah!

www.quranproject.org

Gambar para peserta bersolat jemaah di tepi jalan setelah membahagi kitab al-Quran

 

Dapatkan naskah percuma anda.

 

 

 

 

Gambar peserta berehat di taman di bawah pokok setelah sedek



29 April 2013, 20130429