Pengetua Northland College, John Tapene telah mengungkapkan kata-kata seorang hakim yang selalu menangani kes melibatkan remaja.

Gambar keratan akhbar nasihat seorang hakim kepada para remaja


"Selalu kita dengar remaja merengek,'Apa boleh kami buat? Ke mana kami boleh pergi?'"

Jawapan hakim itu ialah, "Balik rumah, potong rumput di laman, cuci tingkap, belajar memasak, bina rakit, dapatkan kerja, lawat orang sakit, ulangkaji pelajaran anda dan selepas habis, baca buku. Pekan anda tidak hutang anda kemudahan rekreasi dan penjaga anda tidak hutang anda keseronokan."

"Dunia ini tidak perlu memberikan anda kehidupan, tapi anda perlu berikan sesuatu kepada dunia. Kamu perlu berikan kepada dunia masa, tenaga dan bakat anda supaya tiada sesiapa berada dalam peperangan, kesakitan dan kesepian."

"Dalam kata lain, jadi kuat dan hentikan merengek, dapatkan dunia impian anda dan jangan hanya meminta. Mula jadi orang yang bertanggungjawab. Anda penting kepada dunia dan diperlukan."

"Terlalu lewat untuk duduk menunggu seseorang untuk melakukan sesuatu pada suatu hari. Suatu hari itu ialah sekarang, dan orang itu ialah kamu!"