Semalam singgah di Carefour Subang Jaya untuk meninjau barangan elektrik di sana (barang2 lain tidak dibeli di sana kerna mengenangkan mereka jual arak, cuma kurang pilihan bagi barangan elektrik di tempat lain).

 

Gambar tetikus tanpa wayar Microsoft Wireless Mobile Mouse 3500 berwarna biru cyan
Microsoft Wireless Mobile Mouse 3500 warna Cyan


Terserempak dengan tetikus yang selama ini diidamkan, Microsoft Explorer Touch Mouse seperti yang pernah diceritakan dalam daftar sebelum ini (Microsoft Explorer Touch Mouse, RM159). Dan yang lebih mengejutkan ialah harga jualannya di sana cuma RM69 sahaja. Terus sambar peluang ini, setelah sebelum ini hanya window shopping sebanyak 3 kali.

Di sebelah tetikus itu ada pula 1 lagi siri tetikus keluaran Microsoft, Microsoft Wireless Mobile Mouse 3500 yang comel-comel belaka. Isteri pula berkenan tambahan dengan harga promosi RM39 sahaja. Beli warna Cobalt Blue. Jika disemak pada laman web Microsoft Hardware, tetikus siri ini dicadangkan dijual dengan harga RM89.

Tak sia-sia menanti selama ini, kemungkinan harga merudum kerana Krismas semakin hampir dan juga Microsoft sedang bersedia mengeluarkan tetikus siri baru yang boleh menyokong Windows 8 dan juga Windows RT dengan antaramuka Metro.

Dan jangan lupa, Microsoft sedang menghantar tablet mereka Microsoft Surface versi RT 32GB kepada pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan awal.

20121020