Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

UAI takde Twitter (Tedi pun takde Twitter jugak)

Imej

Tedi tanam kubis

Imej
Malam ni Tedi semai kubis. Saje wat malam2 supaya takdela panas nanti.
Sawi yang dah tanam 2 minggu lepas, Tedi buh taik ayam, sebab daun ia dah kuning, tak cukup makanan agaknya.
Itu yang kat depan rumah, yang kat belakang rumah Tedi semai kacang botol atau kacang kelisa. Bila nak keluar dia punya daun pun Tedi tak tau. Tak sabar Tedi tunggu.
Sekarang sebelum pergi sekolah mesti Tedi siram dulu pokok2 Tedi. Sebab kalau panas nanti, pokok-pokok tu tak tahan.
Balik dari sekolah pula, Tedi mandikan lagi pokok-pokok tu. Lepas tu Tedi bagi makan lagi. Tedi suka tanam je, Tedi tak makan sawi dengan kubis, hahaha.

DIY: Tedi ubahsuai rak baju

Imej
Siang tadi Tedi berjaya ubahsuai rak baju Tedi. Ini semua gara2 Master beli rak yang tinggi, tak muat nak masuk dalam almari baju Tedi.
Jadi Tedi pun mula la mencari idea bernas sebab Tedi tak nak beli rak lain dah.

Mula2 Tedi plan apa nak buat. Setelah berdiskusi dengan Cikgu Pogy akhirnya Tedi membulatkan tekad untuk merendahkan rak baju tu.


Janji PM untuk rakyat Kelantan (untuk Tedi takde ker?)

Imej
Hari ini Master mengarut, entah apa yang dikarutkannya (karut, bukan carut), Tedi pun tak tau.

Rupa-rupanya pasal 7 janji PM kepada rakyat Kelantan.

Master dengki la tu sebab bila pilihanraya jer, rakyat Kelantan ditaburkan macam-macam, daripada mentol lampu motor percuma sehinggalah masjid terbesar. Jambatan yang belum siap tu takde lak kedengaran bila nak disiapkan sedangkan nyata terang-lagi-bersuluh itu projek Kerajaan Persekutuan. Tarikh siap pun dah berapa kali ubah, Tedi pun tak tau.

Master pun satu la, memangla takde janji tapi diorang bagi jugak kan macam-macam?
Apa? Takde? Yang nampak cuma jalan yang dibaiki lepas tu tak sampai sebulan dah jahanam?
Silap master jugak sebab mintak jalan takde tol, cuba ada tol, mesti ok punya.

Dah lah master, itu rezeki orang Kelantan. Orang negeri lain boleh pakat tengok je lah. Kalau nak macam rakyat Kelantan, Selangor, Kedah, Penang silalah undi parti pembangkang, melainkan kalau master duduk di Sabah dan Sarawak.

Kelakarnya lah Tedi tengok bos kucin marah staff dia

Imej

Darussyifa Taman Seroja

Imej
Malam ni Master bawak Tedi ke Taman Seroja. Dinner di sana.
Dalam hujan renyai-renyai, kami letak kereta depan sebuah bangunan.
Puas Tedi cuba baca tulisan jawi yang terpapar, rupa-rupanya ia bangunan Darussyifa.


Master yang mula-mula teruja sebab dia ingatkan itu sekolah agama, jadi confuse.
Master pun satu, asal ada tulisan jawi je, difikirkannya sekolah agama.

Rupa-rupanya ada Darussyifa' di kawasan ni.
Darussyifa Taman Seroja ni beroperasi 2 jam sahaja iaitu dari jam 8 malam hingga 10 malam.

Tedi menanam pokok.

Yeay, dah siap tanam pokok sawi, keladi, serai & pandan. Bolehla nanti amik jer kalau nak masak2.

Tapi, siapa nak masakkan untuk Tedi? Master? Master Cheff?

Pagi tadi Master bawak Tedi pergi Nilai, beli barang2 kat nurseri di sana.

Sebelum tu Master singgah beli cangkul di Taman Seroja, RM16 untuk mata cangkul dan RM5 untuk hulu. Semalam dah cari kat Giant dan Tesco di Nilai, tapi yang ada di Giant cuma cangkul kecik besi berharga RM11. Di Tesco memang tak jumpa.

Master tak nak. Dia nak cangkul besar punya.


Puisi Listen Listen Listen di Tadika UUM (Tedi takde masalah)

Listen, listen, listen

Kucing ada masalah, kita sepak tulang ke dia
Betul
Anjing ada masalah, dia menggonggong
Betul
Lembu pun ada masalah, ada kondo takleh duduk
Betul
Ikan jaws, pun ada masalah
Betul

Manusia ambil shark fin
Pernah makan shark fin?
Betapa rakusnya manusia
Betul betul betul

Semua ada masalah, binatang pun ada masalah

Listen, listen, listen
Let me speak, let me speak, let me speak

Siapa mahu nota galaksi?
Let me speak.

Malas pergi sekolah (Tedi nak tido)

Imej
Huah, ngantuknya mata Tedi yang besar ni. Malasla Tedi nak gi sekolah.

Master bukan tau pun kalo Tedi tak gi sekolah. Master selalu kata, bear yang baik kena pergi sekolah kerana ia baik untuk kesihatan.

Di sekolah kena rajin bertanya. Jangan malu-malu. Nak tanya soalan pulak, kena angkat tangan, jangan main terjah ajer, tak sopan bagi kaum bear di seantero dunia.

Banyaknye nasihat Master. Tapi hari ni Tedi macam malas jer, lagipun sekolah Tedi jauh, nak kena jalan kaki lagi.

Selain tu, nak kena siapkan baju sekolah lagi. Erm, mana baju sekolah Tedi? Baju sekolah Tedi lawa, fabulous kata omputeh.

Baju sekolah Tedi tak jumpa. Malas la nak cari.

Kesimpulannya, Tedi sambung tido arrr...

Zzzzzzz...zzz.zzz

KL112? (Tedi suka ikan)

Imej
Sesat di Kuala Lumpur.
Tedi: Eh master.
Master: ...
Tedi: Sapa naik moto ramai2 tuh?
Master: Polis.
Tedi: Nape dia hadang jalan?
Master: Coz dia taknak bagi orang lalu.
Tedi: Biarla orang nak lalu. Kan orang bayar roadtax?
Master: ...
Tedi: Nape dia tak bagi jalan?
Master: Ada perhimpunan, dia taknak bagi orang pergi sana kot?
Tedi: Owh, sekolah Tedi pun ada himpunan. Tapi cikgu suruh pergi.
Master: Sapa cikgu Tedi?
Tedi: Cikgu besar Pogy la, sapa lagi?
Master: Owh.
Tedi: Master, diorang ni buat himpunan apa? Kenapa kita tak pergi?
Master: KL112 alias Himpunan Shamsidar Tamrin???
Tedi: Sapa tu?
Master: Entah, artis kot? Semua berita suka dia.
Tedi: Owh, jumpa artis... patut orang nak pergi.
Master: ...

Pergi lebih jauh (Tedi duduk sini jerr)

Imej
Tedi selalu dengar iklan Shell yang menyatakan pemanduan mengikut had laju boleh menjimatkan minyak. Tedi malas nak percaya kerana Tedi memang tak berapa nak percaya propaganda para penjual ni.Semua produk mereka adalah hebat... cit...

Tedi: Master, selalu master gi keje pecut berapa KM/j?

Master: Mengapakah Tedi bertanyakan soalan itu?
Tedi: Saja Tedi tanya untuk merungkai beberapa persoalan yang bermain di minda.
Master: Selalu 100KM/j jer, itu pun dalam area MEX.
Tedi: MEX tu apa master?
Master: Maju Expressway. Ada orang sebut Highway KL-Putrajaya... Kenapa Tedi sibuk nak tau?
Tedi: sebab iklan tu kata kalau bawak ikut had laju boleh jimat.
Master: owh, betul la tu.
Tedi: ye ker Master?
Master: ha'ah. Kalo bawak 90KM/J kat MEX tu kita boleh pergi lagi 21KM. Kalau bawak 110KM/J lak kita akan hilang dalam 18KM.
Tedi: oooo.. betul la iklan tu ek?

Master: erm, nampak gayanya la. Lagipun master check gitu-gitu jer.

Master pun dah mengiyakan kebenaran iklan tersebut, maka benarlah ikla…

Dipecat email gambar bogel.

Imej
7 Jan 2013 - Penyelia keselamatan Lapangan Terbang JFK, Gerard Robson telah dipecat setelah tersilap melampirkan foto dirinya dalam keadaan bogel ke dalam email dan menghantarnya kepada hampir 2 dozen eksekutif Port Authority, anak buahnya dan kawan sekerja.
Dia sebenarnya mahu menghantar gambar kemalangan di tempat letak kereta, tetapi sebaliknya melampirkan gambar dia berbogel dari pinggang ke bawah menampakkan perut, zakar dan lain-lain.
Robson cuba memperbaiki keadaan dengan meminta maaf, namun dia segera digantung, sebelum dipecat.
http://www.nypost.com/p/news/local/jfk_junk_mail_KKNjtwxR5XFLSyZXT8xXNO
--- iklan --- --- iklan ---

"Catwalk" generasi baru Nokia Lumia, akan lebih ringan (macam Tedi)

Imej
Tedi dimaklumkan yang Nokia sedang membangunkan generasi pewaris Lumia 920 yang dinamakan projek "Catwalk". Catwalk akan jadi lebih ringan dengan penggunaan aluminium menggantikan polikarbonat. Yeay...

Tedi nak masuk sekolah bestari lah

Imej
"Master, sekolah bestari tu apa?"

"Tedi nak masuk sekolah bestari, boleh?"
Zzzzzz.....
"Master... tido la pulak..."

Iklan AES yang sayu... huk huk

Imej
"Bukan abang yang langgar lampu merah. Saya harap dengan adanya AES .... bla bla bla"

Pagi tadi Tedi dengar satu iklan, sungguh sayu. Mula-mula Tedi sangkakan iklan keselamatan jalanraya, tapi rupa-rupanya iklan AES.