Aik, kenapa Tedi sibuk pasal Kelantan lak?
Takde apa2 pun. Tadi Tedi cari kisah perang Terengganu-Kelantan, tapi jumpa lak paper lama ni. Tedi suka baca paper lama. Paper baru, Tedi tak layan.

Watan, Khamis, 12 Januari 1995.
royaltikelantan.com

Carigali minyak: Kelantan mahu kongsi faedah
Oleh BADARIAH HAMID

KOTA BHARU, Rabu: Kerajaan Kelantan hari ini mahu pendapatnya diberi perhatian dalam projek pembangunan Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) berhubung usahasama mencarigali minyak dan gas di Teluk Siam di masa depan, kata Timbalan Menteri Besar, Haji Rozali Ishak.

Ini kerana projek itu membabitkan perairan negeri ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
20130327