بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Baru sampai rumah!

Apa nak jadi la si Master ni, dinihari baru nampak muka.

Pagi tadi jam 8 pagi Master dah keliar dengan mommy, katanya jemput orang di UKM Bangi untuk dihantar ke LCCT. Sekarang dah 1 pagi baru sampai rumah!

lukisan lima orang lelaki dewasa dalam sebuah bangunan di Silicon Valley a.k.a Lembah Silikon

Pastu adalah Master singgah rumah kejap, pastu keliar lagi.

 

Tedi: "Master pegi mana balik lewat ni?"
Master: "Pi pesta buku."

 

Oho, Master pegi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur la tu. Patut bawak beg banyak-banyak.

 

"Mana buku Tedi?"
"Ada dalam beg tu, pi la tengok."

 

Yuhuu, Master beli buku pasal Pogy untuk Tedi. :-)

Buku Pogy memang best, sebab tu la Pogy popular.

** Sebenarnya Tedi nak kata Master keluar tapi dek kerana kesilapan semasa menaip tajuk karangan ini ia akhirnya menjadi tajuk Master Keliar. Tapi Tedi rasa ia agak sesuai kerana liar bermaksud bebas tidak terjaga atau terkawal atau juga bermaksud tidak jinak.

 

Maksud "keliar"

Rupa-rupanya perkataan "keliar" memang ada maksud dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat.

  • berkeliaran berjalan ke mana-mana; merayau: Banyak anjing yang keliar di sekitar pasar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
  • berkeliaran berjalan (bergerak, ber­siar-siar, dll) merata-rata atau ke sana sini, merayau, bertualang: mata-mata gelap keliar di bandar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

~20130428~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih