Sunday, 3 February 2013

Posisi imam makmum dalam solat jemaah

Posisi imam dan makmum dalam solat berjemaah memang memerlukan kajian mendalam.

  • Selama Tedi melihat kaum muslimin menunaikan solat berjemaah, Tedi telah melihat pelbagai ragam yang selalunya berbeza kerana budaya.
  • Namun perbezaan itu seharusnya diraikan dan jangan diperlekehkan.
  • Oleh itu Tedi kumpulkan beberapa foto tentang pendapat mengenai saf solat jemaah disertai pendapat Tedi.
  • Apa yang salah kita betulkan, dan apa yang kita rasa tak yakin, contohnya selepas melihat formasi solat yang agak janggal bagi kita, boleh kita terus kaji.
  • Semoga foto-foto ini mendatangkan ilmu bermanfaat kepada kita.

 

Sumber www.isuhangat.net melalui Bing.com

 

Posisi imam dan makmum dalam shalat (sembahyang) berjemaah

  1. Dua orang lelaki
  2. Seorang lelaki & seorang wanita
  3. Dua orang lelaki & seorang wanita atau lebih
  4. Beberapa lelaki dan wanita
  5. Tiga orang lelaki atau lebih
  6. Dua orang wanita
  7. Tiga orang wanita atau lebih
  8. Bila ada anak-anak.

Shaf Sholat Berjemaah

Shaf shalat berjemaah
budakkampung39.blogspot.com
Di sini dinyatakan bahawa makmum yang solat bersendirian dalam 1 saf wajib mengulangi solatnya, tapi dalam satu kuliah Ustaz Azhar Idrus menyatakan Rasulullah S.A.W tegur seorang sahabat yang solat bersendirian dalam 1 saf namun tak suruh solat semula. Oleh itu jika hanya bersendirian, muslimin harus tarik makmum di saf depan untuk membentuk saf baru. Ini pun bagi Tedi kalau sangat perlu, sebab kalau di masjid yang ramai makmum, kalau solat seorang di satu saf mungkin tak jadi masalah jika kita yaqin akan ada makmum lain datang, contohnya kita tahu ada makmum tengah ambil wudhu. Wallahu'alam.
 

Tatacara Solat Berjemaah Bertiga dengan Seorang Makmum Datang Kemudian

Ini cara makmum kedua masuk ke dalam jemaah yang ada dua orang sahaja. Makmum kedua tu kenalah tarik (selalunya tepuk perlahan bahu kiri) makmum pertama ke belakang. Orang Melayu selalu cuit sahaja manakala orang belah Timur Tengah memang akan tarik (selalunya di bahagian abdomen) sehingga saf jadi lurus. Masa untuk tarik itu ada 2 (dua) pendapat juga. Pendapat pertama kata tarik sebelum mula solat, manakala pendapat kedua kata kena mula solat dulu supaya tak jatuh ganggu orang solat. - Sumber foto: www.facebook.com/ustazDonDaniyalDonBiyajid
Ketika memulakan solat jemaah, saf diluruskan dengan menyamakan hujung tumit. Keutamaan adalah satu makmum di belakang imam, makmum kedua di kanan, makmum ketiga di kiri, terus selang seli begitu dengan tujuan saf seimbang. Kedudukan di belakang imam lebih afdhal dan perlukan ilmu yang tinggi untuk gantikan atau tegur imam. Kedudukan di kanan lebih afdhal daripada kiri, manakala kedudukan di hadapan lebih afdhal daripada saf belakang bagi lelaki, dan saf terbelakang lebih afdhal bagi wanita. - Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/2010/10/permasalahan-dalam-saf-ketika-solat.html

Bahu Bertemu Bahu, dan Kaki Bertemu Kaki dalam Saf Solat Jemaah

Saf yang rapi adalah yang bertemu bahu dengan bahu dan kaki dengan kaki. - Sumber foto: http://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/bicara-solat/panduan-solat-berjemaah/

Posisi Solat Jemaah Suami dan Isteri Berdua Sahaja

posisi solat jemaah suami isteri, posisi suami ketika imamkan isteri dalam solat jemaah

Apabila solat berjemaah suami dan isteri sahaja, si isteri posisinya di belakang suami dan ke kiri sedikit.

No comments:

Post a Comment

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.