Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

"Outstation" is totally Manglish

Imej
Alamak, cikgu Pogy telefon tu.
Camne nak jawab Tedi tiada di sini.
Apa yang Master selalu sebut tu? Outstation?
Stesyen apa ek? Stesyen keretapi?

Ah, Bing.com lah kejap...
Tap tap tap... tada...

"You could use “out of town”, “out of the office”, or simply “I’ll be away next week”." kata encik Hafidz dalam blog beliau di http://englishwithsirhafidz.blogspot.com/2011/06/next-week-im-going-outstation-thats.html

Owh, out of town rupanya. Lagi bagus kalau Tedi cakap out of the world kot?

Cikgu besar Pogy mengamuk!

Imej
Kringg....

Telefon, telefon berbunyi.
Ada haiwan dalam bahaya.

Tak pergi sekolah lagi... apala nak jadi?

Imej
Hari ni Tedi tak pergi sekolah.
Maka Tedi tak dapatlah hantar kerja sekolah Tedi.
Maafla Cikgu Pogy, Tedy bukan saja-saja taknak pergi sekolah.

Kenapa Tedi tak pergi sekolah?
Tanyala Mommy, dia tak bagi Tedi naik kereta pergi sekolah pagi tadi.
Sebab Mommy dah lambat pergi kerja.
Kan Mommy, kan?

Apala nak jadi Mommy ni.


Dilarang Memancing

Imej
Kawan2 Tedi yang dihormati sekalian. Jika anda nampak papan tanda ini, sila jangan memancing di sana!Tak faham? No fishing!Kenapa tidak boleh memancing di sana? Banyak sebabnya, tapi di lokasi yang Tedi snap gambar ini, ia adalah kawasan persendirian, jadi mungkin pemilik tanah tersebut tidak mahu permisnya menjadi tumpuan para pemancing.Selain itu boleh jadi juga larangan memancing dikeluarkan untuk memelihara populasi ikan, atau untuk mengelakkan gangguan kepada masyarakat, contohnya gangguan kepada aliran trafik apabila manusia memancing di tempat tidak sepatutnya.Tapi buat apa nak memancing kan? Nganga mulut cukuplah, macam ni.Barulah digelar beruang sejati!Haha, selain gambar papan tanda Dilarang Memancing yang Tedi tangkap tersebut, apakah simbol dilarang memancing yang ada di seluruh dunia?Logo-logo Larangan MemancingDi bawah ini pula gambar seorang lelaki bertopi sedang menaikkan tangkapan seekor ikan ketika memancing sambil berdiri di tepi sungai atau kolam atau tasik,Di bawa…

Apakah itu BR1M? ... Kerja rumah Tedi.

Imej
Hari ini cikgu Tedi yang bernama Cikgu Besar Pogy bagi Tedi kerja rumah yang memerlukan Tedi dan kawan2 membuat 1 karangan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia. Camne ni?

The Quran Project (6 foto)

Imej
The Quran Project yang Tedi maklum merupakan projek dakwah melalui pemberian terjemahan al-Quran percuma. Bila Tedi tunjukkan gambar2 ini kepada Master, dia hanya diam.

Tidak berubah. Tidak pernah diubah. Billion yang membacanya. Berjuta yang menghafaznya. Pernahkah terfikir, kenapa?
Berbeza sungguh mentaliti Muslimin Malaysia dengan muslimin di luar negara. Kalau boleh muslimin di sini mahu "sembunyikan" al-Quran supaya mereka sahaja "memilikinya". Kemudian apabila pihak-pihak tertentu membawa maksud terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia, mereka dihentam dengan kutukan karut-marut, mencalar imej Islam sendiri.

Bukannya Tedi sokong mereka yang membawa masuk Bible Melayu tu, cuma dakyah sepatutnya dilawan dengan dakwah. Omongan ditentang dengan ilmu. Tapi Tedi percaya yang Muslimin Malaysia hanya bising2 membantah itu, tidak melalui hujah atau debat ilmiah, kerana kurang ilmu. Ilmu al-Quran tu pun mungkin hanya di takuk lama.

Malaysia perlukan lebih ramai Zakir Na…

Kawan2 Tedi hilang !!!

Imej
Kepada mereka di luar sana yang pernah melihat atau terlihat atau diperlihatkan kawan2 Tedi seperti dalam gambar di bawah ini sila hubungi tuan mereka Encik Sanusi , tel 017-624-1930 , e-mel sshassan.ns@gmail.com

Wajibkah baca al-Fatihah masa solat?

Mari kita duga Master..."Master, masa solat wajib tak baca al-Fatihah?""Wajiblah""Kalau masa jemaah dengan Imam yang baca al-Fatihah kuat2?""Untuk mazhab Shafiee, wajib."
Owh, patutlah tadi Tedi tengok jemaah yang sebelah baca takde baca apa-apa pun.

Alkisah... Beli kasut.

Imej
Alkisahnya... Suatu hari Master ajak Tedi pegi beli kasut sekolah."Tedi, jom beli kasut" "Ok" Master start kereta, bawak Tedi pergi ke pusat beli-belah, cari kedai kasut, test kasut, jumpa yang berkenan, beli & balik.
Dapatlah Tedi sepasang kasut.
---------- Pada satu masa yang lain, mommy lak ajak beli kasut. Tedi pun follow. Sampai pusat beli-belah, Tedi meluru ke kedai kasut, intai mana2 kasut yang berkenan. Bila dah jumpa, tengok-tengok Mommy takde.
Tedi pusing cari momma. Mommy tengah tengok handbag. "Momma, ini bukan kedai kasut!""Ops, tunggu dulu, banyak beg cantik ni." "Ok" Setelah puas Mommy belek beg, kami pun melangkah ke kedai kasut. Alih-alih ada kedai baju la pulak. 
Sekali lagi Mommy sangkut. "Mommy, ini bukan kedai kasut""Sabarla Tedi, baju ni lawa ni." "Ok" Kemudian setelah puas belek baju, kami bergerak ke kedai kasut. Memanglah ke kedai kasut, tapi Mommy tuju ke kedai kasut perempuan…

Master keliar...

Imej
Baru sampai rumah!Apa nak jadi la si Master ni, dinihari baru nampak muka.
Pagi tadi jam 8pg Master dah keliar dengan mommy, katanya jemput orang di UKM Bangki untuk dihantar ke LCCT.
Sumber gambar : http://thedrawingarm.com.au/artists/lew-keillar/
Pastu adalah Master singgah rumah kejap, pastu keliar lagi.Tedi: "Master pegi mana balik lewat ni?"Master: "Pi pesta buku."Oho, Master pegi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur la tu. Patut bawak beg banyak2."Mana buku Tedi?" "Ada dalam beg tu, pi la tengok."Yuhuu, Master beli buku pasal Pogy untuk Tedi. :-)Buku Pogy memang best, sebab tu la Pogy popular.** Sebenarnya Tedi nak kata Master keluar tapi dek kerana kesilapan semasa menaip tajuk karangan ini ia akhirnya menjadi tajuk Master Keliar. Tapi Tedi rasa ia agak sesuai kerana liar bermaksud bebas tidak terjaga atau terkawal atau juga bermaksud tidak jinak.

Rehat... buat Master yang selalu lupa!

Imej

Terkejut Tedi ... Master buang tebiat.

Imej
Terkejut Tedi pada pagi ini. Apatah tidaknya? Master tiba-tiba sahaja merampas tablet Tedi sejurus sahaja dia sedar dari tidur. Apakah yang Master nak buat dengan tablet Tedi ek? Rupa-rupanya Master baca sebuah blog! Master baca blog? Ini sudah satu keajaiban dunia... mana mungkin Master baca blog? Puas Tedi menyelidik, rupa-rupanya Master cuba mencari kisah apa yang Mommy baca melalui sebuah blog sehingga Mommy tidak boleh tidur? Ceh, cerita pasal mimpi sahaja rupanya! Terus Master merepek selepas tahu pasal kisah mimpi itu. Master memang malas betul apabila Mommy ketakutan hanya disebabkan membaca kisah tahyul sebegitu. Bukannya Master tidak mempercayai alam ghaib, tapi biarlah berpada-pada kerana kita ni semuanya adalah makhluk Allah subhanahu wa ta'ala kan? Janganlah takut sangat tidak tentu hala, cukup seram sedikit-sedikit sahaja cukuplah.

Ayam Kampus 17 panas-panas...

Imej

Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia di Pantai Rhu Sepuluh

Imej

Doa bangun daripada tidur, master berbicara

Imej
Tiba-tiba saja Master senyum selepas dengar 1 nasyid pasal doa sebelum dan selepas tidur. Tedi jadi pelik.
Tedi: "Nape Master senyum?" Master: "Takde apa-apa pun."
Tedi jadi marah. Tedi tau mesti Master sorokkan sesuatu. Agak-agaknya dia nak curik biskut Tedi tak?
Tedi: "Master tipu!" Master: "Hahaha, takde apa, dengar doa ni, baru terfikir maksud di sebaliknya." Tedi: "Mestila pasal kita bersyukur sebab kita hidup lagi kan?" Master: "Errm, bukan itu yang terlintas. Tapi sesuatu yang sesuai dengan sifat Nabi Muhammad SAW yang selalu bersyukur."
Apakah maksud Master?
"Haha, senang je. Tengok maksud doa tu. Selama ni Master duk fikir kita bersyukur kerana dibangunkan setelah tidur. Tapi bila fikir direct translation, doa ni seolah2 pujian mengagungkan Allah Subhanahua Ta'ala yang akan menghidupkan kita selepas kita mati. Hebat sungguh orang yang memuji atas apa yang belum berlaku."