Gambar bas sekolah
Pon pon ... bas sekolah dah datang. Mana si Tedi ni?
- sekadar gambar hiasan

Huah, ngantuknya mata Tedi yang besar ni. Malaslah Tedi nak gi sekolah.

Master bukan tau pun kalo Tedi tak gi sekolah. Master selalu kata, bear yang baik kena pergi belajar di sekolah kerana ia baik untuk kesihatan.

Gambar beruang sedang belajar di sekolah
Excuse me cikgu, boleh Tedi tanya satu soalan?
- lebih baik angkat tangan kanan kalau nak tanya soalan, kalau rasa diri tu rendah (katik), boleh la jengket sikit kalau berdiri.

Di sekolah kena rajin bertanya. Jangan malu-malu. Nak tanya soalan pulak, kena angkat tangan, jangan main terjah ajer, tak sopan bagi kaum bear di seantero dunia.

Gambar beruang pergi sekolah dengan berjalan kaki
Pergi sekolah jalan kaki sungguh penat. 

Banyaknye nasihat Master. Tapi hari ni Tedi macam malas jer, lagipun sekolah Tedi jauh, nak kena jalan kaki lagi.

Selain tu, nak kena siapkan baju sekolah lagi. Erm, mana baju sekolah Tedi? Baju sekolah Tedi lawa, fabulous kata omputeh.

gambar seekor beruang pakai uniform sekolah
Kalau pergi sekolah, kena pakai baju sekolah. Ini bukan baju sekolah Tedi.  Sekolah Tedi takde baju sekolah. Suka hatila nak pakai apa pun. Cikgu besar Pogy tak marah.

Baju sekolah Tedi tak jumpa. Malas pula nak cari.

Kesimpulannya, Tedi sambung tido arrr...

Zzzzzzz...zzz.zzz

Moral: sila jangan tiru perbuatan Tedi ini ya.. hehehe.

20130114